Category Archives: Buku

Golongan yang tercicir – part 3

Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

1- Tabi’i yang tidak tetap

– Seseorang yang tidak tetap pendirian eg mengikut-ikut akibat tarikan suasana atau oleh sesuatu sebab akan mudah goyah ikatannya dengan jama’ah & Islam

– pemberian alasan yang pelbagai untuk membebaskan diri daripada peraturan yang ditetapkan oleh harakah sering kali terjadi pada mereka yang mempunyai tabi’i yang tidak tetap

– penentuan sesuatu hukuman ataupun peraturan adalah tertakluk kepada semua ahli tanpa mengira kedudukan, in easyword takde doublestandard, yang haq adalah haq, yang batil adalah batil … Allah berfirman, kamu tidak akan mendapati orang yang beriman berkasih-sayang dengan orang menentang Allah dan rasulNya, hatta orang itu ibubapa mereka…(Al- Mujadalah 22)

-contoh kisah yang diceritakan oleh Siti Aisyah: orang Quraisy merasakna bahawa seorang wanita yang mencuri perlu dibebaskan kerana berasal dari golongan yang mulia, dan telah menghantar wakil untuk membuat permohonan kepada Rasulullah saw.. Rasulullah saw bersabda, telah binasa golongan yang terdahulu kerana orang mulia dikalangan mereka yang mencuri tidak dikenakan hukuman, tetapi sekiranya dikalangan orang yang lemah, hukuman dikenakan..Demi Allah, kalaulah Fatimah bt Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya.

– dapat dilihat betapa pentingnya mempunyai tabi’i yang tetap dalam diri serta mempunyai prinsip yang jelas

2- Takut sesuatu berlaku ke atas diri dan pendapatan (rezeki)

– mati dan kepapaan sangat besar impaknya dalam hidup manusia. Setiap insan tidak mahu mewarisi kepapaan, dan ingatlah Allah tidak menghalang kita menangkis kepapaan, namun kita berwasatiahlah dalam menjalani kehidupan seharian

-ramai orang yang tercicir dar jalan da’wah bersebabkan alasan ini (takut sesuatu berlaku ke atas diri & pendapatan) namun tidak ramai di antara mereka menyedari

-hakikatnya, musuh manusia yang sedia ada, syaitan dan nafsu berhubung rapat dengan perkara ini..ayat-ayat untuk rujukan

al-Imran 120, 168, 175; al-Fath 11; al-Jumu’ah 6-8, al-Ankabut 10-11

– Rasulullah saw bersabda binasalah hamba-hamba dinar, hamba-hamba dirham (harta dunia) dan orang yang menjadi hamba kepadanya iserinya (takut sesuatu menimpa dirinya)

Sabda Rasulullah saw:

Orang yang paling banyak mengalami ujian (bala’) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia, kemudian yang lebih mulia. Seseorang diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah megikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas di atas muka bumi”

(Riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tarmizi)

3- Melampau (ekstrim)

-orang yang cuba melakukan sesuatu diluar kemampuannya, melampaui batas dan tidak dapat bersikap sederhana selalunya menghadapi masalah jiwa dan kepercayaan.

-jiwa manusia itu lemah dan keupayaan manusia untuk memikul tanggungjawab berbeza. Ada yang terdaya memikul kewajipan yang tidak tertanggung oleh orang lain. Dalam syaria’t terdapat hukum-hukum azimah (kemestian) dan rukshah (keringinan) yang menjadi pelengkap manhaj Islami.

-`ukur baju dibadan sendiri…dan pada masa yang masa berusaha meningkatkan keupayaan diri secara beransur-ansur’

– zahid seseorang itu sebenarnya pabila jika dia mempunyai peluang keduniaan dia tidak leka dan melampau batas dan jika dia tidak dapat peluang keduniaan dia tidak bersedih dan tidak kufur. Diceritakan contoh seseorang yang dahulunya miskin tidak suka kawannya yang kaya dan selalu mengkritik kawannya. Namun pabila dia mengecapi kekayaan dia telah meninggalkan urusan da’wah.

4- Bermudah-mudahan dan longgar

-kesannya sama dengan bersikap ekstrim. Seseorang yang membiasakan diri dengan kelonggaran (rukhshah) tidak akan daat menanggung atau melakukan azimah dalam apa jua keadaan. Mereka seolah-olah membenarkan syaitan menguasai diri dan pekerjaan mereka. Disinilah berlakunya ujian, seseorang itu akan gugur di awalnya ketika ujian yang melibatkan azimah.

– Sabda Rasulullah saw… wahai Aisyah, jauhi diri dar dosa-dosa kecil, sesungguhnya Allah menuntut dosa-dosa kecil itu ditinggalkan.

– justeru.. kita yang mengatakan diri bekerja dalam lapangan Islam hendaklah menjauhi sifat-sifat `mempermudahkan’ sebab itu perancaan syaitan kepada jiwa manusia. Marilah bersama melakukan azimah seberapa daya yang mungkin tanpa ekstrim dan hendaklah mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.

5- Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri

– bersihkan hati dengan utama kita mentaukan diri dalam jama’ah. Acapkali terjadi, mereka yang mementingkan kedudukan tidak bertahan lama dalam perjuangan. Dinyatakan oleh penulus orang yang bekerja dalam bidang amal Islami dan juga para du’at hendaklah menyedari bahawa orang-orang yang sombong dan bongkak adalah tidak sesuai dengan da’wah dan dengan kerja-kerja Islam.

-da’wah memerlukan para da’i yang duduk bersama dengan orang ramai, berkhidmat kepada mereka, merandah diri, menerimanasihat dan kritikan.

-antara contoh sikap mereka yang tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri

a) tidak berpuas hati dengan susunan nama (yang disebut/ dicetak) kerana merasakan namanya perlu disebut terlebih dahulu

b) seseorang yang tiba lewat dalam sesebuah majlis dengan sengaja menyuruh orang yang telah sedia duduk dibarisan hadapan bangun untuk memberikan tempat itu kepadanya, sedangkan masih banyak lagi tempat duduk kosong dibahagian belakang

– Sabda Rasulullah saw( riwayat at-Tabrani)

`Ada tiga perkara yang merosakkan; bakhil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti dan bangga seseorang dengan dirinya”

6. Cemburukan orang lain

-sikap cemburukan akan orang lain timbul pabila kita tidak senang dengan kelebihan seseorang dari pelbagai aspek kehidupan. Sifat ini secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan jiwa dalam diri seseorang dan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam. Sekiranya ini berlaku akan menyebabkan kehancuran akhlak dan nilai murni , seseorang itu tidak akan berasa senang jika dendamnya tidak terlaksana.

– kisah Qabil dan Habil (al-Maidah 27-30) menceritakan kesan akibat sifat cemburu

-sabda Rasulullah saw.. “Manusia adalah tetap baik selagi mereka tidak berdengki”

7. Fitnah senjata

-amal islami telah menyaksikan penggunaan kekuatan (senjata) membawa akibat yang buruk, sebab semasa penggunaannya segala peraturan atau ikutan dah siasah syar’iyyah tidak diikuti.

-fitnah senjata telah menyebabkan berpuluh-puluh pemuda gugur akibat daripada menanggung senjata sebelum mereka menanggung Iman, dan berlatih menggunakan senjata sebelum berlatih untuk ta’at

-terdapat banyak keburukan penggunaan kekerasan, perkara ini menjadi pertikaian dikalangan para pekerja (a-`imilin), menyebabkan fitnah serta membawa kehancuran dalam harakah. Antara pertikaian yang ada ialah;

a) objektif pemilikan kekuatan adalah tidak jelas

– pendapat umum mengenai tujuan sesebuah harakah perlu memiliki cara-cara kekuatan

i) mengekalkan kewujudannya dalam kegiatan Islam

ii) menarik pada pemuda, orang yang tidak dipengaruhi melalui pemikiran, nilai-nilai dan dasar sahaja suka kepada harakah

iii) menentang tindakan-tindakan musuh

–          dalam surah al-Baqarah ayat 193: tujuan memiliki kekuatan dalam Islam ialah untuk melaksanakan syari’at Allah dan menghidupkan kembali kehidupan Islam.

–          Penggunaan senjata mestilah pada bila-bila masa pun berdasarkan tujuan diatas. Pada zaman Rasulullah saw, kegunaan senjata bukanlah semata-mata berdasarkan tindak balas tetapi sesuatu yang dikawal oleh kaedah, peratutan serta kemampuan yang ada, sesuai mengikut waqi’

b) tidak terikat dengan syarat penggunaan senjata

– antara syarat penggunaan senjata

i) menggunakan cara lain terlebih dahulu, penggunaan senjata adalah alternatif terakhir

ii) penggunaan senjata hendaklah dibawah pengawasan Imam dan jama’ah Muslimin

iii) jangan membawa kerosakan atau fitnah

iv) tidak keluar daripada siasah al-Syari’iyyah semasa melaksanakan penggunaan senjata (tidak menyerang musuh yang menjadikan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng)

v) menurut tertib

– syarat-syarat untuk jihad: Islam, baligh, bera’qal, merdeka, lelaki, tidak cacat, ada nafkah.. al-Hujurat 15, as-Saf 10-11

vi) persediaan yang sempurna dan teliti

-kualiti lebih dititikberatkan daripada kuantiti.. al-Baqarah ayat 249

vii) menjauhi dari istidraj (peningkatan yang tidak baik) dan menyahut tindak balas

viii) tidak harus mendedahkan orang-orang Islam untuk dikuasai oleh musuh, dalam keadaan ketiadaan keseimbangan

– antara syaratnya bilangan orang kafir tidak melebihi sekali ganda bilangan orang-orang Islam.. al-Anfal 65

Sebab-sebab luar yang menekan

1. Tekanan Ujian

– perjalanan seorang pejuang Islam tidak terlepas daripada sunnatullah, ujian didalam perjuangannya … al-Ankabut 1-2, Muhammad 31, al-Imran 186

-ujian dapat membezakan pendirian sesuatu barisan, kumpulan atau individu itu

  • Ada yang cekal, sabar dan ikhlas… al-Imran 173, al-Ahzab 22-23
  • Ada yang kalah dan lari dari medan pertempuran…al-Ankabut 10-11

