Monthly Archives: August 2009

Kesilapan kerap Muslim di bulan Ramadhan


( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin  Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.netK

Advertisements

Leave a comment

Filed under Hukum, Ramadhan

Tahukah anda???

Assalamualaikum wrt wbt

Sahabat-sahabat dalam perjuangan Islam,

Ramadhan Mubarak!

Di sini, ingin dikongsikan perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa. Sangat berguna jika anda adalah doktor atau pelajar perubatan yang berjumpa dengan pesakit setiap hari. Ini memandangkan ramai pesakit yang dijumpai setiap hari kurang ilmu tentang hukum-hakam dalam bab ibadah (solat, puasa) apabila berkaitan hal perubatan. Maka menjadi tanggungjawab andalah untuk membantu pesakit anda dengan memberikan penjelasan kepadanya.

Antara sebab pesakit tidak berpuasa yang biasa kita dengar :

1. tidak boleh puasa sebab kena guna inhaler setiap hari, jadi pesakit memilih untuk tidak berpuasa

2. jika tidak menggunakan inhaler pada waktu siang sebab berpuasa, pesakit takut akan menyebabkan keadaan mereka menjadi lebih teruk lagi

Hakikatnya, benarkah inhaler tidak boleh digunakan sewaktu berpuasa? Ini apa yang saya dapat dari kursus fiqh perubatan yang saya hadiri beberapa bulan yang lepas.

1. Inhaler – tak membatalkan kerana the vapour/powder goes to lungs not GIT. that substance yang masuk ke GIT pun belum pasti ada/ tidak.kalau ada, terlalu sedikit, tidak sama dengan makan minum.

2. Hemodialisis. membatalkan puasa JIKA membekalkan badan dengan glucose(bererti makanan). teknik CAPD ada guna glucose. kalau guna machine, tak ada glucose..

3. Anaesthesia – kalau local anaesthesia tidak batal kerana pesakit tidak hilang kesedaran

Ada banyak lagi yang boleh anda dapati di sini. Di sini, saya lampirkan perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa.

TIDAK MEMBATALKAN PUASA

  • Eye and ear drops, and ear wash.
  • GTN tablets sublingual
  • Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
  • Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
  • Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
  • Injections IM,SC, IV, intraarticular, with the exception of intravenous feeding..
  • Blood donation or receiving blood transfusion.
  • Oxygen and anaesthetic gases.
  • All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
  • Drawing blood samples for laboratory testing.
  • Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
  • Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
  • Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
  • Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
  • Biopsy of the liver or other organs.
  • Leave a comment

    Filed under Hukum, Ramadhan

    rayuan rindu

    Leave a comment

    Filed under Uncategorized

    Entry Santai

    Entry gelak ketawa. Jangan terasa. Taken, modified and added from: obefiend.blogspot.com (ketawa itu adalah makanan kehidupan juga =)
    Let’s talk about university shall we? I bet some of you old fags are missing your good old uni days kan? Sekarang ni musim konvokesyen di universiti-universiti tempatan. Selalunya konvo ialah hari terkhir korang menjejakkan kaki di universiti “tersayang”. Ia juga kali terkahir untuk melihat muka musuh dan orang yang selalu buat korang menyirap. Lepas tu harapannya takkan jumpa lagi mamat atau minah cam hara* ni. Tapi because the world is such an unfair place you would probably end up with them as office mates. Sempena minggu Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas , mari kita melihat jenis-jenis orang yang kita benci semasa di uni.

    Picture 1

    Mat Pau ialah manusia yang bijak dan manipulatif. Dari mingu orientasi lagi otak dia dah mula mecari-cari mangsa yang senang dipau. Diorang tahu masa first weeklah kita nak buat baik dengan semua orang. Bila Mat Pau datang mintak rokok sebatang atau meggi sebungkus kita pun bagi la pasal nak beramah mesra. Mat Pau mengepau dari pelbagai sumber dan selalu make sure yang dia tak pau dari area yang sama. Kalau hari ni dia pau dari tingkat 3 Block A , esok dia pau dari tingkat 2 Block D. Mat Pau ada attack plan yang dirancang rapi. Hari ni pau meggi esok pau rokok tulat pau Milo 3 in 1. You got to admire their ability to hide their tracks. Mat Pau hanya akan kantoi kalau mangsa kebetulan ter-mention aktiviti mengepau diorang.

    “Mana Amat? Engkau tak ajak dia makan sekali ke?”
    “Aku dah bagi dia meggi sepeket tadi.”
    “Aik.. baru semalam aku bagi dia Mee Cintan”
    “Makan free sial”

    Tiba-tiba member “C” mencelah;

    “Amat? Dua malam lepas dia mintak aku rokok sebatang”

    Member “D” pulak tiba-tiba nak join sekali;

    “Aku dengar engkau mention Amat.. last week dia pau ganja aku 2 ketul”

    Camtu la baru korang tahu perangai dan aktiviti mengepau diorang. Lepas dah kantol semua boikot tak nak bagi dia barang lagi. Paling best sekali ialah Mat Pau ni selalunya ada je alasan bila kita nak pau dia balik. Mintak pandai tapi nak share balik tak reti. Hamjad punya manusia!

