Category Archives: Sirah Nabawiyyah

The Rise and Fall of Islamic Spain

Where the mosques have become churches
Where only bells and crosses can be found
Even the mihrabs weep
Though they are solid
Even the pulpits mourn
Though they are made only of wood
-Al Rundi, 13th century-

Where is cordoba
The home of sciences
And many a scholar
Whose rank was once lofty there
Where is seville
And the pleasure it contains
As well as its sweet river
Overflowing and brimming full
There are cities
Which were pillars of the land
Yet when the pillars are gone
The land may no longer endure
-Al Rundi, 13th century-

Leave a comment

Filed under Sirah Nabawiyyah

Peperangan Rasulullah s.a.w. (siri 2)

Ghazwah al Ahzab (Peperangan Ahzab)

Nama lain – Ghazwah Khandak

Masa – Bulan Syawal, tahun ke 5 Hijrah

Bilangan tentera – Tentera Quraisy 10 000 orang, tentera Islam 3000 orang.

Faktor –

  1. Apabila Bani Nadhir diusir, beberapa org ketua mereka dtg ke Mekah dan mengapi-apikan Quraisy utk memerangi Rasul saw.
  2. Pemimpin Yahudi pergi ke Ghatfan dan mengajak Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Bani Asyjak utk menyertai Quraisy Mekah.

Strategi tentera Islam –

  1. Baginda bermesyuarat dgn para sahabat.
  2. Salman al Farisi mencadangkan supaya menggali parit sekeliling Madinah
  3. Rasul saw memerintahkan agar digali parit dan baginda turut terlibat sama.
  4. Arab Quraisy terpegun kerana mereka tidak mempunyai pengalaman penggalian parit seperti itu.

Peristiwa pra peperangan –

  1. Bani Quraizoh yg diketuai oleh Kaab bin Saad telah melanggar penjanjian damai yg telah dimeterai dengan orang Islam.
  2. Nabi saw terfikir utk melakukan perdamaian dengan Bani Quraizoh dengan membayar 1/3 hasil buah-buahan Madinah kepada mereka.
  3. Namun, tidak dipersetujui oleh kaum Ansar kerana mereka telah belot pd perjanjian sebelum ini.

Peristiwa penting –

  1. Perang bermula apabila ada tentera musyrik melepasi salah satu bahagian parit yang sempit
  2. Pertempuran bermula
  3. Nu’aim bin Mas’ud bin Amir, salah seorang kwn kpd Bani Quraizoh dtg menemui Rasul saw menyatakan keislamannya yg tidak diketahui oleh kaumnya.
  4. Beliau menggunakan kelicikannya utk memecahbelahkan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Quraizah
  5. Allah telah menghantar angin kencang yg menyebabkan periuk bertaburan dan khemah terkoyak sehingga menimbulkan rasa takut di dalam jiwa tentera bersekutu.

Pengajaran –

  1. Strategi peperangan penting utk menyumbang pd kemenangan
  2. Pertolongan Allah sentiasa mengiringi golongan yg berjuang di atas jalanNya.
  3. Golongan munafik akan mendapat balasan buruk daripada Allah swt
  4. Allah akan memberi balasan baik kepada org yg mati syahid

Surah rujukan –

  1. Surah al-Ahzab ayat 9-11
  2. Surah al-Ahzab ayat 22-25

Ghazwah Bani Quraizoh (Peperangan Bani Quraizoh)

Masa – Sebaik shj peperangan al Ahzab, tahun ke 5 Hijrah

Faktor –

  1. Rasulullah telah menyedari isi hati Bani Quraizoh yg belot kepada Quraisy dan sekutu2nya:
  • Mengisytiharkan pembatalan perjanjian di saat2 genting pertempuran Ahzab
  • Mereka berniat melakukan jenayah berat yg boleh melenyapkan semua orang Islam
  1. Rasul saw berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pembelot ini.
  2. Baginda ingin membersikan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah.

Peristiwa penting –

  1. Rasul mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tidak bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.
  2. Panji-panji telah dibawa oleh Ali r.a
  3. Seramai 3000 orang Islam terkumpul dan 36 ekor kuda.
  4. Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan buruk tentang Rasulullah dan isteri baginda.
  5. Sebaliknya berlaku jika mereka berhadapan dengan Rasulullah sendiri.
  6. Bani Quraizoh telah dikepung oleh orang Islam selama 25 malam dan mereka betul2 tersepit lalu menyerah diri.
  7. Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus telah mengadili mereka.
  8. Hukuman2 yg telah diputuskan:
  • Pejuang2 mereka dibunuh
  • Zuriat dijadikan tawanan
  • Harta dibahagi2kn

Pengajaran –

  1. Allah menjelaskan di dalam AQ tentang pembelotan kaum Yahudi, perlanggaran mereka terhadap perjanjian, dan sikap mereka yg tidak menolong orang Islam di dalam perang Ahzab

