Kenapa Hidup Harus Solat

Kewajipan solat kepada hambaNya bukanlah untuk keperluan Allah sebaliknya untuk kebaikan hambaNya….Perintah solat mengandungi pembelaaran hidup yang besar bagi kitaran hidup dan kehidupan manusia.

1. Nafsu dalam diri manusia selalu menimbulkan keinginan-keinginan tidak terbatas, sama ada nafsu shahwat, tamak harta, gila kedudukan dan populariti, serta riak-riak nafsu lainnya. Semua itu dapat diatasi dengan menjaga solat. Dengan itu keintiman dan interaksi dengan Allah tetap terjaga.

2. Karakter dasar manusia adalah salah dan lalai. Setiap manusia berkhilaf serta rapuh menghadapi gelodak nafsu di dadanya. Solat dapat mencegah kemungkaran dan perilaku keji yang lahir dari turutan nafsu, berikutan bahaya yang disebabkan oleh kelalaian dan kesalahan diri.

3. Solat adalah medium berkomunikasi dengan Allah paling efektif. Solat adalah wadah curahan hati pelakunya yang tersimpul di dalam doa. Solat merupakan pintu interaksi di antara hamba dengan Allah, medium untuk mengungkapkan harapan-harapan yang didamba, serta cita-cita yang hendak diwujudkan dalam kehidupan ini.

4. Solat merupakan pendinding kehidupan agar manusia tidak larut dengan urusan duniawi. Melalui solat manusia dapat berhenti sejenak dari kesibukan kerja dan aktiviti seharian. Dengan solatlah potensi yang tercetus oleh kesibukan duniawi dapat ditundukkan dengan bertawajjuh kepada Allah.

5. Kehidupan dunia adalah sementara. Itulah hakikat yang perlu diterima. Sedangkan kehidupan akhirat adalah kekal abadi. Manusia beriman akan memilih kenikmatan dan kebahagiaan abadi di akhirat, berbanding kenikmatan yang pura-pura di dunia. Bagi memilih syurga Allah bukanlah perkara mudah, ia memerlukan kekuatan mental untuk menghadapi Lima Rintangan Besar, iaitu:

a. Dunia dan isinya menawarkan kenikmatan serta kemewahan. Bisa membuatkan manusia terlena sehingga melupakan akhirat. Kemiskinan juga banyak mengheret manusia ke arah kekufuran. Konsisten dalam solat mampu menyelamatkan manusia dari godaan serta tipu daya dunia.

b. Kematian adalah pasti. Perilaku maksiat dan keji menyebabkan petaka besar saat ajal kematian menjemput. Manusia yang tidak solat akan mengalami sakit tidak terperi ketika roh berpisah dari jasadnya.

c. Kubur. Manusia yang tidak solat sempit dan gelap, serta tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan malaikat Munkar dan Nakir.

d. Padang Mahsyar. Manusia tidak solat akan merasakan ketakutan tak bertepi saat diiring ke padang Mahsyar. Mereka akan berasa kelaparan dan kehausan tidak terucap, serta merasakan sengatan panas yang tidak tertahan.

e. Hari perhitungan amal. Solat menjadi ukuran utama berat dan ringannya timbangan amal seseorang. Manusia yang rajin solat, laporan kebaikan akan lebih banyak dari keburukan. Amalan solat lebih berat dari kesalahannya. Oleh itu, dia berhak memasuki syurga Allah…….

Kunci utama keselamatan hidup di dunia mahupun di akhirat ialah dengan konsisten solat lima waktu…..

Leave a comment

Filed under Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s