    MACAM MANA NAK KENAL MAT PAU?

    Mulut manis dan ramah orangnya. Satu batch dia kenal. Selalu claim takde duit tapi bila outing bandar dia belanja sakan. Most of the time pegi bandar pun solo pasal tak nak orang tahu dia berduit!

    Picture 2

    Mat Jiwang ialah kasanova legenda di universiti kamu. Dia terkenal dari tahun pertama sampai la tahun akhir sebagai kaki betina. Mat Jiwang yang paling super duper ialah Mat Jiwang yang dari minggu suai kenal dah dapat tackle sorang awek. Gila b*b* la skill dia. Kelas belum start lagi dah dapat awek teman lepak dekat kafe. Mat Jiwang selalunya ialah lelaki kacak yang kaya dan 70% of the time ada “Chinese Look”. Rambutpun stylo pasal orang perempuan senang benar tertarik dengan rambut yang unik. Aku sendiri tak paham tarikan seksual yang ada pada rambut? Apa yang cute sangat rambut pacak macam Aidil Zaquan tu?Apa yang buat kamu merembek bila tengok lelaki melayu yang “Chinese look” ? Apa malay look tak cukup hensem ke? Adakah ini kesan negative selepas awek melayu tengok filem Sepet? Semuanya dreaming nak balak muka macam Jason? Mat Jiwang jugak jarang campur dengan budak lelaki satu batch. Most of the time lepak dengan awek dia 24 jam. Kalau awek dia satu fakulti , buat assignment pun dalam satu group. Ada alasan stay up dekat kafe sampai pagi buta. Bila kena tegur dengan pak gad boleh kata nak buat group discussion. S*al lah! Benda yang paling korang suka terjadi pada Mat Jiwang ialah bila dia clash dengan awek dia masa internship. Lepas balik internship baru la terhegeh-hegeh nak buat baik dengan jantan satu batch. Sebelum tu 6 semester bertegur pun tidak padahal housemate! Padan muka kau anjing. Jadilah dia kera sumbang takde member. HAHAHAH AH AH HA!!

    MACAM MANA NAK KENAL MAT JIWANG?

    Muka charming, rambut kemas, takde misai , Chinese look dan kontrol hensem. Dalam Facebook,MySpace dan Friendster Mat Jiwang korang akan perasan banyak ambik gambar sorang-sorang. Dekat picture description pulak dia letak ayat jiwang pujangga macam “alangkah indahnya jika aku ditemani insan bernama hawa” or “ kan best kalau dipantai ini ada awek teman” . Rasa macam nak lempang lak tahap kejiwangan diorang ni. Kalau check wall dia pulak, korang mesti perasan 95% message ditinggalkan datang dari awek. P*nd*k!

    Picture 3

    Mat Pondan ialah spesis yang korang geli nak ngaku satu batch. Mat Pondan takkan tunjukkan kegay-an dia masa minggu suai kenal. Masa tu nampak jantan abis. Lepas dah satu sem baru dia berani tunjukkan kepondanan diorang secara berperingkat-peringkat. Bila lalu depan bilik Mat Pondan masa malam jumaat korang akan terbau haruman semerbak. Kalau tak tahu itu bilik Mat Pondan mesti jantung rasa nak tercabut pasal ingatkan ada Pontianak tengah melintas! Kuat gila bau bai. Bilik Mat Pondan pulak wajib ada teddy bear, poster Zach Efron (zaman aku dulu poster Joey Lawrence tak pun New Kids on The Block) , bed sheet merah jambu dan minyak urut. Bilik Mat Pondan selalu didatangi Mat Jiwang. Mat Jiwang buat baik dengan Mat Pondan pasal Mat Pondan baik dengan perempuan. Mat Pondan akan ceritakan segala kebaikkan Mat Jiwang kepada perempuan satu batch. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan simbiosis. Mat Jiwang dapat free propaganda dari pihak Mat Pondan ke pihak perempuan . Mat Pondan pulak dapat sentuh dan urut badan Mat Jiwang. Sometimes I wonder if Mat Jiwang is just a closeted gay.

    MACAM MANA NAK KENAL MAT PONDAN?

    Korang takkan jumpa diorang mandi satu time dengan korang. Kalau korang mandi pagi pukul 8 diorang mandi pukul 7. Kalau terserempak dalam communal toilet korang akannampak diorang berkemban tutup dada siap dengan shower cap kalahkan betina. Lepas tu dalam tangan ada ada 7 jenis sabun dan losyen.

