nota usrah

THABAT

Berkaitan pengisian kali ni, ustaz huraikn mngenai definisi thabat dr segi bahasa dan istilah. Satu slide, tp huraiannya begitu pjg lebar.

Secara ringkasnya, thabat (teguh) utk lebih mudah difahami dlm bahasa kte,istiqamah. Meskipun, istiqamah lbh mmbawa kpd pngertian melakukan sesuatu secara berterusan wpun sedikit2.

Thabat mengikut pemahaman sy, berpegang teguh di atas jalanNya dalam melakukan tugas mujahid, meskipun jalan nya pjg dan trdpt pelbagai halangan, namun matlamatnya adalah kemenangan atau mati syahid.

Ustaz juga ada menghuraikan serba sedikit mengenai konsep jihad, dan arkanul bai’ah itu sndiri sbnrnya berkaitan antara stu sma lain. Skiranya kte faham, bru la akan lahir ikhlas, dan mendorong kpd perlakuan amal. Utk berjihad, seseorang perlu ada pengorbanan. Dalam msa yg sma hendaklah taat kpd Allah, Rasul, dan waliyul amr supaya terus thabat di atas jalan perjuangan ini.

1) al fahmu
2) al ikhlas
3) al amal
4) al jihad
5) pengorbanan (tadhiyah)
6) at-ta’at
7) ats-thabat

…dan seterusnya~

Sahabat2 bole rujuk surah al-Ahzab: ayat 23 berkaitan tajuk usrah kali ni. Sekian, sekadar berkongsi. Wassalam~

ustaz banyak juga mengaitkan tajuk thabat ini dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar dan seorang bakal doktor.

1. senantiasa bekerja sebagai mujahid
Siapakah mujahid itu? Apakah kriteria seorang mujahid?
Mujahid datang dari kata dasar jihad yang membawa maksud bersungguh-sungguh mencurahkan tenaga demi meninggikan kalimah Allah dan membina masyarakat Islam, seterusnya daulah Islamiyah.
Dalam konteks kita sebagai seorang pelajar, bersungguh-sungguh meninggikan kalimah Allah bolehlah juga disama ertikan dengan berusaha untuk menghidupkan suasana Islam dan menyampaikan Islam di dalam kampus.

2. kemenangan atau mati syahid
Surah Al-Ahzab, ayat 23 ini mengisahkan peristiwa pada perang Badar

“Di antara orang2 mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang telah sampai ajalnya(mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya, dan mereka tidak menukar(janji) dengan tukaran apapun

Seperti yang diketahui, kemuncak yang dinantikan oleh pejuang-pejuang Islam dalam perang Badar adalah untuk mati syahid ketika perang. Namun, tidak semua ditakdirkan Allah untuk syahid pada waktu perang itu. Berakhirnya perang Badar, bukanlah bermaksud mereka sudah tidak berpegang pada keinginan untuk mati syahid, tapi hakikatnya adalah mereka senantiasa berusaha dengan menyertai perang-perang lain untuk mati syahid di jalan Allah juga. Inialah yang dimaksudkan dengan mereka sentiasa menanti-nantikan.

Diaplikasikan dalam konteks kita, bermaksud kerja itu bukanlah berkala, bukanlah hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi perlu sentiasa dan setiap masa. Sentiasa bersedia. Ibarat kereta yang berhenti ketika di lampu isyarat, berhentinya kereta itu, sebagai mematuhi lampu isyarat, tapi enjinnya sentiasa bergerak. Hendaklah kita, sebagai seorang pejuang Islam juga begitu, tiada aktiviti, tiada pilihanraya bukanlah petanda untuk berehat tetapi sebaliknya waktu itu digunakan untuk me’recharge’ kembali kekuatan kita dan memantapkan kelemahan yang ada.

Jika diungkap kembali sirah (ini perlukan bantuan TFTI), salah satu punca kejatuhan Islam satu waktu dahulu adalah bila mana tiada lagi semangat jihad, tiada lagi semangat untuk berperang….umat Islam menjadi lemah

Dan sungguhpun kalah di Bagan Pinang dengan majoriti 5000, itu bukanlah sebab untuk kita berhenti.Kalah menang adalah perkara kedua kerana yang dinilai Allah bukanlah pada kemenangan tetapi pada apa yang telah disumbangkan. Penting untuk kita faham akan perkara ini supaya kalah atau menang kita tetap teguh / thabat berjuang!

3. Kemudian, ustaz berkongsi pengalaman bagaimana ibu dan adiknya yang memerlukan rawatan segera di hospital telah tidak mendapat layanan dari pihak hospital

Secara halus, ustaz menegur akan keperluan kita sebagai bakal-bakal doktor untuk faham mengapa kita bekerja menjadi doktor. Mengajak semua berfikir bagaimana sebenarnya dasar yang tidak betul dalam pemerintahan telah membawa banyak kesusahan kepada rakyat. Rakyat dinafikan hak untuk mendapat bantuan perubatan secara percuma, rakyat perlu menuggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana doktor tidak cukup (atau sebenarnya, doktor yang sedia ada bekerja untuk wang, jika tiada wang, tiadalah rasa tanggungjawab untuk melayan panggilan oncall di tengah malam, tiadalah rasa tanggungjawab untuk memberikan layanan yang terbaik pada pesakit). Dasar yang tidak betul telah menyebabkan kehidupan berorientasikan pada wang walhal sebenarnya bukanlah kerajaan tiada wang untuk menampung hak-hak asasi ini, tetapi telah tidak adil menguruskan wang di jalan yang sepatutnya.