-sejarah menunjukkan ujian menjadi faktor yang kuat dalam keciciran sebahagian orang dari medan da’wah, namun pada masa yang sama menjadi faktor kekuatan, kepercayaan, kemuliaan, peningkatan serta kecekalan kepada sebahagian yang lain

-kita yang menentukan penerimaan kita terhadap ujian yang kita terima…untuk membantu hati kita menerima tautan antara hati kita dan Allah perlulah diperkukukahkan insyaAllah

2. Tekanan keluarga

– antaranya terdapat keluarga yang menakutkan-nakutkan akan akibat seperti nasib buruk  yang bakal dietrima setelah bergiat aktif dalam jama’ah Islam, namun ada juga yang tidak boleh menerima hakikat ahli berkenaan mendahului merekan dalam mendapat petunjuk

-Allah berfirman supaya jangan tunduk kepada ahli keluarga yang melarang dar jalan Islam dan memberi galakan supaya cekap dan berjihad dijalan Allah.al-Taubah 24

-contoh sirah dahulu: kisah nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya, surah Maryam 41-46, dan juga kisah Mus’ab bin Umair dengan ibunya

3. Tekanan persekitaran

– kepentingan mewujudkan bi’ah solehah agar kita senantiasa berada dalam persekitaran yang meransang dan menggalakkan kita mendekatkan diri kepadaNya

– pertukaran persekitaran daripada yang baik ke sebaliknya ataupun daripada persekitarannya yang sebaliknya kepada persekitaran yang baik sedikit sebanyak mempengaruhi seseorang individu itu, antara faktor penyumbang lain ialah

a) asas pembentukan yang tidak betul (keraguan & kegoncangan dalam `aqidah)

b) iltizam da’wahnya disebabkan oleh malu dengan persekitaran, ataupun iltizam ikutan, bukannya iltizam secara Iman dan yakin

c) seseorang itu sendiri enggan masuk dalam lengkongan da’wah

-Imam al-Syahid Hassan al-Banna ketika memberi ucapan selamat jalan kepada seseorang saudara yang pergi ke Barat untuk belajar, sering memberi peringatan supaya menjauhi dua perkara iaitu perempuan kali pertama dan gelas kali pertama.

4. Tekanan gerakan-gerakan bahaya

– gerakan-gerakan bahaya yang bertopengkan Islam hanya bekerja untuk mengkritik dan menimbulkan keraguan dengan tujuan untuk menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.

-menurut penulis ramai yang meninggalkan keidupan da’wah kerana kalah berhadapan dengan serangan-serangan yang bertujuan untuk meragukan Islam.

5. Tekanan bermuka-muka (wajahah)

-sikap bermuka-muka (menaikkan siri sendiri)  yang disebabkan oleh penyakit ’ujub, terpedaya dengan diri sendiri, kepentingan diri dan ego. Inilah sikap yang menyebabkan tercicirnya iblis, sehingga dilaknat Allah (al-A’raf ayat 12)

-syaitan musuh utama kita, kebanyakan mereka yang bermuka-muka dalam kehiduoan da’wah telah difitnah dan dirasuk oleh syaitan., kebanyakkannya tertinggal setelah mengecapi kedudukan dalam masyarakat (walaupun kedudukan itu merupakan hasil usaha da’wah mereka)

kesedaran tentang hakikat manusia (surah ’Abasa ayat 17-23) insyaAllah mampu menjauhkan diri daripada termasuk dalam golongan ini.

KESIMPULAN

Kita bersyukur ke hadrat Allah, mohon ketetapan, kecekalan dan kesudahan yang baik. Mohon perlindungan dari kehilangan nikmat dan ketibaan bala’ secara mengejut serta mohon perlindungan supaya keadaan kesejahteraan tidak berubah ke arah keburukan. Sesungguhnya Allah maha mendengar permohonan hambanya.

credits to kak AAA 🙂

Advertisements

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

6. Syariat Islam berorientasikan kemudahan

Allah menghendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak menghendaki kesulitan bagi kamu (Al-Baqarah : 185)

Agama itu mudah.Tiada yang ekstrem. Rasulullah tidak suka orang yang menyusahkan diri untuk agamanya. Sunnah nabi menuntut kita untuk memilih yang paling mudah selagi ianya tidak menjatuhkan kita dalam dosa. Begitu juga dalam konteks pernikahan.

Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama sesuatu kesempitan
(Al- Haj : 78)

Agama Islam yang sudah sedemikian dipermudahkan oleh Allah, masih ada yang merasakan berat kerana kurang ilmunya.

Seorang lelaki itu boleh memilih pasangan nya begitu juga perempuan.

Dalam peminangan pula, boleh dilakukan sendiri atau diwakilkan kepada orang yang boleh dipercayai. Wanita juga boleh meminang lelaki itu untuk dirinya atau untuk wanita lain.

Dalam urusan mahar, islam tidak mempersulitkannya, bagi yang mampu, berilah mengikut kesanggupannya.

Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah (HR Hakim)

Dalam melaksanakan akad nikah, tidak dituntut kemewahan dan keraian. Memadai seorang wali bagi pihak perempuan dan dua orang saksi.

Dalam melaksanakan walimah, tidak semestinya upacara yang besar dan mewah. Cukup sekadar apa yang mampu oleh pasangan dan keluarga.

Dalam urusan walimah, tidak semestinya disertai majlis besar dan mewah.