    Picture 4

    Minah Datin ialah Mak Datin in training. Semua Minah Datin yang anda nampak sebelah Dato’ dan Pak Menteri memulakan evolusi kedatinan mereka dari spesis ini. Minah Datin seperti Mat Jiwang boleh dijumpai dari minggu suai kenal lagi. Awek lain pakai baju kurung dan kasut flats, dia akan pakai kebaya jarang dan high heels keletuk keletak. Mekapnya juga tebal lagi dari buku Harry Potter. Minah Datin masa minggu suai kenal suka berjalan seorang diri. That way dia akan nampak lagi meyerlah. Minah Datin juga adalah orang pertama yang akan dilihat naik motor abang senior merangkap fascilitator minggu aluan siswa. By the time dia masuk tahun ketiga 70% abang-abang yang famous dalam uni dah dia date. Kalau uni kamu ada local area network jangan terkejut kalau Minah Datin dapat jadi SOP MIRC atau Admin secara fast track. Ini adalah kerana abang admin dah jatun cintan dengan minah datin. Pada tahun ketiga sebelum praktikal minah datin akan mengeluarkan statement macam bagus seperti;

    “Aku tak date budak satu batch pasal tak matang”
    “Apa kelas date budak sama batch? Balak aku grad ,dah kerja dan boleh support aku”

    Untuk tiga tahun pertama Minah Datin akan menjadi the hot stuff di uni. Semua orang kenal dan boleh dikatakan cerita tentang dia jarang yang enak didengar. Masuk tahun akhir saham Minah Datin akan jatuh macam saham Bernie Madoff kerana ada junior baru yang take over sebagai Minah Datin Alpha. Masuk fifth year bila dah lemau baru la sedar abang dia yang dah grad tu bukan tunggu dia pun. Semua dah kahwin budak setempat kerja. Jadi la Minah Datin ni single and tak laku-able. Believe it or not sebelum grad Minah Datin akan end up berkapel dengan budak satu batch jugak akhirnya. Most of the time it’s the same dumb ass yang dah mendamba Minah Datin sejak first sem lagi tapi kena reject masa first year. HAW HAW HAW!

    MACAM MANA NAK KENAL MINAH DATIN?

    Mekap tebal, budak all girl school yang feymes , badan montok dan dress up kalahkan Gossip Girl. Later bila dah tak laku dia akan tone down tapi akan jadi manusia pertama yang tak puas hati kalau ada awek junior yang seksi. Dia juga lah yang akan mulakan cerita busuk pasal awek junior hot terkini tersebut.

    Picture 5

    Mat Gaming ialah manusia no life yang asik main game di uni. Pukul 2 petang dia akan main Counter Strike dekat 1000 kali. Pukul 3 pagi dia still akan menjerit “b*bi bab* fire in the hole lanca*” untuk kesekian kalinya. Mat Gaming yang paling dewa akan menjadi idola Mat-mat Gaming yang lain. Setiap skill beliau akan menjadi bualan macam orang bercerita tentang hikayat pengembaraan Illiad.

    “Semalam Nam3L355 PWNS 6 CT sekali round pakai DE dekat DDUST. Aku try HE dia ikut bomb site A tapi dia HS aku pakai AK dari belakang CT spawn ”

    If you can understand what I just wrote above, then you are a Mat Gaming yourself. Jangan malu. Penulis juga seorang Mat Gaming dimasa mudanya dulu. Mat Gaming juga ada masalah menahan emo . Katakan ada teammate silap sikit dia akan jerit sampai satu blok dengar. Kalau teammate dia tutup pintu dia akan sepak pintu tu sampai puas hati;

    “Si*l la Ajil.. aku dah kata jaga radar pack sebelah kiri dengan Panzer. Apasal engkau respawn jadi medic. Tau la Soldier skill dah +4 tapi jangan la abandon si*l. Next time spawn aku MG semua!”

    Ini Mat Gaming spesis gila multi player. Ada jugak Mat Gaming yang muka tak malu. Mat Gaming yang suka main game tapi takde PC sendiri. Dia akan pergi PC orang pastu install game sesuka hati. Lepas tu melekat kat PC orang sampai kerusi yang dia duduk ada kesan peluh berbentuk bontot. Mouse pulak ada daki tebal.

    But wait there’s more! Spesis ketiga Mat Gaming ialah Mat Gaming peninggal taik. Dia akan main game kat PC orang lepas tu tinggalkan high score dia untuk tunjukkan dia power. Ini boleh dilihat dalam game macam Guitar Hero , Rock Band atau 3D Pinball Space Cadet.

    MACAM MANA NAK KENAL MAT GAMING?

