Author Archives: pasembor2u

alam rohani..

Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian

Biarpun dalam beronak duri
Cobaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua

Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Belajar dari Dua Umar

T’was a gut feeling. I siyyesly am not a big fan of Malay language books, wut more haraki books. I dunno wuts gotten into me but I did take this book from a bookshelf at home and actually brought it back to Penang with me. I didn’t know it even exist in my home! (Err, how did it get there? Who bought it?) Maybe it’s the title that made me took it. I am curious about Umar Abdul Aziz tho. Maybe because it seems to be a gud light reading material (such a thin haraki book!). Or maybe because I saw TGNA wrote a forward for it. Whatever it is, I’m thankful I read it. 😀

Surprisingly the book is awesome! I was hooked to it immediately. I finished reading a haraki book in less than 48 hours! (Despite hospital teachings and tutorials – amazing).

Well, if u r expecting a biography of Umar al-Khattab or dan Umar Abdul Aziz, sorry mate, u’ll be disappointed. But if u persevere and keep on reading, u’ll discover what treasures lies ahead. The writer has an interesting way of delivering his points, through weaving ‘ibrah (especially tailored for haraki members) in between sirah Rasulullah s.a.w. and sahabat’s era. Here are the points in, well, point form:

1. Kisah hijrah Rasulullah s.a.w. (pentingnya usaha dalam mengharapkan pertolongan Allah)

2. Kisah pembukaan Madinah (mengenali kepelbagaian kelompok musuh dan cara-cara menguruskan mereka)

3. Kisah Umar al-Khattab dan makanan mewah dari Azerbaijan (kenyangkan perut rakyat)

4. Kisah mimpi sahabat membantah keputusan Rasulullah s.a.w. untuk tidak keluar ke medan Uhud (kepentingan konsep syura dalam gerakan)

5. Kisah nasib tawanan Badar (menguruskan perbezaan pendapat)

6. Kisah ekspidisi pra-Badar (kepentingan menyaring penokong gerakan)

7. Kisah Badar: kualiti vs kuantiti (jangan jadi pengecut)

8. Kisah doa Saad bin Abi Waqas (kekuatan doa)

9. Kisah konflik kaum munafik dan muslimin Madinah (strategi menyatukan pelbagai kelompok harakah)

10. Kisah 2 kiblat (kepentingan mempunyai jati diri Muslim)

11. Kisah Suraqah bin Malik (strategi mencari penyokong dari kalangan musuh)

12. Piagam Madinah (strategi membuat musuh pasif)

13. Kisah baju besi Ali bin Abu Talib dengan hakim yang berani (kepentingan berani kerana benar)

14. Kisah dakwah Abu Bakar as-Siddiq (kepentingan proaktif dalam berdakwah)

15. Kisah Yahudi mahu membunuh Nabi s.a.w. (bersatu melawan fitnah)

16. Kisah Yahudi yang tidak patuh dgn Piagam Madinah (kepentingan menutup ruang untuk musuh)

17. Kisah impian batu besar (kepentingan membumikan cita-cita)

18. Tauladan daripada 2 Umar (kecintaan kepada rakyat)

19. Tragedi Nikhlah (strategi berdakwah di tengah badai fitnah)

20. Kisah Amr bin Ash dan sarang burung (berhikmah dalam berdakwah)

21. Usaha membunuh Rasulullah s.a.w. (kepentingan memerangi kemiskinan)

22. Permulaan kisah Ahzab (berwaspada dengan pakatan kuffar)

23. Perang Mu’tah (berani menghadapi lawan)

24. Kisah Imam Malik dan khalifah Harun Ar-Rasyid (kepentingan menuntut ilmu)

25. Peristiwa Tsaqifah Bani Saidah (kepentingan bersinergi)

26. Tawaran Quraisy (kekuasaan itu harus direbut)

Wassalam wrt wbt

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kamu sudah tahu, maka komitmenlah..