Adakanlah walimah, meskipun hanya dengan menyembelih seekor kambing (HR Bukhari dan Muslim)

Maka atas alasan apa lagi sebahagian masyarakat kita menyulitkan diri dalam melaksanakan pernikahan? Orang tua tidak boleh menyulitkan anak lelaki dan perempuan untuk melaksanakan pernikahan Islami. Negara juga tidak boleh membuat aturan yang menyulitkan. Organisasi atau jemaah tidak diberi hak untuk menyulitkan anggotanya untuk menikah. Yang harus dilakukan ialah memberi kemudahan dan mendorong agar setiap orang merasa ringan untuk melaksanakannya.

Ingatlah:

Sesungguhnya di antara keberkahan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya (HR Ahmad)

Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah
(HR Abu Daud)

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

Seharusnya persiapan perlu dibuat awal. Ini kerana perkahwinan adalah satu masa di mana, seorang lelaki bertambah tanggungjawab dan amanah nya manakala seorang perempuan pula merelakan dirinya untuk dipimpin oleh seorang lelaki.

Oleh itu setiap orang yang akan berkahwin perlu mempunyai persiapan dari segi moral dan spiritual, konsepsional, fizikal dan sosial

a) Persiapan moral dan spiritual

Lelaki- bersedia untuk berperanan sebagai ketua keluarga dan menjadi bapa

Perempuan- bersedia membuka ruang baru bagi seorang suami ‘intervene’ hidupnya, bersedia untuk mengurangkan ‘authority’ atas diri diri sendiri lantara kepatuhan kepada suami, bersedia untuk hamil dan melahirkan, serta menjadi ibu.

Juga menjadikan diri sendiri baik terlebih dahulu jika inginkan pasangan yang baik. mana mungkin mengharap isteri setinggi kualiti Fatimah sedangkan diri tidak berkapasiti Ali? ibda’ binafsika. mulakan dengan dirimu.

Ibadah wajib dan khusus, doa, istighfar dan taubat

b) Persiapan fikiran

hendaklah sesuatu pasangan itu faham akan konsep pernikahan dan memahami hokum-hukum dalam pernikahan, contohnya bagaimana mandi hadas besar, doa hubungan suami isteri. Ada juga kita jumpa suami isteri yang terlalu mengejar kerjaya sehinggakan lupa akan tanggungjawab mereka kepada anak-anak dan membiarkan anak-anak di jaga dan di ajar oleh pembantu rumah. Oleh itu setiap lelaki dan perempuan itu harus mengetahui peranan mereka dalam keluarga. Mesti tahu akan tuntutan sebelum, semasa dan selepas menikah.
Menguasai ilmu, hukum hakam, etika dan peraturan berkaitan pernikahan dan rumah tangga, memahami peranan dan posisi masing-masing

Ilmu yang dilanjutkan dengan amal, amal yang dibangunkan atas landasan ilmu

Pesan Umar bin Khattab kepada kaum muslimin, ‘ Ajarilah isterimu kandungan surah An- Nur ‘.
menunjukkan lelaki perlu membekalikan diri dengan ilmu terlebih dahulu agar mampu bukan saja mengajar, tetapi menjadi teladan aplikasi dari surah An- Nur

Lelaki- persiapan mesti sampai anda boleh dihormati, dan diletakkan sebagai pemimpin. bangunkanlah wibawa dengan ilmu, kelembutan dan kebijaksanaan, bukan kekasaran.

Wanita- harus banyak belajar, kerana akan layak mengajarkan anak, menjawab soalan-soalan dari anak dan dapat  membetulkan suami andai tersilap

c) Persiapan fizikal

Kesihatan tubuh badan dan sistem reproduktif.

Digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum menikah menjaga kesihatan dan banyakkan beriadah.

d) Persiapan material

Islam bukan menghendaki kita berfikiran materialisme, tetapi harta benda adalah salah satu keperluan dalam beribadah. Contohnya, solat tidak sah tanpa menutup aurat, dan bagaimanakah caranya mendapatkan pakaian sempurna jika tidak mampu. Lebih dari itu, jika tidak makan, dapatkah kita beribadah kepadaNya? Untuk cukup makan saja, sudah perlukan sejumlah harta.

Persiapan sebelum berkahwin lebih kepada kesediaan lelaki menafkahi keluarganya, malah sebelum berkahwin sepatutnya mestilah sudah tahu pintu-pintu rezeki dan peluang yang harus diteroka. mesti ada perancangan. Islam mewajibkan tanggungjawab ekonomi di letakkan di bawah suami tetapi tidak bermakna isteri tidak boleh bekerja. Tetapi isteri hanyalah sebagai pengelola kewangan tetapi bukan pencari nafkah untuk keluaga.

Bukan jumlah wang simpanan yang penting kerana jika kita perhitung menggunakan matematik, kita tak akan dapat cari jumlah minimum yang perlu ada untuk berkeluarga.

Muslim mesti optismis untuk mendapat rezeki Allah, selagi mereka berusaha, bukannya bermalas-malasaan dan hanya berdoa sahaja.