    Pergelangan tangan sebelah kanan dia ada a patch of skin that is smoother than the rest. Kesan jangka panjang berjam-jam seret mouse atas meja. Sampai jadi kematu pun ada. Rig dalam bilik pulak mesti dah moded dan kalau anda roommate dia, pasti anda perasan akan ada orang melawat sekadar nak tengok dia main game. 50% dari Mat Gaming mesti at least extend satu sem. Most of the time orang tak tahu pun nama betul dia. Kalau jumpa kat luar bertegur sapa dengan nickname in game seperti Winters , Fatal1ty, Ayob_Skod , Craxtor, Vivre , Sta88er dan Nam3L355. Lame sh*# si&l! Macam aku.

    Picture 6

    Mat Extend menjengkelkan pasal diorang ni tua kutuk tak sedar diri. Kalau extend satu sem takpe, ni extend 7 -8 sem. Orang lain dah habis masters dia still tak abis lagi degree. Diorang selalunya dah sediakan alasan kalau kena tanya kenapa tak abis-abis belajar;

    “Aku saja je malas abis awal pasal kat luar tu bukan ada kerja pun skang”
    “Aku tukar course pasal aku nak belajar semua benda..aku boleh je double major”

    Padahal semua orang yang kenal tahu dia ni pemalas, kaki mendak, main game, layan TV series, layan hentai dan useless junk! Not surprisingly walaupun dia warga emas dekat uni, dia still antara orang yang paling famous dan banyak kawan. Cakap je nama dia semua orang kenal. Orang lain pergi kelas dia duduk merempat dekat MIRC layan chat.Tak pun sentiasa kelihatan di forum-forum internet sepanjang masa kumpul postcount. Mat Exend jugak orang yang paling banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

    “Engkau ambik Fluid Mech dengan Ir Matori eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar macam @#%^&*! Tak paham aku”

    Tapi bila kamu ambik kelas yang sama kamu rasa ok je dia ngajar. Paham je segala benda yang dia tulis dalam notes dan white board. Apa Mat Extend ni bebel? Tapi walaupun diorang ni jengkel dan nampak busuk korang berkawan jugak dengan diorang. Nak tahu kenapa? Pasal Mat Extend warga emas ni la yang jaga network korang, troubleshoot PC korang kalau rosak , ajak maple malam buta, organize gathering komuniti , tokan ganja , tokan udang galah jepang dan mesra talak sombong. Segala hal takde masalah dengan Mat Extend. Diorang ni ada aje masa terluang untuk layan kerenah korang.

    MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?
    • Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gamba tu ambik 7 tahun lepas
    • Saiz pinggang tak kurang dari 34 inci
    • Admin dan SOP dalam kolej. Kemungkinan besar network server DC++ uni kamu dia yang punya
    • Mat Extend ialah brader paling awal dating dengan Minah Datin. Fucking ass sungguh!
    • Bila dia hilang one fine day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke kena tendang? HAHAHAHHA

    USTAZAH TUDUNG LABUH

    Picture 7

    Spesies ini adalah spesies manusia yang alim kat university korang. Drama Nur Kasih yang popular di TV3 telah melabelkan golongan ini sebagai TLC (tudung labuh clan). Kalo korang laki, alamat memang diorang takkan tegur kau nye kalo korang berselisih. Dan kalo ada mat-mat jiwang yang tak sedar diri nak ajak diorang kuar makan, alasan yang akan selalu korang dengar adalah ini:

    “Maaf, saya ada program.”

    Bila dah dekat-dekat nak grad (4th atau 5th year) korang akan mendengar dari mulut-mulut kawan lelaki korang yang spesies-spesies ni memang sangat sesuai dibuat bini. Solehah laa katakan. (Ya ke?). Golongan ini juga susah untuk korang nampak pada waktu hujung minggu di kampus.

    MACAM MANA NAK KENAL USTAZAH TUDUNG LABUH?
    • Bila korang dengar diorang bercakap maka akan banyaklah perkataan Arab yang keluar seperti ana, anta, anti, tafaddhal dan macam-macam lagi. Sampai satu peringkat aku rasa macam nak belajar bahasa Arab just to communicate dengan ustazah-ustazah ni.
    • Diorang akan occupy satu space yang tertentu dalam lecture hall untuk clan diorang. Maka korang akan melihat satu row yang sumernye sangat distinct dan obvious dengan tudung labuh.
    • Mereka adalah antara orang-orang pertama yang korang akan hadir ke kenduri kahwinnya selepas grad. Itu pun kalo kau dijemput. Kalo korang dulu adalah seorang mat rempit, mat jiwang, pondan, atau termasuk dalam mana-mana golongan di atas, maka tipislah kebarangkalian korang untuk dijemput.
    • Majority diorang ni mekap tak tebal and simple. Tak macam minah-minah datin yang korang tengok make-up mengalahkan Britney Spears setiap kali masuk lecture. Bila bercakap dengan korang suara ustazah-ustazah akan berpecah kepada dua extreme:
    1) Lembut sampai susah korang nak dengar.
    2) Laju dan kuat sampai korang cuak. Ini selalu terjadi bile korang tgk diorang terserempak dengan couple-couple yg sedan asyik berpegangan tangan tapi belum kahwin.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

    1 Comment

    Filed under Uncategorized

    Peperangan Rasulullah s.a.w – siri 1

    PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.