Segala puji hanya bagi-Mu, ya Allah. Kepada-Mu segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih dengan tidak mengenal lelah, jenuh, dan jemu. Maha Suci Engkau, Ya Allah. Engkaulah yang mensucikan hati-hati hamba-Mu sesuai dengan kehendak-Mu.

Wahai diriku.…

Mari coba tatap dalam-dalam dan bertanyalah siapa kamu? Maka di sana akan terlihat seluruh kelemahan yang ada. Balil insanu ‘ala nafsihi bashirah.

Diriku…, bercerminlah kepada seorang sahabat: Handzalah bin Rabi’ Al-Usaidi r.a. Ia salah satu penulis wahyu yang dengan segala kesadaran dirinya sendiri mengatakan, ”Nafaqo Handzalah, telah munafik Handzalah.”

Diriku…, apa yang terjadi pada diri Handzalah sampai-sampai menegur dirinya sendiri seperti itu? Padahal beliau sangat dekat dengan Rasullullah. Jawabnya tak lain adalah kejujuran diri. Handzalah merasa iman yang dimilikinya terasa kuat ketika berada di dekat Rasulullah saw. Seakan ia menatap surga dan neraka dengan kedua matanya. Namun ketika kembali sibuk dengan keluarganya, dengan aktivitas duniawinya, ia merasakan kondisi dirinya sangat berubah.

Diriku…, dengan kata apa kau harus mengungkapkan kondisimu? Seperti ungkapan Handzalah kah? Atau lebih dari itu? Atau lebih buruk? Ya Allah, ampunilah hambamu ini.

Wahai diriku….

Bukankah kamu juga telah mengenal siapa dirimu? Yang lebih banyak sibuk dengan dunia? Diri yang lemah dalam beribadah, diri yang merasa berat berkorban untuk taat? Diri yang banyak bicara sedikit kerja? Lalu apakah kamu masih terus melakukan itu padahal Allah swt. telah menegurmu: ”Aradhitum bil hayatiddunya minal akhirah, apakah kalian lebih cinta dunia dibanding akhirat?” Astagfirullah!

Diriku…, jika kamu telah tahu segala kekuatan dan kelemahanmu, lalu apa yang akan kau lakukan? Memperbaikinya? Atau, sebaliknya?

Bercerminlah, wahai diriku, kepada sahabat Huzaifah r.a. kala menjawab pertanyaan Rasulullah saw., “Bagaimana kondisimu hari ini, wahai Hudzaifah?” Dengan percaya diri ia menjawab, ”Alhamdulillah, ya Rasulullah, saat ini aku menjadi seorang mukmin yang kuat iman.” Rasulullah saw. bertanya kembali, “Hai Huzaifah, sungguh segala sesuatu itu ada buktinya. Maka apa bukti dari pernyataanmu itu?” Jawab Huzaifah r.a., ”Ya Rasulullah, tidak suatu pagi pun yang aku hidup padanya dan aku berharap untuk sampai pada sore hari; dan tiada sore pun yang aku hidup padanya dan aku berharap untuk hidup sampai pagi hari, melainkan aku melihat dengan jelas di depan mataku surga yang penduduknya bercanda ria menikmati keindahannya dan aku melihat neraka dengan penghuninya yang berteriak menjerit histeris merasakan dahsyatnya siksa.”

Diriku….

Adakah kau merindukan surga sehingga gelora semangatmu membahana memenuhi ruas pori-pori jiwamu, tergerak seluruh kesadaranmu untuk bermujahadah dan berjihad meraih ridha-Nya? Dan apakah kamu takut dan miris akan dahsyatnya siksa neraka sehingga tak satu pun sel tubuh ini kecuali berupaya terlindungi dari sengatannya pada hari pembalasan nanti?

Diriku….

Jika kamu telah mengetahui segala kelemahan yang ada , lalu kamu tidak segara menanggulanginya, maka ketahuilah kamu termasuk orang-orang yang merugi! Begitu pula ketika kamu telah mengetahui kekuatanmu dan kamu tidak bisa mempertahankannya, maka kamu pun termasuk orang yang merugi!

Karena itu….

