Daily Archives: February 15, 2010

Konflik : Kembalikannya kepada Allah

Sudah lebih seminggu kita selesai mengharungi dewan harian. Saja saya ambil waktu dalam seminggu ini untuk bermuhasabah dan menilai kembali amalan saya selama ini sebelum menulis sesuatu. Pengalaman hidup mengajar kita semua yang konflik, masalah dan krisis adalah lumrah kehidupan seseorang individu, apatah lagi sesebuah jemaah yang terdiri daripada ramai individu. Sebelum saya meneruskan penulisan ini izinkan saya memohon maaf dahulu terhadap sesiapa yang terguris hati dengan tindakan saya pada dewan harian terakhir. Sehingga tulisan ini dirungkai, saya masih lagi tidak meminta maaf secara rasmi.

Sebenarnya tidak banyak yang boleh saya tuliskan berkenaan dengan tajuk ini. Cuma yang boleh saya kepilkan di sini adalah peringatan dari Allah iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah rasul, dan ulil amri di antara kamu. Jika kamu berselisih tentang suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir; yang demikian itu lebih utama dan lebih baik kesudahannya�?. [Q.S. 4:59]

Saya tahu dalam menghadapi sikap ahli-ahli yang tidak menentu, iman dan komitmen yang turun-naik serta susunan tanzim yang efektif, Allah Taa’la mahupun RasulNya tidak menerangkan kepada kita secara spesifik tentang pelaksanaannya. Ulama’-ulama’ kita sendiri yang jauh lebih berilmu juga menghadapi masalah yang sama. Saya hanya boleh merayu kepada anda semua supaya mendekatkan diri kepada Allah dan memohon supaya ujian ini berlalu dengan aman dan kita boleh keluar daripadanya dengan hikmah dan pengajaran. Saya percaya dengan mendekatkan diri kepada Allah, sikap-sikap mazmumah yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah ini akan dibersihkan sedikit demi sedikit oleh Allah Taa’la.

Saya juga sedar masalah sikap ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijawab atau diselesaikan. Murabbi kita, ustaz Hasrizal juga hanya boleh sekadar melontarkan persoalan, bukannya penyelesaian dalam mengetengahkan masalah sikap. Setelah lama saya berfikir, saya sedar bahawa jawapannya hanya ada pada Allah. Punca masalah ini dalam jemaah kita adalah satu; tautan hati yang renggang dan tidak berpadu. Hati itu adalah urusan Allah bukannya untuk kita mempersoalkannya atau membelah dada orang lain untuk melihatnya. Maka kembalikanlah hati-hati kita semua kepada Allah Taa’la dan ingatlah bahawa tarbiyyah kita tidak lain tidak bukan ialah tarbiyyah keimanan yang mengajak kepada Allah Taa’la. Perbanyakkan zikir kamu, panjangkan munajat kamu dan hisablah segala perbuatan kamu selama ini. Sekian.


Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kita malas membaca…?

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)
dipetik dari sini

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Dakwah : antara prinsip dan realiti

Ketika si pemuda mula mengenali dakwah, dia akan bertemu dgn prinsip-prinsip baru di dalam hidupnya. Prinsip-prinsip ini adalah prinsip Islam yang memang tertulis lama dalam kitab-kita ulamak dan fuqaha’ terdahulu. Tapi ia terbenam tanpa pembaca atau dibaca tanpa pemaham.

Ketika seorang anak muda mula mengenali hidup dakwah, mereka akan terkejut, tersentak dgn pernyataan fuqaha’. Hukum dan prinsip Islam yang nyata dan terang telah diabaikan oleh majoriti muslim, even oleh para ulama dan ustaz/ustazah.

Bila si da’i muda ini ingin beramal dan mempraktikkan apa yang mereka baca dan fahami ini, mereka akan berdepan dgn masalah. Di sinilah letaknya kebijaksanaan dan fiqh praktik. Adakah ibubapa yang tidak membenarkan kita menyertai prog dakwah dan tarbiyyah itu salah dan perlu di sergah atau di’ceramah’kan? Adakah mereka perlu di pandang rendah kerana tidak memahami ‘dakwah itu wajib’ sebagaimana yang dijelaskan dgn jelas oleh fuqaha’ sejak zaman berzaman?

Fiqh bergaul dan berkomunikasi dgn masyarakat juga begitu. Fiqh memenangi hati orang yang lebih berumur dari kita juga begitu.

Fiqh ‘Ghulam’ dan ‘Si Tukang Sihir’ perlu di fahami dgn baik. Antara prinsip dan fiqh praktik prinsip ada pelajaran-pelajaran yang perlu di fahami. Moga da’i muda akan lebih dapat mengurangi fitnah dan membina imej dakwah yang lebih bersopan, dihormati dan menarik.

dipetik dari sini

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Keutamaan kualiti ke atas kuantiti – 1

KISAH SATU
Para ulama sirah telah mengisahkan bahawa pada suatu hari Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. dan beberapa orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat,

kemudian katanya : “Wahai para sahabatku, berangan-anganlah…!”
Salah seorang sahabat berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki wang dirham (perak) yang dapat memenuhi tempat ini, kemudian wang tersebut saya pergunakan untuk perjuangan di jalan Allah.

Dan orang kedua juga berangan-angan ingin memilik wang dinar (emas) yang sebanyak tempat tersebut, kemudian dibelanjakan di jalan Allah.

Kemudian Khalifah Umar r.a. berkata : “Saya berangan-angan ingin memiliki orang-orang yang banyak (berkualiti) seperti Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, Muadz ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.

KISAH DUA
Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. telah mengutus Amr ibn al-Ash r.a. untuk membuka daerah Mesir dengan hanya 4 000 orang tentera sahaja. Kemudian beliau (Amr) memohon tambahan bilangan tenteranya, kemudian Khalifah menambahkan lagi 4 000 orang dengan 4 orang komander. “Setiap seorang (komander) sebanding kualitinya dengan seribu orang tentera, maka bermakna kini bilangan tentera kamu ada 12 000 orang…! Dan bilangan 12 000 orang itu adalah banyak dan tidak boleh dikalahkan.

Khalifah Umar r.a. percaya bahawa yang menjadi ukuran dan pertimbangan adalah kualiti, mutu, ketangkasan dan kecekalan orang-orang yang dikirimkannya bukan semata-mata kerana bilangan dan jumlahnya sahaja.

Petikan buku : Fiqh Keutamaan Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, di bawah tajuk keutamaan kualiti ke atas kuantiti

Leave a comment

Filed under Uncategorized