    Ghazwah ialah peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh nabi S.A.W. Jumlah ghazwah ialah sebanyak 26.
    Sariyyah pula ialah pertempuran kecil yang berlaku antara orang Islam dan orang musyrik yang tidak disertai oleh Nabi S.A.W. Jumlah sariyyah ialah 38.

    1. Ghazwah Badar al-Kubra
    Tarikh: 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
    Tempat: Berhampiran Wadi Rahqan
    Tujuan: Menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah yang dipimpin oleh Abu Suffian.
    Kekuatan Tentera: Tentera Islam seramai 313/314 (70 ekor unta dan 2/3 ekor kuda sahaja). Manakala Tentera Quraisy seramai 1000 orang termasuk 600 berbaju perisai, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.
    Sinopsis:
    Abu Suffian yang telah memimpin kafilah Quraisy telah terselamat daripada sekatan orang Islam, namun atas utusannya, Quraisy telah menghantar pasukan tentera untuk memerangi orang Islam. Rasulullah S.A.W. telah meminta pendapat daripada kaum Muhajirin dan Ansar sama ada baginda patut menyertai peperangan atau tidak. Saad bin Muaz merupakan ketua kaum Ansar dan mereka menyokong setiap keputusan Rasulullah S.A.W termasuk dalam penglibatan baginda dalam peperangan ini.

    Al-Hubab bin Al-Munzir telah membawa Rasulullah S.A.W. dan para sahabat ke tempat yang strategik untuk menyekat air Badar daripada sampai ke orang musyrik. Saad bin Muaz telah mencadangkan agar sebuah khemah untuk Rasulullah S.A.W. didirikan di belakang barisan tentera Islam dan beliau memberitahu baginda bahawa terdapat beberapa orang Islam yang tidak dapat menyertai peperangan tersebut. Rasulullah S.A.W. telah membakar semangat kaum muslimin untuk mati syahid. Baginda juga memohon kepada Allah S.W.T. agar memenangkan kaum muslimin.

    Atas janji Allah S.W.T, kemenangan berpihak kepada Islam. Seramai 14 orang tentera Islam mati syahid dalam peperangan ini manakala seramai 70 orang tentera musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal dan 70 orang lagi ditawan. Rasulullah S.A.W. telah menerima cadangan Abu Bakar agar tawanan perang ini menebus diri mereka dengan harta dan bagi yang tidak mampu, mereka hendaklah mengajar 10 orang anak kaum muslimin membaca dan menulis. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 123-127 mengenai ghazwah Badar ini. Allah S.W.T. juga telah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 67-68 kerana menegur Rasulullah kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang.

    2. Ghazwah Uhud
    Tarikh: 15 Syawal tahun ke-3 Hijrah (Sabtu)
    Tempat: Bukit Uhud (dua batu ke utara Madinah)
    Tujuan: Orang kafir Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar.
    Kekuatan tentera: Tentera Islam seramai 1000 orang termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda. Di tengah perjalanan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik menarik diri menjadikan tentera Islam 700 orang sahaja. Tentera Quraisy pula seramai 3000 orang, termasuk 700 orang berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda.
    Sinopsis:
    Rasulullah S.A.W. dan beberapa orang para sahabat pada mulanya berpendapat untuk bertahan di dalam Madinah sahaja. Akan tetapi baginda akhirnya akur kepada pendapat sesetengah pemuda Islam dan orang Muhajirin dan Ansar agar keluar Madinah dan bertempur di tempat perhimpunan orang musyrik. Baginda telah menyusun strategi dengan begitu bijak sekali untuk menghadapi tentera musyrik yang jauh lebih ramai termasuk memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansari untuk mengawal di atas bukit. Baginda telah berpesan kepada kumpulan pemanah ini agar tidak berganjak dari posisi masing-masing tidak kira tentera Islam sedang menang atau kalah sehinggalah diberitahu.
    Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka dan mereka sedang memenangi pertempuran. Ketika orang Islam sedang sibuk memungut harta rampasan perang setelah orang musyrik melarikan diri, kumpulan pemanah telah ternampak dan mereka juga ingin turut sama memungut harta rampasan tersebut kerana telah menyangka kemenangan di pihak mereka. Hanya 10 orang termasuk Abdullah bin Jubair al-Ansari sahaja yang tidak berganjak dari posisi mereka. Melihat kejadian ini, Khalid bin al-Walid yang merupakan ketua sayap kanan orang musyrik ketika itu mengambil peluang ini untuk menyerang hendap orang Islam dari belakang. Barisan tentera Islam menjadi kacau bilau dan keadaan menjadi semakin buruk apabila tersebar khabar angin Rasulullah S.A.W. telah terbunuh.
    Orang musyrik sangat berpuas hati kerana telah berjaya mengalahkan orang Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam ghazwah Badar. Sebanyak 70 orang Islam gugur syahid dalam peperangan ini manakala hanya 23 orang musyrik yang terbunuh. Hamzah bin Abdul Mutalib merupakan salah seorang yang gugur syahid. Mayatnya telah dibelah oleh Hindun,isteri Abu Suffian, lalu dia mengunyah jantung Saidina Hamzah dan memuntahkannya semula. Rasulullah S.A.W. berasa amat sedih melihat keadaan mayat bapa saudaranya itu. Allah S.W.T. telah menurunkan beberapa ayat mengenai ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka punca kekalahan mereka. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139-142 dan 152-153.

    3. Ghazwah Bani Nadhir

    Tarikh: Bulan Syawal tahun 5 Hijrah.
    Tempat: Perkampungan Bani Nadhir
    Tujuan: Bani Nadhir telah mencabuli perjanjian antara mereka dan Negara Islam Madinah dengan membuat pakatan untuk membunuh Rasulullah S.A.W.
    Kekuatan tentera: Tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah S.A.W. dan panji-panji baginda telah dipegang oleh Ali bin Abi Talib. Tentera musuh terdiri daripada puak Yahudi Bani Nadhir.
    Sinopsis:
    Sewaktu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berada di perkampungan Bani Nadhir, puak Yahudi Bani Nadhir telah merancang untuk membunuh Nabi S.A.W. dengan cara menghempap baginda dengan batu besar sewaktu baginda sedang bercakap-cakap dengan mereka sambil bersandar di dinding rumah. Allah telah menzahirkan rancangan jahat mereka itu kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bangun dan terus pulang ke Madinah bersama-sama para sahabat. Rasulullah S.A.W. telah mengutus Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir untuk memberitahu mereka agar keluar dari perkampungan mereka dalam masa 10 hari kerana pengkhianatan mereka itu.
    Bani Nadhir telah pun bersiap-siap untuk keluar setelah menerima amaran daripada Nabi S.A.W, namun mereka kemudian memilih untuk bertahan di dalam kubu-kubu mereka setelah dihasut oleh ketua golongan munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang berjanji untuk menghantar 2000 orang tentera daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Rasulullah S.A.W. mengambil keputusan untuk keluar dan memerangi mereka. Bani Nadhir bertahan di dalam kubu mereka dengan merejam batu dan anak panah ke arah tentera Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. dan orang Islam berjaya mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan dan ini menyebabkan Rasulullah S.A.W. terpaksa menebang dan membakar pohon-pohon kurma mereka. Bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubai tidak sampai-sampai sehingga mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah.
    Rasulullah S.A.W. mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata dan hanya membawa harta yang mampu dipikul oleh seekor unta. Baginda juga memberi jaminan bahawa nyawa mereka akan terselamat. Apabila mereka ingin keluar dari kampung halaman mereka, mereka mengambil semua harta yang mampu dibawa dan mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Sebahagian daripada mereka menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah, manakala sebahagian lagi menetap di Jarsh, selatan Syam. Hanya dua orang sahaja yang memeluk Islam. Allah S.W.T.
    telah menurunkan ayat dalam surah Al-Hasyr ayat 2-4 berkenaan dengan peperangan ini.

    <a href=”

    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Leave a comment

    Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

    the first night of Ramadhan

    Assalamualaikum wrt wbt

    With the approach of Ramadan every year, I always recall the following Prophetic hadith:

    “My people (Ummah) are granted five gifts that no prophet before me had been given. First, when it is the first night of Ramadan, Allah looks at His servants. He will never punish those at whom He looks. Second, the smell of their mouths when night approaches is more pleasant [to Allah] than the scent of musk. Third, angels seek Allah’s forgiveness for them everyday and night. Fourth, Allah commands Paradise saying, ‘Be prepared and adorned for My servants; they are about to be relieved from the pains of the worldly life and move to My Home and Honor.’ Fifth, when it is the last night (of Ramadan) Allah forgives the sins of all people.” Thereupon, a man asked, “Is it the night of Qadr (Power)?” He (the Prophet) said, “No, don’t you see that once workers finish their tasks, they take their wages?” (Ahmad and Al-Bazzar)

    In addition to enjoying common merits of the nights of the blessed month, the first night of Ramadan is singled out with particular virtues. According to the above hadith, in Ramadan’s first night Almighty Allah looks favorably at His servants and He, Most High, will never punish those at whom He looks.

    Reflecting on the great divine gift that a Muslim, man or woman, could have in the first night of Ramadan, some questions came across my mind:

    Why the first blessed night of Ramadan is singled out with such a unique position over the other nights?

    At whom will Allah look in that blessed night?

    How could I — as well as my beloved Muslim brothers and sisters — be favored with Allah’s look on that night?

    Of course, Ramadan’s first night is blessed with these great favors of Allah for a divine wisdom that He, Almighty, knows. It may be — among other reasons — because it is the opening gate to the month of mercy, forgiveness, blessings, and freedom of Hellfire.

    Many people, unfortunately, ignore and don’t prepare themselves for the special merits of the first night of Ramadan. Some people busy themselves with the day-to-day affairs and live it as the other nights of the year. Some people go shopping, enjoy entertainment, etc., and miss being among those whom Allah will favorably look at in that night.

    Blessed with such a great divine gift and blessing, Ramadan’s first night does deserve a special program and due attention. Due prior preparations should be made and a plan should be set. It is a very precious night that occurs only once every year. So, we should not miss it.

    Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) drew our attention to the this unique and blessed time. He said,

    “When the first night of Ramadan comes, the devils and rebellious jinn are put in chains, and the gates of hell are closed, none of them remains open. The gates of heaven are opened and none of them remains closed. And a caller calls, “O seeker of goodness, come forward, and O seeker of evil, desist.. And Allah has many (in this month) who will be freed from Hell.’ This announcement is made every night.” (At-Tirmidhi)

    Special Program

    If a Muslim, brother or sister, wishes to be among those at whom Allah will look, he or she should work for it. They should expose themselves to Allah’s favor, mercy, forgiveness, and blessings. The following program may help us gain the divine gift of Ramadan’s first night:

    1. Determine to refrain from doing evils and sincerely repent your wrongdoings.
    2. Intend to fast the whole month of Ramadan with unswerving faith in Allah and looking for taking the reward from Him alone.
    3. Say the night dhikr (remembrance of Allah) shortly before the sunset of the last day of Sha`ban, preferably in the masjid.
    4. Go to the masjid to offer the Maghrib Prayer in congregation; sisters may pray at home if they like.
    5. Sit in the masjid, with the intention of i`tikaf (spiritual retreat in the masjid), and engage yourself in dhikr (remembrance of Allah) and Qur’an recitation until `Isha’ Prayer.
    6. Pray `Isha’ and Tarawih in congregation with devoutness and sincerity.
    7. Smile when you meet your fellow Muslims and wish them a happy Ramadan.
    8. Before sleeping, do some virtuous good deeds such as giving in charity, reciting the Qur’an, making dhikr, visiting sick people, etc.
    9. Wake up for the suhur (predawn meal) and pray qiyam (Night Vigil Prayer) before Fajr.
    10. Go to the masjid to pray Fajr; sisters may pray at home.
    11. Sit after Fajr in the masjid, reciting the Qur’an and making dhikr, to pray Duha after sunrise.
    12. Remember to supplicate Allah for the suffering Muslims everywhere.
    13. Throughout the night, earnestly ask Almighty Allah to favor and look at you with His mercy and forgiveness in this blessed night.
    14. Encourage your family and friends to take the chance of the blessings of the first night of Ramadan.
    May Almighty Allah look at and bless us all with His favors and blessings. May He guide us to what is best in this world and the world to come, Amen.

    source : islamonline

    <a href="
    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
    “>

    wallahu’alam
    wassalam wrt wbt

    Leave a comment

    Filed under Ramadhan

    Dia bernama Facebook

    Dia bernama Facebook

    Facebook helps you connect and share with the people in your life.” -Facebook

    facebook

    Facebook telah menjadi satu lagi trend golongan muda kini sebagai satu jaringan sosial yang efektif. Maka tidak hairanlah, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.

    Sehinggalah ada desas-desus yang menyatakan ianya bakal difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Kisah yang hampir serupa dengan isu Friendster tidak lama dahulu. Walau bagaimanapun, setelah diselidiki, ianya tidak lebih daripada satu khabar angin:

    Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.[1]

    Alhamdulillah, ini merupakan pendapat yang adil. Haram, halal atau harusnya teknologi zaman sekarang amat bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya. Jika kita menggunakannya ke arah maksiat, maka itulah yang kita dapat. Namun sekiranya kita menggunakan kelebihan teknologi yang ada masa kini untuk tujuan yang lebih mulia dan bijak, semakin bertambahlah bentuk dakwah yang terbuka.