Wanita juga perlu bersedia untuk mencari pendapatan sekiranya diperlukan, suami meninggal terlebih dahulu atau berlaku penceraian.

e) Persiapan sosial

Islam adalah agama yang menyuruh kita memiliki kepedulian dan keterlibatan sosial
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36,

Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah terhadap kedua orang tua, kerabat-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
Jika sebelum menikah tidak terbiasa melakukan aktiviti sosia, biasanya akan muncul kejanggalan untuk menzirahi orang meninggal, menghadiri majlis aqiqah, qurban dan sebagainya apabila berumahtangga.

Maka, digalakkan seseorang itu untuk membiasakan diri berinteraksi dan bersosial mengikut batas agama. Ini memudahkan pergaulan selepas pernikahan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Selain keluarga, kita juga perlu menjaga hati jiran-jiran dan masyarakat di sekeliling kita. Rajinlah senyum, menyapa dahulu dan ringan-ringankan mulut.

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

1 Comment

Filed under Buku, Dakwah

4. Di mana letak kebahagiaan?

Ramai orang menganggap tidak bahagia sesuatu perkahwinan itu sekiranya tidak dapat memberikan kemewahan dan kesenangan kepada bakal ahli keluarga. Ada juga yang berpendapat tidak bahagia sekiranya anda tidak mengenali secara dalam hati dan sikap pasangan anda sebelum berkahwin. Tetapi kebahagiaan itu tidaklah terletak kepada material sahaja, malah ada ulama yang menganggap hati mereka akan lebih tenang dan bahagia sekiranya mereka bersolat malam. Maka definasi bahagia itu berbeza di kalangan manusia.
Bahagia itu adalah kosa kata rohani. Ia hanya dapat dipenuhi dengan jalan rohani, tidak dapat dipenuhi dengan material. Tidak dapat dinafikan harta benda adalah salah satu unsur kebahagiaan, tetapi biarpun harta melimpah ruah, tanpa kekayaan jiwa, hati pasti tidak tenteram.

Rasulullah adalah sebaik-baik contoh. Memiliki keluarga yang ideal, penuh ketenangan. Kebahagiaan rumah tangga baginda tidak disandarkan pada banyaknya simpanan harta dunia. Ketika para isteri baginda meminta  tambahan harta, Allah menjawab tuntutan tersebut dalam surah Al- Ahzab, ayat 28-29

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.

Kebahagiaan itu letaknya pada hati yang mensyukuri seluruh nikmat Allah, pada jiwa yang mengharapkan redha Allah.

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Golongan yang tercicir – part2

FASAL KEDUA

Sebab-sebab keciciran

Sebab-sebabnya banyak, sama ada berhubung dengan…..

  1. Gerakan
  2. Anggota Individu
  3. Faktor-faktor luar

Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan

1. Kelemahan sudut tarbiyyah

  • Tarbiyyah dalam gerakan jama’ah merangkumi aspek tarbiyyah yang 7; Ruhiyah, Harakiyah, Siasiyah, Badaniyah, Kendiri, Thaqafiah, Kekeluargaan Islam
  • Tubuh harakah akan menjadi lemah menurut kadar kelemahan tarbiyyahnya
  • Semua ahli anggota harakah samada pimpinan (qiyadah) atau barisan pejuang (jundiyyah) mesti mengikut tarbiyah biar betapa sibuk atau dalam apa juga keadaan sekalipun. Logika beberapa ahli tidak perlu mengikuti program tarbiyah hendaklah ditolak, dalam falsafah dakwah sesorang itu pasti akan diuji dan fitnah senantiasa melanda hati manusia, justeru benteng pertahanan yang kukuh amat penting dalam menghadapi situasi ini.
  • hubungan individu dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan Islam. Harakah merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat)
  • adakah kita boleh kita mencari dua kepentingan serentak dalam harakah iaitu kepentingan diri dan kepentingan Islam?
  • Seseorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw; aku mengambil sikap untuk melakukan sesuatu hanya semata-mata kerana Allah, dan aku mahu supaya Allah melihat tempatku (negeriku). Rasulullah tidak menjawab apa-apa sehingga turun firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 110.

Rasulullah saw pernah bersabda, ` Aku paling takut berlaku keatas umatku syirik dan keinginan nafsu yang tersembunyi…mereka tidak menyembah matahari, bulan atau patung, tetapi mereka memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan yang tersembunyi sehingga apabila salah seorang dar mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh nafsunya dengan sesuatu keinginan maka dia meninggalkan puasanya itu’

Betapa hebatnya godaan nafsu dan betapa pentingnya keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah…. justeru melalui sistem tarbiyah yang baik mampu menghasilkan ahli yang paham akan tujuan dan peranannya dalam gerakan jama’ah itu sendiri..InsyaAllah

2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai

  • -proses pemilihan tugas yang sesuai untuk seseorang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa ataupun secara mendadak. Tabi’i marhalah (peringkat) yang akan dilalui perlu dikaji terlebih dahulu, daya dan keupayaan yang diperlukan pada setiap marhalah perlu ditentukan.
  • Kegagalan mengenal pasti keupayaan akan menyebabkan kegagalan dalam persediaan bantuan, seterusnya akan berlakunya kecacatan. Kecacatatan yang membesar akhirnya mengancam `amilin (barisan pekerja) dan juga `amal (kerja) itu sendiri.
  • -terdapat beberapa contoh dalam buku yang menceritakan kesan pabila kuasa harakah itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya

3. Tidak membahagikan kerja kepada anggota

  • -pembahagian ini penting bagi mengelakkan kelemahan dikalangan ahli. Realiti sebenar, harakah mempunyai ramai ahli namun pada kebiasaanya bukan semua ahli yang diberi tugas.
  • -harakah perlu mengetahui kecenderungan ahli-ahli, manakala ahli pula perlu bertanggungjawab dan bergerak aktif dengan tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
  • -ada sesetengahnya hanya memberikan tugasan kepada peringkat muda, natijahnya peringkat tua (yang dikatakan lebih matang dalam gerakan) menjadi semakin renggang dengan harakah. Kerenggangan mungkin disebabkan oleh kesibukan dan mungkin juga kesilapan harakah memilih tugas yang tidak sesuai untuk mereka.

4. Tidak mengambil berat hal ahli

  • ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana mereka juga faktor kejatuhan ahli dari harakah. Setiap individu punyai gaya berbeza, cabaran dan permasalahan masing-masing yang sekiranya dikongsi mampu meringankan bebanan serta mewujudkan keyakinan serta kepercayaan dalam jama’ah. Cabaran & kesusahan dalam da’wah tidak akan menjadi ringan/ hilang kecuali dengan keikhlasan sebenarnya kepada Allah dan adanya perasaan ukhuwwah.
  • layanan sama rata dalam gerakan jama’ah perlu diamalkan dalam apa jua keadaan antara persediaan (ahli), kepimpinan dan pengganti (ahli yang bakal menjadi pimpinan)
  • Sabda Rasulullah saw: bandingan orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit.

5. Tidak menyelesaikan masalah dengan segera

  • masalah senantiasa melanda kehidupan seharian manusia. Adakalanya masalah itu dianggap remeh, namun pabila dibincangkan mengambil masa yang lam auntuk diselesaikan dan mungkin juga menimbulkan masalah baru. Adakalanya pula masalah itu dianggap besar tetapi hanya memerlukan sepatah kata ’maaf’ ataupun satu ziarah bagi menyelesaikannya. Ada juga yang sebaliknya..pastinya setiap masalah itu ada jalan penyelesaian.
  • Perbincangan yang segera membolehkan masalah tersebut diseleasikan dengan segera dan mengelakkan natijah-natijah buruk sekiranya masalah tersebut berleluasa.
  • -masalah yang tidak diselesaikan segera mungkin akan mendatangkan masalah lain yang lebih kronik

6. Pertikaian dalaman

  • – faktor yang paling bahaya, menjadi faktor pemusnah & peruntuh harakah, menimbulkan suasana pertengkaran sehingga melambatkan gerak kerja sekaligus menarik campur tangan pengaruh luar
  • – antara contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah saw adalah pertikaian yang timbul antara puak ’Aus dan Khazraj setelah mereka dihasut oleh orang yahudi. Orang yahudi yang berasa sakit hat melihat keakraban puak ’Aus & Khazraj, telah menceritakan sejarah lampau tentang perang ”buath” yang berlaku antara dua puak ini. Setelah itu, mereka saling bermarah-marahan. Pabila Rasulullah saw mendapat berita tentang kejadian ini, baginda mengingatkan mereka adakah mereka masih bersama seruan jahilliyah ataupun seruan Allah, akhirnya mereka sedar & bermaaf-maafan semula.
  • -Firman Allah: Ali-Imran 100-105

7. Pimpinan tidak layak

antara faktor-faktor penyumbang

a) kurangnya kemampuan berfikir dikalangan pimpinan, tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli. Namun ada juga yang berupaya disudut pemikiran sahaja, namun lemah disudut yang lain

b) kelemahan dalam pentadbiran, dimana tidak memaksimumkan kebijaksanaan & kemampuannya dalam mentadbir, serta mengabaikan kaedah-kaedah asas pentadbiran yang perlu

Penulis juga menyelitkan sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan

  1. mengenali da’wah
  2. mengenal diri
  3. mengambil berat tentang ahli
  4. teladan yang baik
  5. mempunyai pandangan yang mantap
  6. keazaman yang kuat
  7. daya tarikan semulajadi
  8. penuh yakin

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Sinopsis buku: GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH

Part 1

Kata pengantar

Buku ini perlu difahami oleh semua penggerak Jemaah untuk menilai sejauh mana kedudukan sesuatu Jemaah itu. Melihat seimbas lalu, kehilangan ahli yang bermasalah menjadi satu tabi’i yang dapat mematangkan saff dan membersihkan jemaah daripada anasir-anasir yang akan membatutkan kelancaran organisasi dan dakwah. Namun gejala ini meningkatkan kesan yang lebih mendalam kepada jemaah, ia akan menjadi fitnah kepada jemaah sekaligus mengganggu kelancaran jemaah serta berlakunya perpecahan dek kerana perbezaan sikap dan pendapat. Antara-antara sebab berlakunya keciciran ahli ialah kelemahan ahli itu sendiri, kelemahan jemaah ataupun tekanan dari luar.