Sebagai konklusi, rukun baiah itu bukanlah silibus untuk membuat kerja jemaah semata-mata malah juga untuk kehidupan harian. bermula dengan perlunya kefahaman, diikuti keikhlasan yang membuahkan amal, yang berunsurkan kesungguhan (jihad), pengorbanan, taat dan thabat. seterusnya nantikan usrah akan datang!

~Bai’ah kita bukanlah dengan manusia atau jemaah, tetapi dengan ALLAH~

JIHAD DAN PENGORBANAN

Assalamu’alaykum wbt

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga berusrah bersama-sama ustaz A. Menarik sangat!
Sedikit perkongsian berkenaan pengisian usrah tempoh hari.

Tajuk: Pengorbanan dan Jihad
Pembentang: cik NHMN

1- Intima’ bil-Jama’ah
Perlunya kita benar-benar melarutkan diri kita dan segala apa yang Allah kurniakan bagi kita dengan Jama’ah. Seperti analogi air sirap, kita bergerak sebagai hamba Allah, pelajar, anak, diri sendiri, anggota Jama’ah dsb demi Jama’ah (i.e. demi islam) dalam satu masa, dan tidak memisah-misahkan tanggungjawab2 ini kepada komponen2 yang berbeza. Rasa kebersamaan dalam Jama’ah merupakan salah satu pra-syarat bagi seseorang untuk mencapai dan memahami konsep Tadhiyah (pengorbanan) dalam gerakan Jama’ah.

2- Jual beli dengan Allah
Rujuk surah at-taubah ayat 111 dan surah as-Shoff ayat 10-13.
Harga jiwa manusia tidak ternilai. Tidak mampu dibeli dengan segala apa yang ada di dunia ini. Hanya Allah yang layak membeli jiwa manusia. Dan pastinya Allah tidak membeli dengan percuma, sebaliknya Allah telah menjanjikan ganjaran dan nikmat yang tidak terbayang oleh minda kita. Apa tu? Syurga Allah dan keselamatan daripada api neraka! Nak ke taknak berurusan dengan Allah? Jom2… mari ‘menjual’ jiwa, harta, masa dan hidup kita kepada Allah. Nescaya tak rugi.

3- Berkorban vs Menyumbang
Menyumbang = beri sesuatu ikut kemampuan
Berkorban = beri sesuatu yang melebihi kemampuan
Maka, kenyataan “berkorban/berjuang sekadar yang mampu” tak valid!
Dalam konteks kita sebagai pelajar, kita dikatakan berkorban untuk jama’ah apabila kita berbuat sesuatu untuk jama’ah di luar batasan waktu lapang. Dengan kata lain, kita tetap aktif bergerak untuk jama’ah dan da’wah meskipun jadual pelajaran sangat padat.

4- Berkorban jiwa/masa/harta/ hidup vs korbankan tanggungjawab
Namun begitu, perlu juga mengukur baju di badan sendiri! Benar, kita harus berkorban, tapi dengan syarat kita memahami sejauh mana kemampuan diri. Berkorban yang pada asalnya WAJIB, bisa menjadi HARAM apabila pengorbanan itu menyebabkan terjejasnya matlamat dan seterusnya mendatangkan fitnah kepada diri sendiri, Jamaah dan islam. Dalam konteks sebagai pelajar, matlamat jangka pendek kita adalah berjaya dalam pelajaran, dan matlamat jangka panjang, menggunakan kepakaran/kebolehan untuk islam. Jadi, berkorbanlah sebanyak-banyaknya selagi mana ia tidak menjejaskan pengajian kita. Tapi jangan pula kita sentiasa menjadikan alasan study untuk lari daripada tanggungjawab da’wah/jama’ ah!

Allah menilai pengorbanan kita berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya.

5- Kita hanya dikatakan berkorban bila…
Kita rasa kehilangan perkara/benda yang kita korbankan. (i.e. perkara itu sangat bernilai bagi tuannya).
Pengorbanan tidak dinilai berdasarkan jumlah, tetapi kualiti.
Kita tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikorbankan, malah berusaha untuk berkorban dengan lebih banyak.

6- Pengorbanan itu sia-sia jika:
Pengorbanan yang tidak perlu (tidak bermanfaat).
Tak ikhlas!
Tak terancang sehingga menjejaskan matlamat asal.

7- Kesimpulan
Berkorban itu tidak mudah, tapi jika mengenangkan “harga” yang Allah tawarkan untuk sesebuah pengorbanan. .. tak terliurkah?

Sekian. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini bermanfaat untuk kita semua. Insya’Allah.

TAJUK: RUKUN BAIAH KE 3 – AMAL

1. Definisi :
– perbuatan: ikut hukum syara’ & bertunjangkan keimanan

2. Tujuan: pembaikan (islah)

3. Syarat:- faham & ikhlas

4. Matlamat amal
– supaya agamaNya tertegak
– mendirikan negara Islam

5. Amal dalam konteks rukun baiah
~menurut imam Hasan al-Banna~ 7 peringkat

i. pembaikan diri sendiri

a. jasad yang kuat
b. akhlak yang mulia
c. fikrah yang intelek
d. mampu berdikari
e. aqidah yang mantap
f. ibadah yang sah
g. mujahadatun nafs
h. memelihara waktu
i. kerja yang bertanzim
j. bermanfaat untuk orang lain

ii. membina rumah tangga Muslim
iii. membimbing masyarakat
iv. membebaskan tanah air terutama dari segi penjajahan pemikiran
v. membetulkan kerajaan sehingga benar2 bersifat Islam
vi. menggembleng kewujudan umat Islam di peringkat antarabangsa
vii. menjadi petunjuk ajaran ke seluruh dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s