Pertahanan Negara – Menjawab Isu F-18/D Super Hornets.

Salam. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Dalam tempoh masa tersebut saya meluangkan masa membaca buku, blog-blog dan melihat video-video tentang perkara-perkara yang sememangnya menjadi minat saya sejak remaja lagi. Saya meminta maaf dan berterima kasih kepada Hidayah dan muslimat-muslimat yang terus menghidupkan blog. Saya mengaku yang saya memang mahu mengambil cuti daripada semua perkara yang berkaitan dengan Penang, termasuklah JPMC sendiri. Walau bagaimanapu izinkan saya berkongsi beberapa maklumat yang saya dapat hasil daripada pembacaan dan interaksi saya dengan blogger-blogger pertahanan negara.

Isu “Source Code’ F-18/D  Super Hornets oleh Tun Mahathir

1. Heboh isu ini dipermainkan sekali lagi oleh Tun Mahathir menerusi blognya: chedet.cc. Beliau mendakwa bahawa pesawat F-18/D Hornets yang dibeli negara dari Amerika Syarikat hanya boleh digunakan untuk pertunjukan udara sahaja kerana source code sistem persenjataan pesawat tersebut tidak diberi oleh Amerika Syarikat kepada TUDM.

2. Hakikatnya ini bukanlah isu yang sebenar. Sistem persenjataan pesawat tersebut masih lagi boleh digunakan dalam “standard configuration” kerana source code itu bukanlah satu keperluan untuk seseorang juruterbang mengaktifkan sistem persenjataan pesawat tersebut. Perkara ini terbukti kerana pihak UK dan Australia juga pernah membeli pesawat Super Hornets dari Amerika Syarikat tanpa diberi source code oleh  kerajaan US walhal UK dan Australia adalah sekutu rapat US.

3.  Source code itu adalah programming language yang digunakan oleh pengeluar untuk membina sistem persenjataan sesebuah pesawat. Analogi terdekat yang boleh saya berikan adalah Mozilla Firefox yang sering kita gunakan setiap hari untuk melayari internet. Ingat; Mozilla Firefox adalah satu open-source browser (saya tekankan sekali lagi: open-source). Ini bermakna program Firefox ini boleh diubah-suai oleh sesiapa sahaja yang tahu untuk mengendalikan dan memanipulasi Java TM, programming language (i.e source code) yang digunakan untuk membangunkan program Firefox. Tapi ini tidak bermakna pengguna yang tidak tahu menggunakan Java TM tidak boleh menggunakan firefox. Mereka masih boleh menggunakannya dalam standard configuration tetapi mereka tidak boleh mengubah-suai firefox mengikut suka mereka kerana mereka tidak tahu programming language tersebut. Samalah juga dengan source-code Super-Hornets tadi. Juruterbang kita masih boleh mengaktifkan dan menggunakan sistem senjata pesawat tadi (menembak peluru berpandu, menjatuhkan bom dsb) dalam standard configuration, cuma ia tidak boleh diubah-suai mengikut keperluan dan kemahuan kita. Sesiapa yang tahu tentang programming pasti memahami isunya yang sebenar di sini.

4. Dalam hal programming kita juga boleh melihat kepada Microsoft dan Apple. Mereka memasarkan windows dan mac tanpa mengeluarkan programming language (source-code) yang mereka guna untuk bangunkan perisian mereka tetapi kita pengguna masih boleh menggunakan windows dan mac seperti biasa dalam standard configuration.

5. Dalam beberapa bulan yang lepas timbul juga desas-desus bahawa programmers dari Australia telah dapat menterjemah source-code Super Hornets untuk mereka memanipulasi sendiri sistem persenjataan pesawat Super Hornets mereka.

6. Source code untuk pesawat Russia dan US berbeza. Saya tidak tahu sama ada source-code Mig-29 dan Su-30 MKM kita diberi oleh Russia kepada kita atau tidak.

7. Mungkin apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir itu ada asasnnya juga. Seperkara yang perlu kita ingat ialah pembelian peralatan dan senjata antara pasukan keselamatan dan pengeluar berlaku dalam bentuk pakej. Saya sendiri tidak tahu pakej apakah yang ditawarkan US kepada Malaysia dalam pembelian pesawat-pesawat Super Hornets tersebut. Mungkin standard configuration pesawat yang ditawarkan kepada kita tidak termasuk langsung dengan sistem persenjataan yang lengkap, berbeza dengan pakej yang ditawarkan kepada UK dan Australia. Mungkin inilah yang menjadi isu sebenarnya.

8. Dua perkara yang saya turut saya fikirkan dalam hal ini adalah seperti berikut:

a) Saya tidak pernah melihat pesawat-pesawat pejuang kita melakukan test-fire peluru berpandu. Saya tahu TLDM melakukan test-fire peluru berpandu secara tahunan menerusi kapal-kapal perang kita. Adakah memang betul pesawat-pesawat pejuang kita tidak dibeli dengan pakej senjata sebagai standard configuration atau mungkin test-fire tidak dilakukan kerana harga sebuah peluru berpandu itu sangat mahal (dalam puluhan ribu)? Atau mungkin ada sebab lain yang saya tidak tahu? Wallahua’alam.

b) Kementerian Pertahanan ada ura-ura mahu membeli advanced medium range air-air missiles (AMRAAMS) dari France dan US. Peluru berpandu jenis air-air ini hanya boleh dilancarkan dari udara. Kalau bukan F/A-18D yang akan melancarkannya, pesawat mana lagi? Mungkinkah ia dibeli untuk Su-30 MKM kita? Saya juga tiada jawapan untuk persoalan ini.

Saya berharap penulisan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Pertahanan negara adalah tanggungjawab semua rakyat. Ia tidak jatuh dalam tangan pihak keselamatan sahaja. Saya berharap penulisan ini tidak dikongsi diluar kerana maklumat ini tidak sepatutnya menjadi bahan bualan awam. Atas sebab keselamatan saya meminta para pembaca sekelian supaya mengekalkan maklumat ini di sini sahaja. Saya tahu komputer saya pernah di-track selepas saya menyiarkan gambar angkatan tentera kita bergambar bersama tentera Israel di Lubnan dahulu dalam forum iluvislam. Seperkara lagi, saya tiada sumber untuk mengesahkan maklumat-maklumat yang saya dapat. Seperti yang anda lihat, dua persoalan terakhir di atas masih tidak dapat dijawab oleh saya. Sekian.

Update: Surat khabar Malay Mail telah mengesahkan maklumat yang saya dapat. Credit kepada forumers militaryphotos.net.

– Ahmad Zulhimi Ismail –

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s