Muqaddimah

Penulis menyatakan gejala keciciran adalah gejala umum, besar dan berulang-ulang. Ada antara mereka yang:

a)      meninggalkan da’wah tetapi tidak meninggalkan Islam
b)      meninggalkan da’wah dan meninggalkan Islam
c)       meninggalkan da’wah & menyerang semula
d)      meninggalkan da’wah, tubuh jemaah baru
e)      keluar selepas melakukan tugas yang berharga

Penulis juga menekankan semula antara akibat buruk ekoran gejala ini

a)      tersebarnya fitnah serta meracuni gerakan lain, meruntuh dan merugikan Islam
b)      terbuka rahsia-rahsia yang tidak mungkin terbuka sekiranya tiada fitnah
c)       melemahkan gerakan & menarik musuh utk menghancurkannya
d)      hilangkan kepercayaan orang lain terhadap gerakan

FASAL PERTAMA

Gejala keciciran di zaman Rasulullah

Tabi’e semasa zaman Rasulullah saw manusia boleh memilih sama ada Islam ataupun Jahiliyyah, dan mereka menghalang seseorang itu untuk keluar daripada barisan Islam. Mereka menentang sesiapa sahaja yang cuba memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama’ah mereka.

Namun, realitinya kini, gerakan Islam tidak lagi sama dengan  jama’ah Islam, ertinya keluar daripada gerakan Islam tidak bermakna keluar dari agama (murtad). Penulis menyatakan jema’ah Islam kini hanya dianggap semata-mata jama’ah tidak lebih dari itu. Tabi’e kedudukan gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa merasakan dirinya bersalah dan berdosa.

Kisah 1: Kisah Ka’ab bin Malik

Sejarah pemulauan mereka yg tidak menyertai peperangan tabuk

  1. Ka’ab bin Malik (Ka’ab dipulaukan selama 40 hari kerana tidak mengikuti peperangan Tabuk.)
  2. Murarah ibn Ar-Rabi’
  3. Hilal ibn Umayyah

Menurut Ibn Hisham dlm kitabnya

“Orang-orang munafik tidak ikut serta dlm perang tabuk. Demikian juga tiga orang dr orang Islam. Rasulullah SAW setibanya di Madinah mengatakan kpd para sahabatnya ` Sekali-kali jgn kamu berckp dgn salah seorg dari mereka yang bertiga itu.”

Peperangan Tabuk

  • -semasa itu keadaan panas, melibatkan perjalanan yang jauh dan bilangan musuh yang ramai
  • -ketika itu hasil tanaman sedang masak di Madinah
  • -berpihak kepada kemenangan orang Islam

Pedoman:

  • Ka’ab mempunyai kekuatan fizikal & kemampuan pada ketika itu. Namun tidak turut serta dalam peperangan tersebut.
  • Sikap Ka’ab yang bertangguh dalam membuat persediaan telah menyebabkan dia tertinggal daripada menyertai peperangan tersebut. [semangat & cita-cita yang utuh amat penting dalam perjuangan ini demi menangkis serangan dalam diri yang ada ketikanya lemah]
  • Ka’ab berlaku benar & jujur ketika berhadapan dengan Rasulullah setelah baginda pulang dari Tabuk. [kebenaran itu tetap di utamakan..berkata benar walaupun pahit]
  • Ka’ab merasakan seperti seluruh penduduk bumi menolak mereka (Ka’ab, Murarah & Hilal). Rasulullah saw tidak menjawab salamnya. [hebatnya balasan yang Allah berikan]
  • Surat jemputan yang diterima from Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab datang ke negerinya setelah dipulaukan oleh penduduk Madinah. Ka’ab membakar surat tersebut, kerana dia sedar orang-orang musyrik sedang ingin mempengaruhinya.
  • Ka’ab memohon ampunan dan bertaubat. Setelah taubatnya diterima, Ka’ab berjanji senantiasa berkata benar dan ingin sedekahkan semua hartanya kepada gerakan Islam namun dinasihatkan oleh Rasulullah saw hanya seperdua daripada harta tersebut.

Kisah 2: Kisah Hatib Abi Balta’ah

Sejarah kebocoran rahsia dan pengkhianatan

Hatib menulis sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy tentang persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah saw dan diserahkan kepada seorang perempuan. Perempuan tersebut menyimpan surat tersebut dalam sanggulnya. ‘Ali berjaya mendapatkan surat tersebut daripada perempuan itu.

Apabila disoal oleh Rasulullah saw, Hatib menyatakan dia masih mempunyai seorang anak & isteri berada bersama dengan kaum Quraisy dan semua ini dilakukan untuk kebaikan anak & isterinya. Rasulullah saw memaafkan Hatib

Firman Allah swt: Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 (Jangan mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman setia)

Kisah 3: Masjid Dirar

Orang-orang Munafiqin dari kalangan orang-orang Islam cuba pecahbelahkan barisan Islam dengan pembinaan masjid yang zahirnya menunjukkan rahmat namun hakikatnya memecahkan orang-orang Islam. Rasulullah saw memerihtahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Antara lain masjid ini didirikan untuk menyaingi masjid Quba’.