    Misalan yang sama sekiranya kita punya wang yang banyak. Adakah haram punya wang yang banyak? Ianya menjadi harus sekiranya kita gunakan wang untuk menyara kehidupan keluarga, sedekah dan pembangunan Islam. Tapi, sekiranya kita gunakan untuk berjudi, tidak bayar zakat, membeli arak dan berjoli, sudah nyata ianya adalah haram.

    Penulis sendiri agak teruja dengan aplikasi facebook yang ’user-friendly’. Pengenalan Birthday reminder, notes, games, ucapan kepada kawan, pelbagai hadiah untuk kawan, kuiz, messages, facebook groups, RVSP for events dan banyak lagi dilihat sebagai satu daya penarik untuk penggunanya. Sedikit sebanyak penggunaannya dapat melekakan dan boleh menjurus kepada perkara yang sia-sia yang membuang masa. Jika dilihat daripada sudut ini, pengguna seharusnya bijak menilai dan memiliki kemudahan yang disediakan. Jangan salahkan facebook semata-mata andai kita terlalai, bagaimana pula dengan yahoo messenger, youtube, myspace, blogging, panggung wayang dan komik dengan tarikannya tersendiri. Walau bagaimanapun, penulis tidak menafikan kemudahan tagging gambar di facebook sedikit sebanyak menjadi punca fitnah kerana kesukaran untuk dikawal. Malah kebanyakan kuiz yang berbentuk hiburan mampu melekakan. Kata orang, tepuk dada, tanya Iman.

    Maka apa yang kita boleh lakukan untuk memanfaatkan facebook? Jawapannya pastilah pelbagai, kita sebagai pengguna perlulah sedar dan bijak menggunakan peluang ini untuk berada dalam golongan yang beruntung. Maka, penulis mengesyorkan beberapa cadangan yang diambil daripada blog seorang sahabat:

    • Dakwah dan nasihat.  Kita boleh menggunakan buletin, status atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej agama kepada rakan-rakan dalam lingkungan jaringan sosial yang kita sertai.  Secara tidak langsung, kita menjadi antara penyumbang kepada suasana yang sihat di dalamnya.

    “Demi masa.  Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr: 1-3)

    Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari radhiALLAHU’anhu, sesungguhnya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)

    · Berkongsi ilmu dan tips.  Tidak kisahlah ilmu atau tips berkaitan apa pun asalkan bersesuaian .  Contohnya tips belajar, mempertahankan diri, masakan, keselamatan jalanraya, kewangan dan lain-lain.  Kita akan menjadikan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera apabila ramai mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.

    · Berkongsi berita tentang apa yang berlaku sekeliling kita.  Berita-berita yang kita sebarkan kepada rakan-rakan bakal menjadikan kita masyarakat yang prihatin.  Sebagai ahli dalam komuniti muslim, kita sewajarnya mengambil tahu akan nasib yang berlaku terhadap saudara seagama kita di dalam dan luar negara. Selepas tahu, beritahu pada yang belum tahu.

    · Buat pengumuman majlis ilmu.  Kadang-kadang kita memandang remeh akan pengumuman seperti itu.  Tetapi percayalah, pasti ada di kalangan ahli Facebook yang sangat gembira dengan pengumuman itu.  Mereka pergi asbab dari pengumuman yang telah kita buat.  Walaupun kita tak pergi disebabkan bermacam-macam sebab, tetapi ganjaran ALLAH kerana kita menyebarkan pengumuman itu, sudah tertulis.  Apatah lagi jika rakan-rakan kita pergi, lagilah bertambah ganjaran pahala (mudah-mudahan), alhamdulillah.

    · Bertegur sapa di kalangan ahli jaringan.  Bertegur sapa dan bertanya khabar akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan.  Ia akan mewujudkan mahabbah dan ukhuwwah yang kuat walaupun sekadar di alam siber.  Tetapi awas, janganlah kita melampaui batas dalam bertegur sapa.  Jagalah adab dan akhlaq.  Lelaki dan perempuan harus ada rasa malu.  Dan jaga-jagalah akan gambar yang kita muatnaikkan (upload), terutama gambar-gambar perempuan. Elakkan dari memuatnaik gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah.

    · Dan banyak lagi…

    Menarik bukan? Mudah-mudahan, fikiran kita lebih terbuka, hati lebih teruja dan bersedia berkhidmat menggunakan teknologi masa kini dalam penyebaran ilmu.

    “Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Baqarah: 148)

    Kata-kata pujangga Muslim:

    اَلْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُوْءمِنُ فَأِيْنَمَا وَجَدْتَهَا فَخَذْهَا

    Maksudnya : Kebijaksanaan ( hikmah ) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru di mana sahaja kamu jumpa berusahalah mengambilnya kembali.

    Berlumbalah menjadi Muslim yang bijaksana!!!

    Wallahu’alam.

    Leave a comment

    Filed under Isu Semasa