Perbaiki, jaga, dan tumbuh suburkan kekuatan itu agar amal shaleh, ketaatan, dan dakwah tetap terjaga.

Dengarlah, tatkala mendengar jawaban Huzaifah r.a., Rasulullah saw. mengatakan, “Arafta falzam, kamu sudah tahu, maka komitmenlah dengan apa yang kamu tahu.”

sumber : dakwatuna

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Akhlak dan Adab dalam berjemaah

MUQADDIMAH

Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas.
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.

Abu Musa al Asy’ari menceritakan :

Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?

Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.

Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus” (Al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah memberishkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah:
– Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.
– Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negative yang manzahirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan. Contohilah Khalid al Walid di dalam menjalankan tugas (kisah Khalid al-Walid yang menerima surat perletakan jawatannya oleh Khalifah Umar al Khattab)
– Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
– Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
– Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
– Prihatin terhadap keperluan jamaah. Sentiasa mengutamakan aktivit jamaah dari aktiviti sendiri dan menganggap semua kativiti jamaah adalah penting untuk diikuti dan dilaksanakan.
– Bertolak ansur dalam mengendali gerak kerja dan permasalahan jamaah.
– Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kelamahan kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.
– Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

2. Istiqomah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:

Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)

Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.

Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”

3. Taat
Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)

4. Disiplin
Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
a) Tatatertib dan kelakuan diri.
b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas. Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah yang dibuat untuk memantau disiplin ahli. Antara disiplin secara umum di dalam jamaah adalah:

a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.
e) menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
f) Beramal dengan akhlak Islam.
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.

5. Percaya dengan pertolongan dan janji dari Allah.
Seseorang yang menceburkan dirinya dengan perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjinya di dunia dan akhirat, ini hendaklah dengan adanya sifat taqwa, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya, serta tidak mundur walau sedikitpun dalam arus medan perjuangan.

Dalam sejaran Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang bersama-sama dengan baginda melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada satupun wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar menandakan kemenangan Islam, namun siapa menyangka bahawa akhirnya Rasulullah saw berjaya juga membuka kota Makkah dengan jayanya begitu juga nur Islam berjaya melepasi tembok sempadan geografi dan menembeusi kota-kota Rom dan Parsi, sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.

6. Ukhwah (persaudaraan)

Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka rasulullah saw menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri membawa maksud keluarga yang tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.

Perkara berkaitan dengan ukhwah dapat dilihat dalam tajuk ke (4) yang akan dibincangkan secara terperinci insyaallah.

7. Kerahsiaan
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu mengekalkan survival jamaah.
Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah, membayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.

(Perkara terperinci yang berkaitan dengan kerahsiaan akan diperbincangkan pada tajuk yang ke ) , Minggu ke 5. Insyaallah.)

8. Tidak leka dengan pencapaian yang ada.
Dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh Islam, kadangkala gerakan Islam mampu untuk berada dalam situasi yang menyenangkan seperti memenangi pilihanraya, berjaya dalam satu-satu aktiviti, keahlian bertambah, berjaya mengurangkan tekanan dan seumpamanya. Namun kesemua itu tidak dapat kita banggakan kerana kadangkala pencapaian itu bersifat sementara. Lihatlah sirah bagaimana dalam peperangan Uhud pada mulanya Islam berjaya mencapai kemenangan awal, namun atas kealpaan dan kelekaan akhirnya tentera Islam dikalahkan oleh puak-puak musuh.

Kejayaan dan kemenangan yang diukir haruslah diiringi dengan kesyukuran dan sentiasa bermuahasabah adakah kemenangan ini kemenangan yang hak ataupun pencapaian ini sekadar istidraj (kemurkaan) Allah.

9. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya.
Dalam hal ini Allah swt mengingatkan kita dalam FirmanNya:

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan” (An Nahl: 91)

Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita.

10. Tidak melampau.
Allah swt melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah.

Sikap melampau akan mengurangkan kawan, meramaikan musuh, melambatkan kemenangan, serta mengurangkan keindahan Islam yang cuba dibawa. Sabda Nabi saw:

“Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari)

Sikap melampau seringkali berlaku kadangkala dalam urusan yang remeh (furu’) dan inilah yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan gerakan Islam.

AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN
1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.
2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

3. Mesti bersifat dan berakhlaq lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri dari pergaulan dengan masyarakat.

4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.

5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.

6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlaq ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji
adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.

8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dari mengikut hawa nafsu dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.

AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di peringkat awal ada dibincangkan akhlak dan adab berjenaah secara umum, dan di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut.

1. Beriman dan rajin beribadah
2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih dari dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.
3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.
4. Beriltizam dengan kefahama yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.
5. Menjadi orang yang setia (tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.
6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.
7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.
8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih saying terhadap sesama ahli yang lain.
9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.

SOALAN PERBINCANGAN
1. Bincangkan kaedah yang terbaik untuk memantau akhlak dan disiplin ahli di dalam jamaah?
2. Senaraikan akhlak-akhlak dan adab hidup berjemaah selain dari apa yang telah dinyatakan.
3. Bincangkan kriteria-kriteria akhlak atau adab yang perlu ada pada seorang pimpinan dan pengikut.

Rujukan :
5. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)
6. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi0
7. Manhaj Daurah Tadribiyyah
8. Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan Pustakan Fajar.Shah Alam: 2001

Diambil dari sini

1 Comment

Filed under Uncategorized

Allah knows..

1 Comment

Filed under Uncategorized

Konflik : Kembalikannya kepada Allah

Sudah lebih seminggu kita selesai mengharungi dewan harian. Saja saya ambil waktu dalam seminggu ini untuk bermuhasabah dan menilai kembali amalan saya selama ini sebelum menulis sesuatu. Pengalaman hidup mengajar kita semua yang konflik, masalah dan krisis adalah lumrah kehidupan seseorang individu, apatah lagi sesebuah jemaah yang terdiri daripada ramai individu. Sebelum saya meneruskan penulisan ini izinkan saya memohon maaf dahulu terhadap sesiapa yang terguris hati dengan tindakan saya pada dewan harian terakhir. Sehingga tulisan ini dirungkai, saya masih lagi tidak meminta maaf secara rasmi.

Sebenarnya tidak banyak yang boleh saya tuliskan berkenaan dengan tajuk ini. Cuma yang boleh saya kepilkan di sini adalah peringatan dari Allah iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah rasul, dan ulil amri di antara kamu. Jika kamu berselisih tentang suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir; yang demikian itu lebih utama dan lebih baik kesudahannya�?. [Q.S. 4:59]

Saya tahu dalam menghadapi sikap ahli-ahli yang tidak menentu, iman dan komitmen yang turun-naik serta susunan tanzim yang efektif, Allah Taa’la mahupun RasulNya tidak menerangkan kepada kita secara spesifik tentang pelaksanaannya. Ulama’-ulama’ kita sendiri yang jauh lebih berilmu juga menghadapi masalah yang sama. Saya hanya boleh merayu kepada anda semua supaya mendekatkan diri kepada Allah dan memohon supaya ujian ini berlalu dengan aman dan kita boleh keluar daripadanya dengan hikmah dan pengajaran. Saya percaya dengan mendekatkan diri kepada Allah, sikap-sikap mazmumah yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah ini akan dibersihkan sedikit demi sedikit oleh Allah Taa’la.

Saya juga sedar masalah sikap ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijawab atau diselesaikan. Murabbi kita, ustaz Hasrizal juga hanya boleh sekadar melontarkan persoalan, bukannya penyelesaian dalam mengetengahkan masalah sikap. Setelah lama saya berfikir, saya sedar bahawa jawapannya hanya ada pada Allah. Punca masalah ini dalam jemaah kita adalah satu; tautan hati yang renggang dan tidak berpadu. Hati itu adalah urusan Allah bukannya untuk kita mempersoalkannya atau membelah dada orang lain untuk melihatnya. Maka kembalikanlah hati-hati kita semua kepada Allah Taa’la dan ingatlah bahawa tarbiyyah kita tidak lain tidak bukan ialah tarbiyyah keimanan yang mengajak kepada Allah Taa’la. Perbanyakkan zikir kamu, panjangkan munajat kamu dan hisablah segala perbuatan kamu selama ini. Sekian.


Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kita malas membaca…?

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)
dipetik dari sini

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Dakwah : antara prinsip dan realiti

Ketika si pemuda mula mengenali dakwah, dia akan bertemu dgn prinsip-prinsip baru di dalam hidupnya. Prinsip-prinsip ini adalah prinsip Islam yang memang tertulis lama dalam kitab-kita ulamak dan fuqaha’ terdahulu. Tapi ia terbenam tanpa pembaca atau dibaca tanpa pemaham.

Ketika seorang anak muda mula mengenali hidup dakwah, mereka akan terkejut, tersentak dgn pernyataan fuqaha’. Hukum dan prinsip Islam yang nyata dan terang telah diabaikan oleh majoriti muslim, even oleh para ulama dan ustaz/ustazah.

Bila si da’i muda ini ingin beramal dan mempraktikkan apa yang mereka baca dan fahami ini, mereka akan berdepan dgn masalah. Di sinilah letaknya kebijaksanaan dan fiqh praktik. Adakah ibubapa yang tidak membenarkan kita menyertai prog dakwah dan tarbiyyah itu salah dan perlu di sergah atau di’ceramah’kan? Adakah mereka perlu di pandang rendah kerana tidak memahami ‘dakwah itu wajib’ sebagaimana yang dijelaskan dgn jelas oleh fuqaha’ sejak zaman berzaman?

Fiqh bergaul dan berkomunikasi dgn masyarakat juga begitu. Fiqh memenangi hati orang yang lebih berumur dari kita juga begitu.

Fiqh ‘Ghulam’ dan ‘Si Tukang Sihir’ perlu di fahami dgn baik. Antara prinsip dan fiqh praktik prinsip ada pelajaran-pelajaran yang perlu di fahami. Moga da’i muda akan lebih dapat mengurangi fitnah dan membina imej dakwah yang lebih bersopan, dihormati dan menarik.

dipetik dari sini

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Keutamaan kualiti ke atas kuantiti – 1

KISAH SATU
Para ulama sirah telah mengisahkan bahawa pada suatu hari Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. dan beberapa orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat,

kemudian katanya : “Wahai para sahabatku, berangan-anganlah…!”
Salah seorang sahabat berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki wang dirham (perak) yang dapat memenuhi tempat ini, kemudian wang tersebut saya pergunakan untuk perjuangan di jalan Allah.

Dan orang kedua juga berangan-angan ingin memilik wang dinar (emas) yang sebanyak tempat tersebut, kemudian dibelanjakan di jalan Allah.

Kemudian Khalifah Umar r.a. berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki orang-orang yang banyak (berkualiti) seperti Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, Muadz ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.

KISAH DUA
Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. telah mengutus Amr ibn al-Ash r.a. untuk membuka daerah Mesir dengan hanya 4 000 orang tentera sahaja. Kemudian beliau (Amr) memohon tambahan bilangan tenteranya, kemudian Khalifah menambahkan lagi 4 000 orang dengan 4 orang komander. “Setiap seorang (komander) sebanding kualitinya dengan seribu orang tentera, maka bermakna kini bilangan tentera kamu ada 12 000 orang…! Dan bilangan 12 000 orang itu adalah banyak dan tidak boleh dikalahkan.

Khalifah Umar r.a. percaya bahawa yang menjadi ukuran dan pertimbangan adalah kualiti, mutu, ketangkasan dan kecekalan orang-orang yang dikirimkannya bukan semata-mata kerana bilangan dan jumlahnya sahaja.

Petikan buku : Fiqh Keutamaan Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, di bawah tajuk keutamaan kualiti ke atas kuantiti

Leave a comment

Filed under Uncategorized

smile =)

1 Comment

Filed under Uncategorized