– Berlaku semasa Baginda sedang berangkat menuju ke Tabuk di kawasan bernama Zi Awam. Surah Al-Taubah ayat 107

Kisah 4: Hadithul Ifik
[ahlul ifki = pendusta-pendusta]

Tuduhan & tomahan orang-orang Munafiq dan penduduk Madinah untuk menjatuhkan Rasulullah saw. Kisah tuduhan ke atas `Aisyah selepas peperangan menentang Bani al-Mustaliq. `Aisyah tertinggal daripada rombongan semasa keberangkatan pulang ke Madinah kerana mencari kalongnya yang terjatuh semasa membuang air. Aisyah dibawa pulang ke Madinah dengan menunggang unta yang ditarik oleh Ibn Ma’tal. Umm al-Mukminin `Aisyah difitnahkan `berbuat jahat’ dengan sahabat Nabi.  Surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Kisah 5: Peristiwa Abu Lubabah

Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah saw mengepong Bani Quraizah selama 21 hari, ini menyulitkan merekan dan menyebabkan merekan berasa takut. Setelah yakin Rasulullah saw tidak akan kembali tetapi akan bertempur dengan mereka, Ka’ab Ibn Asad mencadangkan 3 cadangan kepada kaum Yahudi:

  1. kita ikut Rasulullah saw [tidak setuju sebab masih berpegang teguh dengan Taurat]
  2. kita bunuh anak-anak & isteri kita, kemudian kita perangi Rasulullah saw, supaya tiada bebanan yang kita tinggalkan kemudian nanti [mereka tidak bersetuju dan mencadangkan untuk bunuh golongan miskin yang tidak mendatangkan kebaikan]
  3. menyerang Rasulullah secara mengejut pada malam Sabtu [mereka juga tidak bersetuju kerana menjaga kehormatan hari Sabtu, tidak mahu ditukar rupa menjadi binatang seperti yang yang berlaku kepada golongan terdahulu]

Setelah berbincang namun tiada keputusan dapat dicapai, mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw supaya Baginda menghantar Abu Lubabah Ibn `Abdul Munzir supaya masalah mereka boleh diselesaikan.

Setibanya Abu Lubabah disana, semua lelaki bangun berdiri, kanak-kanak dan perempuan menghampirinya dengan tangisan, menyebabkan Abu Lubabah berlembut hati. Pabila ditanyakan adakah lebih baik kami mengikut hukum Muhammad, Abu Lubabah menyatakan ya, kemudian mengisyaratkan tangannya ke tengkoknya (yakni mereka akan disembelih).  Abu Lubabah menyedari yang bahawa beliau telah mengkhianati Allah dan RasulNya, maka beliau dengan segera meninggalkan tempat itu dan mengikat dirinya di salah satu tiang masjid. Beliau tidak akan meninggalkan tempat itu sehinggalah Allah mengampuninya.  Abu Lababah berada dalam keadaan terikat selama 6 hari, setiap kali waktu solat, isteri beliau akan melepaskan ikatan tersebut, selepas solat beliau mengikat dirinya semula. Setelah taubat beliau diterima oleh Allah swt, turunnya wahyu diwaktu Zuhur, beliau mahu Rasulullah saw yang melepaskan ikatan tersebut.

Wahyu yang turun mengenai pengkhinatan Abu Lababah surah Al-Anfal ayat 27.

Kesimpulan fasal pertama

  1. peristiwa keciciran diperingkat permulaan Islam adalah terbatas. Kebanyakannya menyedari kesilapan dan segera bertaubat ( benteng daripada pemahaman akidah yang mantap)
  2. kesucian niat, tujuan yang betul, keaslian sumber dan kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan adalah amat penting
  3. hukuman yang dapat menghalang berleluasanya gejala keciciran adalah pabila seluruh anggota ja’maah menolak sama sekali sesiapa yang keluar dan menentang jama’ah

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Di jalan apakah anda menikah???

3. Di jalan apakah anda menikah?

Ini bukan pertanyaan main-main. Ia penting untuk dijawab.

Adakah jalan ‘instictive’ sebagaimana manusia lain pada umumnya. Menjadikan pernikahan sebagai cara menyalurkan ‘biological needs’.

Atau menikah berorientasikan material- kekayaan, kemegahan, rupa paras menjadi ukuran.

Berapa banyak warga masyarakat kita meninggalkan keyakinan agamanya, kerana ingin memilii pasangan yang cantik, tampan dan kaya. Jika ini menjadi pilihan anda, kerugian sudah pasti merupakan akibatnya. Ini adalah pilihan hidup yang menyesatkan, bukankah material tidak pernah akan memuaskan?

Terbentang pula jalan dakwah-amat lurus dan luas. Jalan para nabi dan syuhada’, jalan orang soleh dan jalan ahli syurga.

Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik. Surah Yusuf, ayat 108

Di jalan inilah Rasulullah menikahi Ummahatul Mukminin, di jalan inilah Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah, dan inilah jalan menemukan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az-Zahra.
Jalan ini menunjukkan pernikahan itu adalah sebagai satu ibadah dan sebagai satu dakwah untuk menegakkan daulah islamiyah. Allah menjanjikan di jalan ini anda tidak akan pernah rugi dan jalan ini adalah jalan yang sangat mementingkan ruhaniyah tetapi tidak sesekali melupakan kebendaan.

Lalu mengapa anda memilih jalan yang lain? menikahlah di jalan dakwah, anda akan mendapat keuntungan, justeru menjadi pelaburan masa depan di dunia dan akhirat.

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah