Generasi Salahuddin Al-Ayyubi: Adakah Kita Serius?

1.    Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang pahlawan sejati yang tidak perlu lagi diperkenalkan di kalangan kita.

2.    Ramai muslimin dan muslimat beriya-iya mahu melahirkan anak-anak seperti beliau yang satu hari nanti akan menjadi seorang pejuang syiar Islam dan menjadi penyelamat ummah. Persoalannya di sini, adakah kita benar-benar serius?

3.    Sebelum saya pergi lebih jauh ke dalam perbincangan ini biarlah saya menekankan beberapa perkara mengenai Salahuddin Al-Ayyubi yang saya ketahui:

a)      Beliau adalah seorang yang berbangsa Kurdish.

b)      Dibesarkan oleh kedua ibu –bapanya di Tikrit, Iraq.

c)       Beliau dilatih menunggang kuda seawal umur 7 tahun.

d)      Pada umur 15 tahun beliau sudah mahir bermain senjata-senjata yang digunakan dalam peperangan am pada waktu itu. (pedang, tombak dsb.)

e)      Beliau kemudiannya berkhidmat di bawah Nuruddin Az-Zaitangi dan seterusnya beliau berjaya menjadi panglima perang sendiri sebelum beliau membebaskan Baitulmaqdis.

f)       Di awal hidupnya, beliau dikatakan tidaklah begitu mendalami agama sangat tetapi beliau mendapat didikan agama yang cukup daripada kedua ibu dan bapanya serta tuannya yang awal, iaitu Nuruddin Az-Zaitangi yang juga merupakan seorang pemerintah yang wara’. Satu fakta menarik yang mungkin anda tidak ketahui mengenai Az-Zaitangi ialah beliau merupakan orang yang bertanggungjawab meletakkan jerajak besi di sekeliling makam Nabi s.a.w sehingga ke bawah tanah untuk menghalang sebarang percubaan musuh-musuh Islam yang mahu mencuri jasad Nabi s.a.w. Percubaan sebelumnya pernah dilakukan oleh dua orang Yahudi dan ia diketahui oleh Az-Zaitangi  apabila Nabi s.a.w muncul sendiri dalam mimpi Az-Zaitangi untuk meminta tolong beliau bagi menggagalkan percubaan tersebut.

4)    Berbalik kepada Salahuddin Al-Ayyubi, beliau menjadi seorang pejuang yang hebat kerana beliau menerima acuan pahlawan seawal umur 7 tahun. Inilah sebenarnya kenapa saya mempersoalkan keseriusan umat Islam di Malaysia untuk melahirkan generasi Salahuddin Al-Ayyubi. Saya melihat acuan pahlawan yang membentuk pejuang-pejuang seperti Khalid Ibnu Walid, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh tidak ada pada kanak-kanak yang satu hari nanti diimpikan akan menjadi seperti mereka.

5)   Saya tidak menafikan acuan iman dan taqwa yang diberikan kepada kanak-kanak didikan Islam cukup lengkap dan komprehensif. Saya tahu bahawa silibus iman dan taqwa yang diberikan kepada kanak-kanak Islam di Malaysia cukup tersusun dan teliti. Saya cuma menegaskan bahawa kita tidak boleh mengenepikan acuan pahlawan yang diterima oleh ketiga-tiga tokoh yang disebutkan tadi dalam membentuk peribadi mereka yang gagah dan taat kepada perintah dalam memperjuangkan Islam jika kita betul-betul serius mahu melahirkan pejuang dan tentera-tentera Allah yang sejati.

6)     Saya pernah melihat sendiri acuan dan didikan pahlawan yang diterima oleh kanak-kanak di Gaza dan Lebanon melalui youtube. Seawal mereka boleh bercakap, ABC yang mereka pelajari adalah seperti berikut:

A =Apache

B = bomb

C = Canister (canister gas pemedih mata)

D = Dreadnought. (Kapal Selam Israel buatan Russia yang menghentam Gaza dengan peluru berpandu bawah laut)

Kanak-kanak di sana juga diajar memegang pistol, berkawat, dan menembak seawal umur 7 tahun di samping mereka juga menerima didikan Islam untuk membentuk acuan iman dan taqwa. Bandingkanlah didikan kanak-kanak mereka dengan kanak-kanak kita. Berdasarkan didikan yang diterima, siapakah yang akan membesar menjadi pejuang dan tentera-tentera Allah yang sejati?

7)   Musuh-musuh kita di Amerika Syarikat juga menyedari hakikat ini dan mereka juga berusaha melahirkan pejuang-pejuang hebat untuk menjayakan agenda laknatullah mereka. Mereka sedar untuk melahirkan pejuang-pejuang yang hebat mereka perlu mendidik anak-anak mereka dengan acuan pahlawan. Menerusi salah satu perlembagaan mereka, iaitu “the freedom to bear arms”, mereka menjadikan pemilikan senjata sebagai  satu hobi dan mereka mengajarkan pula hobi tersebut kepada anak-anak mereka. Saya tidak hairan apabila melihat seorang kanak-kanak U.S boleh memenangi pertandingan smoothbore rifle shooting di peringkat antarabangsa. Budaya pemilikan senjata api ini lebih hebat di kalangan negeri-negeri yang konservatif seperti Texas, Michigan, Missouri dan lain-lain. Saya berpendapat  bahawa ini adalah satu sebab kenapa tentera-tentera U.S begitu hebat dalam berperang dan menakluk, ditambah pula dengan teknologi persenjataan mereka yang jauh lebih canggih.

8)   Saya tidak menyuruh anda mengangkat senjata dan berperang. Apa yang saya cuba sampaikan ialah dalam membentuk seorang pejuang, kita tidak boleh menolak ke tepi acuan pahlawan yang mesti diberi. Saya berharap tulisan ini sedikit sebanyak dapat membuat anda berfikir tentang keseriusan anda untuk melahirkan pejuang Islam yang sejati. Saya juga berharap bahawa cita-cita kita untuk membebaskan BaitulMaqdis masih segar dan mekar dalam hati dan kita perlu sedar bahawa untuk mencapai cita-cita tersebut memerlukan generasi seterusnya yang terdidik dengan acuan pahlawan,  acuan iman dan acuan taqwa seperti mana Khalid Ibnu Walid, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh pernah dididik. Sekian.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s