Surah rujukan –

  1. Surah al-Ahzab ayat 13-16
  2. Surah al-Ahzab ayat 26-27

Ghazwah al-Hudaibiyyah (Perperangan Hudaibiyyah)

Masa – Bulan Zulkaedah, tahun ke-6 Hijrah

Faktor –

  1. Rasulullah saw bermimpi memasuki Baitullah al-Haram dalam keadaan aman dan bercukur tanpa merasa takut.

Peristiwa penting –

  1. Baginda memerintahkan orang ramai bersiap keluar Mekah untuk menunaikan umrah dan bukannya berperang dengan arab Quraisy.
  2. Muhajirin dan Ansor bersama2 baginda dengan rasa rindu menuju ke Baitullah al-Haram setelah hamper 6 thn dilarang berbuat demikian.
  3. Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi.
  4. ‘Hadyu’ iaitu unta dan binatang ternakan korban diletakkan dihadapan sekali sebagai memuliakannya.
  5. Baginda telah berihram di satu tempat bernama Zul Hulaifah.
  6. Bersama baginda kira-kira 1500 orang. Mereka tidak membawa bersama2 senjata kecuali senjata biasa bagi pengembara iaitu pedang yg bersarung.
  7. Ketika sampai di Usfan, seorang lelaki memberitahu baginda, orang Quraisy telah bersedia utk berperang dengan baginda.
  8. Apabila baginda sampai di Hudaibiyyah, beberapa orang lelaki drpd Bani Khuzaah datang menemui baginda untuk bertanyakan sebab kedatangan.
  9. Mendengar niat baik Rasul saw, mereka pulang dan menemui Quraisy tetapi mereka tetap bersangka buruk pd baginda dan tidak mempercayainya.
  10. Quraisy menghantar Urwah bin Mas’ud at-Thaqafi utk berbincang dengan Rasul dan beliau pulang dengan membawa perkhabaran yg baik (ingin melakukan perdamaian) ttp tidak dipercayai oleh Quraisy.
  11. Rasulullah menghantar Othman bin Affan menemui penduduk Mekah untuk menegaskan tujuan kedatangan rombongan mereka.
  12. Othman terlewat pulang lalu tersebar berita di kalangan umat Islam bahawa beliau telah dibunuh.
  13. Justeru, Rasul saw mengajak umat Islam berbai’ah utk berjihad dan mati syahid di jalan Allah.di bawah sebatang pokok Tolh. Baiah ini dinamakan Baiah ar-Ridhwan.
  14. Apabila Quraisy mengetahui baiah itu, mereka merasa takut lalu setuju utk berdamai dengan Rasulullah. Mereka mengutus Suhail bin ‘Amru bg menyempurnakan perjanjian.
  15. Antara isi kandungan perjanjian Hudaibiyyah:
    • Gencatan senjata antara kedua2 belah pihak selama 10 tahun
    • Sesiapa yg dtg drpd pihak Muhammad ke Mekah, mereka tidak akan memulangkannya, manakala sesiapa yg dtg kpd Muhammad drpd Mekah, mereka harus memulangkannya.
  1. Kemudian Rasulullah memerintahkan para sahabat melakukan tahallul (langkah2 keluar dr ikatan ihram) umrah. Namun mereka tidak melakukannya lantaran terlalu kesal lalu baginda mengambil inisiatif memulakannya sendiri.
  2. Walaupun syarat2 tersebut kelihatan berat sebelah, ia memberikan faedah yg besar kepada umat Islam. Lantaran pulangan faedah yg banyak, Allah telah menamakan peperangan ini sebagai kemenangan yg nyata.

Pengajaran –

  1. Baginda berpandangan jauh, berfikiran tajam dan mendapat bantuan wahyu dari Allah yg menyebabkan baginda bertindak dengan tepat.
  2. Mereka yg berbaiah kpd Rasul adalah sma berbaiah pd Allah dan akan diberi ganjaran pahala yg besar dan sebaliknya bg mereka yg mengingkarinya.
  3. Perdamaian Hudaibiyyah merupakan isyarat kpd pembukaan Mekah tidak lama selepas itu.

Surah rujukan –

  1. Surah al-Fath ayat 1-3, 10, 18, 27, 28.

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

Peperangan Rasulullah s.a.w – siri 1

PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.

Ghazwah ialah peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh nabi S.A.W. Jumlah ghazwah ialah sebanyak 26.
Sariyyah pula ialah pertempuran kecil yang berlaku antara orang Islam dan orang musyrik yang tidak disertai oleh Nabi S.A.W. Jumlah sariyyah ialah 38.

