Konflik : Kembalikannya kepada Allah

Sudah lebih seminggu kita selesai mengharungi dewan harian. Saja saya ambil waktu dalam seminggu ini untuk bermuhasabah dan menilai kembali amalan saya selama ini sebelum menulis sesuatu. Pengalaman hidup mengajar kita semua yang konflik, masalah dan krisis adalah lumrah kehidupan seseorang individu, apatah lagi sesebuah jemaah yang terdiri daripada ramai individu. Sebelum saya meneruskan penulisan ini izinkan saya memohon maaf dahulu terhadap sesiapa yang terguris hati dengan tindakan saya pada dewan harian terakhir. Sehingga tulisan ini dirungkai, saya masih lagi tidak meminta maaf secara rasmi.

Sebenarnya tidak banyak yang boleh saya tuliskan berkenaan dengan tajuk ini. Cuma yang boleh saya kepilkan di sini adalah peringatan dari Allah iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah rasul, dan ulil amri di antara kamu. Jika kamu berselisih tentang suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir; yang demikian itu lebih utama dan lebih baik kesudahannya�?. [Q.S. 4:59]

Saya tahu dalam menghadapi sikap ahli-ahli yang tidak menentu, iman dan komitmen yang turun-naik serta susunan tanzim yang efektif, Allah Taa’la mahupun RasulNya tidak menerangkan kepada kita secara spesifik tentang pelaksanaannya. Ulama’-ulama’ kita sendiri yang jauh lebih berilmu juga menghadapi masalah yang sama. Saya hanya boleh merayu kepada anda semua supaya mendekatkan diri kepada Allah dan memohon supaya ujian ini berlalu dengan aman dan kita boleh keluar daripadanya dengan hikmah dan pengajaran. Saya percaya dengan mendekatkan diri kepada Allah, sikap-sikap mazmumah yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah ini akan dibersihkan sedikit demi sedikit oleh Allah Taa’la.

Saya juga sedar masalah sikap ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijawab atau diselesaikan. Murabbi kita, ustaz Hasrizal juga hanya boleh sekadar melontarkan persoalan, bukannya penyelesaian dalam mengetengahkan masalah sikap. Setelah lama saya berfikir, saya sedar bahawa jawapannya hanya ada pada Allah. Punca masalah ini dalam jemaah kita adalah satu; tautan hati yang renggang dan tidak berpadu. Hati itu adalah urusan Allah bukannya untuk kita mempersoalkannya atau membelah dada orang lain untuk melihatnya. Maka kembalikanlah hati-hati kita semua kepada Allah Taa’la dan ingatlah bahawa tarbiyyah kita tidak lain tidak bukan ialah tarbiyyah keimanan yang mengajak kepada Allah Taa’la. Perbanyakkan zikir kamu, panjangkan munajat kamu dan hisablah segala perbuatan kamu selama ini. Sekian.


Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s