Agama, Ideologi dan Doktrin

Saya masih teringat dalam usrah terakhir pada tahun lepas saya mempersoalkan Islam sebagai penyelesaian kepada masalah manusia. Saya juga masih ingat bagaimana ustaz Afnan kemudian menanyakan kembali kepada saya atas dasar apa saya beriman kepada Allah kerana mempersoalkan isu tersebut sampai ke tahap itu. Rakan-rakan seusrah juga ramai yang tidak berpuas hati  dengan tindakan saya yang dilihat melampau dan agak biadap.

Saya ingin menyatakan saya tidak pernah sesekali mempersoalkan kewujudan Allah Taa’la atau keEsaaNya. Apa yang saya persoalkan sebenarnya adalah indoktrinasi yang berlaku dalam gerakan Islam. Dalam mempersoalkan perkara ini kita perlu faham perbezaan dan tingkatan-tingkatan gerakan dari peringkat agama, ideology dan doktrin. Agama itu adalah hidup dan ia merangkumi semua aspek kehidupan. Ideologi itu adalah lebih spesifik dan hanya merangkumi satu perkara. Contoh yang paling mudah ialah komunisme vs kapitalisme. Kedua-dua ideologi ini hanya merangkumi pembahagian harta negara dalam satu sistem ekonomi dan pengelibatan kerajaan dalam sistem tersebut. Dalam komunisme sendiri kita dapat lihat perbezaan doktrin-doktrin antara Mao Tze Sung, Lenin dan lain-lain. Perkara ini memang telah ditekankan kepada saya dalam falsafah ilmu semasa di Kolej Mara Banting dahulu. Simply put:

Religion is life.

Democracy,theocracy, capitalism and communism are systems which forms parts of our life in society.

Doctrines are the do’s and don’ts in a particular system.

Apa yang saya persoalkan adalah perbuatan sesetengah pihak yang mengehadkan Islam kepada do’s and don’ts sahaja; iaitu mengindoktrinasikan orang lain. Mereka berkata bahawa Islam itu ada penyelesaian untuk semua masalah manusia dan kemudian mereka berkata; buat macam ini dan jangan buat macam yang ini (do this but don’t do these other things). Saya harap pembaca sekalian boleh faham  apa yang saya cuba sampaikan. Agama itu sifatnya adalah petunjuk, bukannya penyelesaian yang spot-on  seperti yang pernah disebutkan oleh ustaz Hasrizal dalam tulisannya; agama itu bukan cul-de-sac. Saya tidak nafikan dalam Islam ada dos and don’ts yang memang wajib kita lakukan seperti solat, jangan makan babi dan sebagainya. Tapi dalam menempuh kehidupan seharian banyak perkara yang jatuh dalam  “the-grey-area” dan saya cuma berharap apabila keadaan itu berlaku, kita tidak terlalu cepat mengatakan, “Buat macam ini dan jangan buat seperti itu” kemudian kita mengatakan pula, “Ini adalah tuntutan Islam”. Islam itu adalah agama yang membawa petunjuk. Sejumlah manusia walaupun ditunjuk jalan penyelesaiannya belum tentu dapat melihat apatah lagi menempuhnya. Islam bukan doktrin. Sekian.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s