1. Ghazwah Badar al-Kubra
Tarikh: 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
Tempat: Berhampiran Wadi Rahqan
Tujuan: Menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah yang dipimpin oleh Abu Suffian.
Kekuatan Tentera: Tentera Islam seramai 313/314 (70 ekor unta dan 2/3 ekor kuda sahaja). Manakala Tentera Quraisy seramai 1000 orang termasuk 600 berbaju perisai, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.
Sinopsis:
Abu Suffian yang telah memimpin kafilah Quraisy telah terselamat daripada sekatan orang Islam, namun atas utusannya, Quraisy telah menghantar pasukan tentera untuk memerangi orang Islam. Rasulullah S.A.W. telah meminta pendapat daripada kaum Muhajirin dan Ansar sama ada baginda patut menyertai peperangan atau tidak. Saad bin Muaz merupakan ketua kaum Ansar dan mereka menyokong setiap keputusan Rasulullah S.A.W termasuk dalam penglibatan baginda dalam peperangan ini.

Al-Hubab bin Al-Munzir telah membawa Rasulullah S.A.W. dan para sahabat ke tempat yang strategik untuk menyekat air Badar daripada sampai ke orang musyrik. Saad bin Muaz telah mencadangkan agar sebuah khemah untuk Rasulullah S.A.W. didirikan di belakang barisan tentera Islam dan beliau memberitahu baginda bahawa terdapat beberapa orang Islam yang tidak dapat menyertai peperangan tersebut. Rasulullah S.A.W. telah membakar semangat kaum muslimin untuk mati syahid. Baginda juga memohon kepada Allah S.W.T. agar memenangkan kaum muslimin.

Atas janji Allah S.W.T, kemenangan berpihak kepada Islam. Seramai 14 orang tentera Islam mati syahid dalam peperangan ini manakala seramai 70 orang tentera musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal dan 70 orang lagi ditawan. Rasulullah S.A.W. telah menerima cadangan Abu Bakar agar tawanan perang ini menebus diri mereka dengan harta dan bagi yang tidak mampu, mereka hendaklah mengajar 10 orang anak kaum muslimin membaca dan menulis. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 123-127 mengenai ghazwah Badar ini. Allah S.W.T. juga telah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 67-68 kerana menegur Rasulullah kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang.

2. Ghazwah Uhud
Tarikh: 15 Syawal tahun ke-3 Hijrah (Sabtu)
Tempat: Bukit Uhud (dua batu ke utara Madinah)
Tujuan: Orang kafir Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar.
Kekuatan tentera: Tentera Islam seramai 1000 orang termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda. Di tengah perjalanan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik menarik diri menjadikan tentera Islam 700 orang sahaja. Tentera Quraisy pula seramai 3000 orang, termasuk 700 orang berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda.
Sinopsis:
Rasulullah S.A.W. dan beberapa orang para sahabat pada mulanya berpendapat untuk bertahan di dalam Madinah sahaja. Akan tetapi baginda akhirnya akur kepada pendapat sesetengah pemuda Islam dan orang Muhajirin dan Ansar agar keluar Madinah dan bertempur di tempat perhimpunan orang musyrik. Baginda telah menyusun strategi dengan begitu bijak sekali untuk menghadapi tentera musyrik yang jauh lebih ramai termasuk memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansari untuk mengawal di atas bukit. Baginda telah berpesan kepada kumpulan pemanah ini agar tidak berganjak dari posisi masing-masing tidak kira tentera Islam sedang menang atau kalah sehinggalah diberitahu.
Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka dan mereka sedang memenangi pertempuran. Ketika orang Islam sedang sibuk memungut harta rampasan perang setelah orang musyrik melarikan diri, kumpulan pemanah telah ternampak dan mereka juga ingin turut sama memungut harta rampasan tersebut kerana telah menyangka kemenangan di pihak mereka. Hanya 10 orang termasuk Abdullah bin Jubair al-Ansari sahaja yang tidak berganjak dari posisi mereka. Melihat kejadian ini, Khalid bin al-Walid yang merupakan ketua sayap kanan orang musyrik ketika itu mengambil peluang ini untuk menyerang hendap orang Islam dari belakang. Barisan tentera Islam menjadi kacau bilau dan keadaan menjadi semakin buruk apabila tersebar khabar angin Rasulullah S.A.W. telah terbunuh.
Orang musyrik sangat berpuas hati kerana telah berjaya mengalahkan orang Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam ghazwah Badar. Sebanyak 70 orang Islam gugur syahid dalam peperangan ini manakala hanya 23 orang musyrik yang terbunuh. Hamzah bin Abdul Mutalib merupakan salah seorang yang gugur syahid. Mayatnya telah dibelah oleh Hindun,isteri Abu Suffian, lalu dia mengunyah jantung Saidina Hamzah dan memuntahkannya semula. Rasulullah S.A.W. berasa amat sedih melihat keadaan mayat bapa saudaranya itu. Allah S.W.T. telah menurunkan beberapa ayat mengenai ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka punca kekalahan mereka. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139-142 dan 152-153.

3. Ghazwah Bani Nadhir

Tarikh: Bulan Syawal tahun 5 Hijrah.
Tempat: Perkampungan Bani Nadhir
Tujuan: Bani Nadhir telah mencabuli perjanjian antara mereka dan Negara Islam Madinah dengan membuat pakatan untuk membunuh Rasulullah S.A.W.
Kekuatan tentera: Tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah S.A.W. dan panji-panji baginda telah dipegang oleh Ali bin Abi Talib. Tentera musuh terdiri daripada puak Yahudi Bani Nadhir.
Sinopsis:
Sewaktu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berada di perkampungan Bani Nadhir, puak Yahudi Bani Nadhir telah merancang untuk membunuh Nabi S.A.W. dengan cara menghempap baginda dengan batu besar sewaktu baginda sedang bercakap-cakap dengan mereka sambil bersandar di dinding rumah. Allah telah menzahirkan rancangan jahat mereka itu kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bangun dan terus pulang ke Madinah bersama-sama para sahabat. Rasulullah S.A.W. telah mengutus Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir untuk memberitahu mereka agar keluar dari perkampungan mereka dalam masa 10 hari kerana pengkhianatan mereka itu.
Bani Nadhir telah pun bersiap-siap untuk keluar setelah menerima amaran daripada Nabi S.A.W, namun mereka kemudian memilih untuk bertahan di dalam kubu-kubu mereka setelah dihasut oleh ketua golongan munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang berjanji untuk menghantar 2000 orang tentera daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Rasulullah S.A.W. mengambil keputusan untuk keluar dan memerangi mereka. Bani Nadhir bertahan di dalam kubu mereka dengan merejam batu dan anak panah ke arah tentera Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. dan orang Islam berjaya mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan dan ini menyebabkan Rasulullah S.A.W. terpaksa menebang dan membakar pohon-pohon kurma mereka. Bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubai tidak sampai-sampai sehingga mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah.
Rasulullah S.A.W. mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata dan hanya membawa harta yang mampu dipikul oleh seekor unta. Baginda juga memberi jaminan bahawa nyawa mereka akan terselamat. Apabila mereka ingin keluar dari kampung halaman mereka, mereka mengambil semua harta yang mampu dibawa dan mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Sebahagian daripada mereka menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah, manakala sebahagian lagi menetap di Jarsh, selatan Syam. Hanya dua orang sahaja yang memeluk Islam. Allah S.W.T.
telah menurunkan ayat dalam surah Al-Hasyr ayat 2-4 berkenaan dengan peperangan ini.

<a href=”

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

HIJRAH HINGGA NABI STABIL DI MADINAH

Hijrah Hingga Nabi Stabil Di Madinah

Bab ini dimulakan dengan kisah keberanian Umar Al-Khattab yang mencabar kaum Quraisy untuk menghalang beliau berhijrah ke Madinah. Akhirnya tiada sesiapa pun yang berani menyahut cabaran itu. Inilah bukti kekuatan dan ketegasan seorang pejuang islam yang betul-betul meyakini dirinya benar. Keberanian ini telah menyuntik kegentaran di hati musuh-musuh Islam.

Pun begitu, kaum Quraisy tetap menyusun konspirasi di Dar An-Nadwah untuk membunuh Rasullullah s.a.w pada malam penghijrahan baginda. Sang pengecut yang sudah menemui jalan buntu untuk menentang Rasulullah s.a.w itu merancang agar kesalahan itu akan dikongsi sama rata oleh semua kabilah, agar Bani Manaf tidak mampu untuk memerangi setiap satu antara mereka. Mereka menyangka rancangan mereka sempurna, tetapi Rasulullah s.a.w juga mempunyai strategi.

Ali r.a telah menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat tidur baginda sebagai pengorbanannya. Aisyah dan Asma’ pula telah menyediakan barangan Rasulullah s.a.w dan bapa mereka untuk berhijrah. Terserlahlah peranan wanita sebagai pendokong perjuangan menegakkan Islam. Saidina Abu Bakar pula telah bersedia dengan tuggangan dan penunjuk jalan, serta menjadi teman yang setia sepanjang perjalanan.

Walaupun Rasullah s.a.w merancang berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w sempat berpesan kepada Ali r.a untuk memulangkan barangan amanah pada keesokan harinya. Ini menunjukkan betapa jujur dan amanahnya baginda, dan sebenarnya kaum Quraisy sendiri amat meyakini sifat benar Rasulullah s.a.w tersebut. Namun, hati mereka telah dibutakan dunia dan diselubungi kedegilan.

Antara strategi Rasulullah s.a.w ialah mengupah seorang penunjuk jalan yang menunjukkan jalan yang jarang digunakan ke Madinah. Abdullah bin Abu bakar juga telah bertindak sebagai pengintip rancangan jahat orang Quraisy Mekah. Di dalam perjalanan terdapat beberapa rintangan seperti peristiwa di Gua Thur, di mana orang Quraisy telah mengejar baginda hingga ke pintu gua. Walaupun secara logik akan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar boleh dikesan oleh golongan musyrikin, Allah telah menentukan bantuan sarang labah-labah dan burung, serta telah disekat pandangan mereka dari melihat Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar.Disini kita boleh mengambil pengajaran yang Allah menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan diredhaiNya seperti surah Ghafir ayat 51. Pada waktu itu terserlah kecintaan dan rasa prihatin Abu Bakar yang sangat risaukan keselamatan Rasulullah s.a.w, namun Rasulullah s.a.w memujuk beliau dengan mengatakan, “Wahai Abu Bakar, kamu sangka (kita) berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga.” Keyakinan dan tawakkal seperti inilah yang patut kita sebagai pejuang contohi agar mampu menjalani cabaran dengan tenang.

Apabila Suraqah yang telah dijanjikan ganjaran untuk menjejak, menawan atau membunuh Rasulullah s.a.w menghampiri mereka dengan kudanya, sekali lagi Allah s.w.t telah menyelamatkan baginda dan membuktikan keRasulan baginda dengan membenamkan kaki-kaki kudanya, hingga tiga kali. Akhirnya beliau berjanji untuk membantu Rasulullah. Rasulullah menjanjikannya gelang Kisra, yang menjadi akhirnya benar-benar menjadi miliknya.

Ketibaan Rasulullah s.a.w pada 12 Rabiul Awal disambut dengan gembira dan alunan nasyid memuji baginda. Baginda telah membina masjid di setiap persinggahan baginda, di Quba’, di Wadi Raruna dan di Madinah, di mana unta baginda berhenti duduk. Ini menunjukkan pentingnya solat, berjemaah dan masjid sebagai sebuah pusat penyatuan masyarakat dan ummah. Rasulullah seterusnya mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Ia merupakan persaudaraan yang menagih pengorbanan bagi kedua-dua pihak, tetapi telah membuahkan ukhwah yang sejati.

Seterusnya, Rasulullah telah menggubal Piagam Madinah, yang meliputi pelbagai aspek pembentukan negara Madinah yang kukuh. Ia meliputi antaraya persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar, Rasulullah sebagai pemimpin dan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam seperti Yahudi. Ia menunjukkan yang negara Islam ditubuhkan atas dasar keadilan, persaudaraan, jaminan sosial dan nilai-nilai Islam. Aspek ini jugalah yang mesti kita dokong sebagai iktibar dan berusaha untuk menubuhkan negara Islam kita atas dasar-dasar yang sama.

Sesungguhnya, dengan terteguhnya negara Madinah itu telah membuktikan bahawa hijrah Rasulullah s.a.w bukanlah atas dasar melarikan diri atau takut mati tetapi sebagai satu strategi untuk mengembangkan agama Islam dan meraikan jemputan penduduk Madinah.

1 Comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH

1- Peristiwa : Kematian 2 tokoh penyokong da’wah Rasulullah yakni bapa saudara Rasulullah,Abu Talib  dan isteri baginda,Saidatina Khadijah pada tahun ke-10 kerasulan.

Kesan : Peninggalan Abu Talib menyebabkan orang kafir Quraisy berani menentang da’wah Rasulullah kerana tiada lagi penentangan dan perlindungan dari bapa saudaranya itu.Walaubagaimanapun Abu Talib tidak sempat memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia.

Peninggalan isteri pertama Rasulullah yang banyak membantu da’wah Rasulullah menyebabkan Rasulullah sedikit hilang tempat semangat dan pergantungan.Rasullullah sangat berdukacita dengan kehilangan kedua-dua orang yang disayangi dan tahun ini dikenali sebagai ‘TAHUN DUKACITA’.

Ibrah:

a)Kepentingan mempunyai kaum kerabat yang bertindak selaku pelindung dan tempat sokongan walaupun mereka tidak bersama dengan da’wah Baginda/kita.Perlindungan dan sokongan ini mampu menghalang sebarang niat jahat dari pihak yang mahu menggagalkan keberjayaan da’wah.Oleh itu,sentiment kabilah dan kekeluargaan /keturunan baik kadang-kadang boleh digunakan oleh penda’wah untuk melindungi da’wah tersebar luas.

b)Peranan isteri solehah dan beriman dalam mendukung da’wah/tanggungjawab yang digalas oleh sang suami.Isteri solehah bertindak sebagai penenang kecelaruan jiwa,berkongsi penderitaan suami dan sama-sama memikirkan jalan keluar ke atas kerungsingan tersebut.Sokongan sosial sangat penting dalam memastikan sesuatu tanggungjawab/da’wah dapat digalas dengan lebih baik dan mudah.Kasih saying Rasulullah terhadap Khadijah berkekalan walaupun selepas Khadijah meninggal duni sehingga dicemburui oleh isteri-isteri Rasulullah yang lain.

c)Walaupun Baginda kehilangan bapa saudara yang member perlindungan kepada baginda tetapi tidak beriman,Allah telah menegah Rasulullah daripada terus-menerus berdoa supaya dosa bapa saudaranya itu diampun oleh Allah.Firman Allah:

‘’Tidak dibernarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik,sekalipun kaum kerabat sendiri.sesudah nyata mereka bahawa orang-orang musyrik  itu adalah ahli neraka’’.(At-Taubah:113)

2- Peristiwa: Penghijrahan baginda ke Taif untuk menyebarkan da’wah kepada Bani Thaqif kerana tentangan kafir Quraisy semakin hebat selepas kematian dua tokoh di atas.Walaubagaimanapun,da’wah baginda ditolak secara kasar di mana kanak-kanak Bani Thaqif dihasut sehingga mereka melontar batu kearah dan menyebabkan darah mengalir keluar dari kaki Rasulullah.Lantas,baginda bersembunyi di sebuah kebun dan berdoa:

………….’Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku,aku tidak peduli(apa yang menimpa)……’

Sewaktu Rasulullah bersembunyi di kebun anggur ini,pemilik kebun berasa kasihan dengan      Rasulullah dan meminta hambanya,Abbas untuk menghidangkan anggur kepada Rasulullah.Baginda mula makan dengan menyebut Bismillah dan ini telah menarik perhatian Abbas,lantas beliau juga memeluk Islam di hadapan Rasulullah.

Kesan: Keislaman Abbas dan kepulangan baginda dari Taif selepas misi da’wah Baginda gagal.

Ibrah:

a)Kebijaksanaan ,keazaman dan sikap tidak berputus asa perlu dimiliki oleh seorang penda’wah dalam melebarkan sayap da’wahnya setelah ditentang di sesebuah kawasan.Mnecari medan baru da’wah adalah perlu untuk memastikan keterusan da’wah.

b)Peristiwa Rasulullah dibaling batu membuktikan bahawa jalan da’wah itu tidak mudah dan pada penda’wah perlu bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman terhadap bahan da’wahnya.

c)Doa memberi kekuatan kepada penda’wah untuk meneruskan perjuangan kerana ia adalah cara manusia itu kembali dan memohon pertolongan dari yang Esa.Doa Rasulullah di kebun membuktikan bahawanya yang paling penting dalam hidup seorang penda’wah ialah jauh dr kemurkaan Allah bukan kemurkaan makhluk lain.

3- Peristiwa :Berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj di mana Rasulullah diisra’kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa’.Kemudian Baginda diMi’rajkan ke langit yang tinggi dan terus pulang ke rumah di Makkah pada malam itu juga.Apabila Rasulullah menceritakan mukjizat itu,kaum kafir Quraisy memperlekehkan kelebihan tersebut tetapi diyakini oleh Abu Bakar dan mereka yang beriman.

Kesan: Sembahyang lima waktu difardukan kepada setiap umat Islam yang baligh dan berakal.

Ibarah:

(i)Hubungkait isu Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya dengan isu Dunia Islam.Membuktikan usaha mempertahakan Palestin sebagai bumi Islam adalah tanggungjawab setiap umat Islam.Kecuaian mempertakankan Palestin adalah kecuaian umat islam.

(ii)Simbol ketinggian kedudukan orang Islam  yang tiada tolok tandingannya dan lambang kewajipan mengatasi hawa nafsu.

(iii)Membuktikan bahawa penerokaan menerusi ruang angkasa mengatasi tarikan gravity adalah tidak mustahil dan boleh berlaku.Rasulullah sendiri adalah angkasawan Islam yang Berjaya menerokan ruang angkasa membuktikan mukjizat baginda yang hebat.Petanda untuk umat islam untuk mengkaji ilmu graviti dan angkasa.

(iv)Kefardhuan solat 5 waktu kepada umat Islam.Kewajipan ini diibaratkan sebagai mi’raj(anak tangga) untuk naik bertemuNya kelak.Jalan solat adalah jalan terbaik untuk memperelok rohani dan jasmani manusia.

4- Peristiwa:Pertemuan Rasulullah dengan rombongan kaum Aus dan Khazraj semasa di Aqabah(melontar jamrah) lantas 7 orang dari mereka memeluk Islam.Mereka ini lalu menyebarkan agama baru ini tatkala pulang ke kampong halaman di Madinah.Pada tahun berikutnya(tahun 2 kerasulan),pada musim haji,12 orang muslimin Ansar datang ke Makkah dan berbaiah dengan Rasulullah.Musab bin Umair dihantar ke Madinah bersama mereka untuk mengajarkan Islam di Madinah membawa kepada kepesatan da’wah Islam di Madinah.Pada tahun ke 13 kerasulan,70 orang muslimin dan 2 muslimat Ansar bertemu dengan Rasulullah dan berbaiah:membantu dan meyokong,mempertahakan baginda sepertimana mereka mempertahankan wanita dan anak-anak mereka.12 orang ketua kelangan mereka dilantik oleh baginda.

Ibrah:

(i)Usaha da’wah Baginda di Aqabah membuktikan bahawa kebaikan Islam itu tidak terhad disampaikan di majlis ilmu sahaja tetapi juga diluar lingkungan majlis ilmu.Kebijaksanaan Rasulullah berda’wah di tempat tumpuan orang ramai menambahkan keberangkalian da’wah beliau diterima.Sifat baginda yang tidak sedih walaupun hanya 7 orang menerima da’wah beliau membuktikan kecekalan baginda.

(ii)Rentetan Keislaman kaum Aus dan Khazraj telah meneguhkan ajaran Islam di Madinah dan membukan jalan untuk da’wah Rasulullah untuk memerangi kaum syirik dan musyrik di Madinah.Persaudaraan antara dua kaum ini membuktikan bahawa Islam itu agama yang aman dan mementingkan persaudaraan untuk memastikan kemenangan Islam.

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

video 1

Pengajaran dari video 1

1. Apabila Allah ingin menolong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pegislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya

2. Nabi Muhammad SAW tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan tidak pernah mengimpikannya. Apa yang Allah telah ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda SAW bercita-cita memperoleh kenabian, nescaya Baginda tidak takut ketika wahyu diturunkan kepadanya. Baginda juga tidak akan menemui Khadijah meminta penerangan kejadian yang dilihatnya dalam Gua Hira itu. Rasulullah SAW mendapat kepastian bahawa Baginda menjadi Rasul, hanya setelah melihat Jibril. Begitu juga setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda. Waraqah memberitahu Baginda, apa yang dialami oleh Baginda dalam gua tersebut adalah wahyu yang pernah diturunkan kepada nabi Musa a.s

video 2

Pengajaran dari video 2

1. Jika dakwah islah merupakan satu perkara yang janggal kepada kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. Dia perlu menangguh langkah dakwah secara terang-terangan sehinggalah sebilangan manusia telah mengimani dakwah tersebut dan sanggup berkoraban apa sahaja. Langkah ini dilakukan supaya jika pelopor dakwah disakiti para pengikut yang beriman dengan dakwahnya akan bangkit melakukan kewajipan dakwah (menggantikan beliau). Dengan itu, kesinambungan dakwah akan terjamin

2. Walaupun setelah golongan jahat dan sesat mengenakan seksaan dan penindasan ke atas orang-orang mukmin, mereka tetap berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti kejujuran iman dan keikhlasan pegangan akidah mereka. Ia juga menunjukkan ketinggian jiwa dan rohani mereka. Mereka menganggap kesakitan yang menimpa hanyalah sebagai satu kerehatan perasaan, juga ketenangan jiwa dan akal. Mereka lebih mendambakan keredhaan Allah berbanding penyeksaan, halangan dan penindasan yang dialami jasad mereka

Penguasaan hakiki bagi orang-orang mukmin yang jujur dan pendakwah yang ikhlas adalah kepada roh-roh mereka, bukan kepada tubuh badan mereka. Mereka segera menyahut tuntutan rohani tanpa menghiraukan kerehatan, kekenyangan dan kelazatan yang dituntut jasad mereka. Dengan sikap inilah, dakwah telah menang dan kebanyakan orang ramai berjaya dibebaskan daripada kegelapan kesesatan dan kejahilan

video 3

Pengajaran dari video 3

1. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Talib dan keengganan menerima tawaran harta da takhta yang ditawarkan oleh Quraisy menjadi bukti kebenaran dakwaan kerasulan Baginda

” Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali kali aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya”

Bagi orang-orang mukmin, susah payah di jalan kebenaran merupakan kerehatan jiwa dan hati mereka. Pada mereka, redha Allah dan syurgaNya lebih mulia dan lebih berharga daripada segala pangkat, kemegahan dan harta dunia

2. Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya, samada kepada nyawa atau berbentuk ancaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat yang selamat untuk penyokongnya. Ini menjamin kesinambungan dakwah dan penyebarannya

3. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama (walaupun berbeza agama mereka) adalah lebih kuat dan kukuh. Ini berbanding ikatan mereka dengan penyembah berhala dan golongan atheis. Agama-agama Samawi dari segi sumber dan asas-asasnya yang sahih, sepakat dalam objektif sosial dan persoalan keimanan kepada Allah, rasul-rasulNya dan hari Akhirat. Kebersamaan ini menjadikan jalinan kekerabatan antara agama-agama ini lebih kukuh berbanding mana-mana jalinan lain.

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

Kehidupan Baginda Sebelum diutuskan Sebagai Rasul

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

SEWAKTU KECIL

1- Baginda datang dari keturunan yang mulia

“ Sesunguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku dari sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku dari sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku dari sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi Rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir dari perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah) – Riwayat At Tirmidzi dengan sanad yang sahih

Pendakwah atau pengislah yang berada di kedudukan yang mulia dalam masyarakat, akan lebih mudah untuk menarik orang untuk mendengar seruannya

“ Mereka yang terpilih semasa jahiliyyah adalah mereka juga yang terpilih semasa Islam sekiranya mereka memahami”.

2- Baginda membesar sebagai anak yatim piatu, setelah kewafatan ibu dan ayah Baginda sewaktu Baginda masih kecil lagi, dan seterusnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Setiap pendakwah perlu kepada aset perikemanusiaan yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orang ygan lemah dan susah.

3- Menghabiskan 4 tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Bakat bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, di bawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

Pendakwah yang hidup dalam suasana yang lebih hampir kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan kompleks, kemurnian fikiran, kekuatan akal, tubuh badan dan jiwa juga kesejahteraan rasional dan pemikiran akan mudah dibentuk. Oleh kerana itu, Allah telah memilih orang Arab untuk menyampaikan risalah Islam ini, kerana mereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera, dan berakhlak mantap. Mereka lebih cekal menanggung kesukaran perang di jalan Allah dan menyebarkan risalahNya ke ceruk dunia jika dibandingkan dengan bangsa bertamadun yang berjiran dengan mereka.

4- Keunggulan Baginda diketahui sejak kecil lagi. Di wajahnya ada tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa saying kepada sesiapa yang melihatnya. Baginda telah mendapat keistimewaan untuk di tempat duduk datuknya di dalam satu-satu majlis yang mana tidak pernah didapati atau diberikan pada anak-anak datuknya yang lain ( bapa saudara Rasul).

AWAL REMAJA

1- Pada awal remaja, Baginda mengembala kambing dengan upah beberapa qirat. Pada umur 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid.

Dalam urusan sara hidup, seorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau hina.

2- Baginda tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersuka ria dan berfoya-foya.

Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Musuh-musuh pengislahan tidak akan menemui sebab untuk mencemuh masa lalunya sama ada yang terdekat atau lampau.

3- Baginda mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Ini terbukti apabila beliau berjaya menghindari perselisihan yang hamper timbul di kalangan kabilah Arab sewaktu isu perletakan semula hajarul Aswad.

Hanya orang yang cerdik dan cerdas layak memegang tampuk dakwah dan kepimpinannya.

4- Baginda dikenali sebagai Al-Amin di kalangan kaumnya. Seorang yang jujur, amanah, menepati janji dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan kaumnya. Sikapnya telah menarik minat Khadijah untuk menawarkan pekerjaan kepada Rasulullah saw, yang mana Khadijah telah memperoleh keuntungan yang banyak daripada perniagaan ini. Kerana akhlaknya yang cantik itu juga, Khadijah telah melamarnya untuk menjadi teman hidup.

Pengalaman pendakwah berkelana, bergaul dengan orang ramai, memahami adat, situasi dan masalah mereka, memberi kesan besar kepada kejayaan dakwahnya. Pendakwah yang berinteraksi dengan orang ramai hanya melalui buku dan esei tanpa bergaul dengan mereka yang mempunyai pelbagai aliran, adalah golongan yang gagal dalam dakwah islah.

“ Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan pengajaran yang baik (An-Nahl : 125)

DEWASA (25 KE ATAS)

1- Baginda bermusafir keluar dari Mekah sebanyak dua kali, kedua-duanya ke Kota Busra di Syam. Pertama, bersama bapa saudara baginda, Abu Talib, ketika baginda berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah

2- Beberapa bulan sebelum diutuskan sebagai Nabi, Baginda telah berkhalwah di Gua Hira’ selama sebulan kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaanNya.

Dari semasa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia bersendiri. Bersendiri seumpama ini akan mengajak pendakwah memuhasabah diri, lebih-lebih lagi dalam kehidupan penuh cabaran dan kacau-bilau di sekelilingnya.

Wallahu’alam
Wassalam wrt wbt

rujukan: Sirah Nabi Muhammad s.a.w oleh Syeikh Mustafa as-Sibaei

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah