Golongan yang tercicir – part 3

Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

1- Tabi’i yang tidak tetap

– Seseorang yang tidak tetap pendirian eg mengikut-ikut akibat tarikan suasana atau oleh sesuatu sebab akan mudah goyah ikatannya dengan jama’ah & Islam

– pemberian alasan yang pelbagai untuk membebaskan diri daripada peraturan yang ditetapkan oleh harakah sering kali terjadi pada mereka yang mempunyai tabi’i yang tidak tetap

– penentuan sesuatu hukuman ataupun peraturan adalah tertakluk kepada semua ahli tanpa mengira kedudukan, in easyword takde doublestandard, yang haq adalah haq, yang batil adalah batil … Allah berfirman, kamu tidak akan mendapati orang yang beriman berkasih-sayang dengan orang menentang Allah dan rasulNya, hatta orang itu ibubapa mereka…(Al- Mujadalah 22)

-contoh kisah yang diceritakan oleh Siti Aisyah: orang Quraisy merasakna bahawa seorang wanita yang mencuri perlu dibebaskan kerana berasal dari golongan yang mulia, dan telah menghantar wakil untuk membuat permohonan kepada Rasulullah saw.. Rasulullah saw bersabda, telah binasa golongan yang terdahulu kerana orang mulia dikalangan mereka yang mencuri tidak dikenakan hukuman, tetapi sekiranya dikalangan orang yang lemah, hukuman dikenakan..Demi Allah, kalaulah Fatimah bt Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya.

– dapat dilihat betapa pentingnya mempunyai tabi’i yang tetap dalam diri serta mempunyai prinsip yang jelas

2- Takut sesuatu berlaku ke atas diri dan pendapatan (rezeki)

– mati dan kepapaan sangat besar impaknya dalam hidup manusia. Setiap insan tidak mahu mewarisi kepapaan, dan ingatlah Allah tidak menghalang kita menangkis kepapaan, namun kita berwasatiahlah dalam menjalani kehidupan seharian

-ramai orang yang tercicir dar jalan da’wah bersebabkan alasan ini (takut sesuatu berlaku ke atas diri & pendapatan) namun tidak ramai di antara mereka menyedari

-hakikatnya, musuh manusia yang sedia ada, syaitan dan nafsu berhubung rapat dengan perkara ini..ayat-ayat untuk rujukan

al-Imran 120, 168, 175; al-Fath 11; al-Jumu’ah 6-8, al-Ankabut 10-11

– Rasulullah saw bersabda binasalah hamba-hamba dinar, hamba-hamba dirham (harta dunia) dan orang yang menjadi hamba kepadanya iserinya (takut sesuatu menimpa dirinya)

Sabda Rasulullah saw:

Orang yang paling banyak mengalami ujian (bala’) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia, kemudian yang lebih mulia. Seseorang diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah megikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas di atas muka bumi”

(Riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tarmizi)

3- Melampau (ekstrim)

-orang yang cuba melakukan sesuatu diluar kemampuannya, melampaui batas dan tidak dapat bersikap sederhana selalunya menghadapi masalah jiwa dan kepercayaan.

-jiwa manusia itu lemah dan keupayaan manusia untuk memikul tanggungjawab berbeza. Ada yang terdaya memikul kewajipan yang tidak tertanggung oleh orang lain. Dalam syaria’t terdapat hukum-hukum azimah (kemestian) dan rukshah (keringinan) yang menjadi pelengkap manhaj Islami.

-`ukur baju dibadan sendiri…dan pada masa yang masa berusaha meningkatkan keupayaan diri secara beransur-ansur’

– zahid seseorang itu sebenarnya pabila jika dia mempunyai peluang keduniaan dia tidak leka dan melampau batas dan jika dia tidak dapat peluang keduniaan dia tidak bersedih dan tidak kufur. Diceritakan contoh seseorang yang dahulunya miskin tidak suka kawannya yang kaya dan selalu mengkritik kawannya. Namun pabila dia mengecapi kekayaan dia telah meninggalkan urusan da’wah.

4- Bermudah-mudahan dan longgar

-kesannya sama dengan bersikap ekstrim. Seseorang yang membiasakan diri dengan kelonggaran (rukhshah) tidak akan daat menanggung atau melakukan azimah dalam apa jua keadaan. Mereka seolah-olah membenarkan syaitan menguasai diri dan pekerjaan mereka. Disinilah berlakunya ujian, seseorang itu akan gugur di awalnya ketika ujian yang melibatkan azimah.

– Sabda Rasulullah saw… wahai Aisyah, jauhi diri dar dosa-dosa kecil, sesungguhnya Allah menuntut dosa-dosa kecil itu ditinggalkan.

– justeru.. kita yang mengatakan diri bekerja dalam lapangan Islam hendaklah menjauhi sifat-sifat `mempermudahkan’ sebab itu perancaan syaitan kepada jiwa manusia. Marilah bersama melakukan azimah seberapa daya yang mungkin tanpa ekstrim dan hendaklah mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.

5- Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri

– bersihkan hati dengan utama kita mentaukan diri dalam jama’ah. Acapkali terjadi, mereka yang mementingkan kedudukan tidak bertahan lama dalam perjuangan. Dinyatakan oleh penulus orang yang bekerja dalam bidang amal Islami dan juga para du’at hendaklah menyedari bahawa orang-orang yang sombong dan bongkak adalah tidak sesuai dengan da’wah dan dengan kerja-kerja Islam.

-da’wah memerlukan para da’i yang duduk bersama dengan orang ramai, berkhidmat kepada mereka, merandah diri, menerimanasihat dan kritikan.

-antara contoh sikap mereka yang tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri

a) tidak berpuas hati dengan susunan nama (yang disebut/ dicetak) kerana merasakan namanya perlu disebut terlebih dahulu

b) seseorang yang tiba lewat dalam sesebuah majlis dengan sengaja menyuruh orang yang telah sedia duduk dibarisan hadapan bangun untuk memberikan tempat itu kepadanya, sedangkan masih banyak lagi tempat duduk kosong dibahagian belakang

– Sabda Rasulullah saw( riwayat at-Tabrani)

`Ada tiga perkara yang merosakkan; bakhil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti dan bangga seseorang dengan dirinya”

6. Cemburukan orang lain

-sikap cemburukan akan orang lain timbul pabila kita tidak senang dengan kelebihan seseorang dari pelbagai aspek kehidupan. Sifat ini secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan jiwa dalam diri seseorang dan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam. Sekiranya ini berlaku akan menyebabkan kehancuran akhlak dan nilai murni , seseorang itu tidak akan berasa senang jika dendamnya tidak terlaksana.

– kisah Qabil dan Habil (al-Maidah 27-30) menceritakan kesan akibat sifat cemburu

-sabda Rasulullah saw.. “Manusia adalah tetap baik selagi mereka tidak berdengki”

7. Fitnah senjata

-amal islami telah menyaksikan penggunaan kekuatan (senjata) membawa akibat yang buruk, sebab semasa penggunaannya segala peraturan atau ikutan dah siasah syar’iyyah tidak diikuti.

-fitnah senjata telah menyebabkan berpuluh-puluh pemuda gugur akibat daripada menanggung senjata sebelum mereka menanggung Iman, dan berlatih menggunakan senjata sebelum berlatih untuk ta’at

-terdapat banyak keburukan penggunaan kekerasan, perkara ini menjadi pertikaian dikalangan para pekerja (a-`imilin), menyebabkan fitnah serta membawa kehancuran dalam harakah. Antara pertikaian yang ada ialah;

a) objektif pemilikan kekuatan adalah tidak jelas

– pendapat umum mengenai tujuan sesebuah harakah perlu memiliki cara-cara kekuatan

i) mengekalkan kewujudannya dalam kegiatan Islam

ii) menarik pada pemuda, orang yang tidak dipengaruhi melalui pemikiran, nilai-nilai dan dasar sahaja suka kepada harakah

iii) menentang tindakan-tindakan musuh

–          dalam surah al-Baqarah ayat 193: tujuan memiliki kekuatan dalam Islam ialah untuk melaksanakan syari’at Allah dan menghidupkan kembali kehidupan Islam.

–          Penggunaan senjata mestilah pada bila-bila masa pun berdasarkan tujuan diatas. Pada zaman Rasulullah saw, kegunaan senjata bukanlah semata-mata berdasarkan tindak balas tetapi sesuatu yang dikawal oleh kaedah, peratutan serta kemampuan yang ada, sesuai mengikut waqi’

b) tidak terikat dengan syarat penggunaan senjata

– antara syarat penggunaan senjata

i) menggunakan cara lain terlebih dahulu, penggunaan senjata adalah alternatif terakhir

ii) penggunaan senjata hendaklah dibawah pengawasan Imam dan jama’ah Muslimin

iii) jangan membawa kerosakan atau fitnah

iv) tidak keluar daripada siasah al-Syari’iyyah semasa melaksanakan penggunaan senjata (tidak menyerang musuh yang menjadikan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng)

v) menurut tertib

– syarat-syarat untuk jihad: Islam, baligh, bera’qal, merdeka, lelaki, tidak cacat, ada nafkah.. al-Hujurat 15, as-Saf 10-11

vi) persediaan yang sempurna dan teliti

-kualiti lebih dititikberatkan daripada kuantiti.. al-Baqarah ayat 249

vii) menjauhi dari istidraj (peningkatan yang tidak baik) dan menyahut tindak balas

viii) tidak harus mendedahkan orang-orang Islam untuk dikuasai oleh musuh, dalam keadaan ketiadaan keseimbangan

– antara syaratnya bilangan orang kafir tidak melebihi sekali ganda bilangan orang-orang Islam.. al-Anfal 65

Sebab-sebab luar yang menekan

1. Tekanan Ujian

– perjalanan seorang pejuang Islam tidak terlepas daripada sunnatullah, ujian didalam perjuangannya … al-Ankabut 1-2, Muhammad 31, al-Imran 186

-ujian dapat membezakan pendirian sesuatu barisan, kumpulan atau individu itu

  • Ada yang cekal, sabar dan ikhlas… al-Imran 173, al-Ahzab 22-23
  • Ada yang kalah dan lari dari medan pertempuran…al-Ankabut 10-11

-sejarah menunjukkan ujian menjadi faktor yang kuat dalam keciciran sebahagian orang dari medan da’wah, namun pada masa yang sama menjadi faktor kekuatan, kepercayaan, kemuliaan, peningkatan serta kecekalan kepada sebahagian yang lain

-kita yang menentukan penerimaan kita terhadap ujian yang kita terima…untuk membantu hati kita menerima tautan antara hati kita dan Allah perlulah diperkukukahkan insyaAllah

2. Tekanan keluarga

– antaranya terdapat keluarga yang menakutkan-nakutkan akan akibat seperti nasib buruk  yang bakal dietrima setelah bergiat aktif dalam jama’ah Islam, namun ada juga yang tidak boleh menerima hakikat ahli berkenaan mendahului merekan dalam mendapat petunjuk

-Allah berfirman supaya jangan tunduk kepada ahli keluarga yang melarang dar jalan Islam dan memberi galakan supaya cekap dan berjihad dijalan Allah.al-Taubah 24

-contoh sirah dahulu: kisah nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya, surah Maryam 41-46, dan juga kisah Mus’ab bin Umair dengan ibunya

3. Tekanan persekitaran

– kepentingan mewujudkan bi’ah solehah agar kita senantiasa berada dalam persekitaran yang meransang dan menggalakkan kita mendekatkan diri kepadaNya

– pertukaran persekitaran daripada yang baik ke sebaliknya ataupun daripada persekitarannya yang sebaliknya kepada persekitaran yang baik sedikit sebanyak mempengaruhi seseorang individu itu, antara faktor penyumbang lain ialah

a) asas pembentukan yang tidak betul (keraguan & kegoncangan dalam `aqidah)

b) iltizam da’wahnya disebabkan oleh malu dengan persekitaran, ataupun iltizam ikutan, bukannya iltizam secara Iman dan yakin

c) seseorang itu sendiri enggan masuk dalam lengkongan da’wah

-Imam al-Syahid Hassan al-Banna ketika memberi ucapan selamat jalan kepada seseorang saudara yang pergi ke Barat untuk belajar, sering memberi peringatan supaya menjauhi dua perkara iaitu perempuan kali pertama dan gelas kali pertama.

4. Tekanan gerakan-gerakan bahaya

– gerakan-gerakan bahaya yang bertopengkan Islam hanya bekerja untuk mengkritik dan menimbulkan keraguan dengan tujuan untuk menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.

-menurut penulis ramai yang meninggalkan keidupan da’wah kerana kalah berhadapan dengan serangan-serangan yang bertujuan untuk meragukan Islam.

5. Tekanan bermuka-muka (wajahah)

-sikap bermuka-muka (menaikkan siri sendiri)  yang disebabkan oleh penyakit ’ujub, terpedaya dengan diri sendiri, kepentingan diri dan ego. Inilah sikap yang menyebabkan tercicirnya iblis, sehingga dilaknat Allah (al-A’raf ayat 12)

-syaitan musuh utama kita, kebanyakan mereka yang bermuka-muka dalam kehiduoan da’wah telah difitnah dan dirasuk oleh syaitan., kebanyakkannya tertinggal setelah mengecapi kedudukan dalam masyarakat (walaupun kedudukan itu merupakan hasil usaha da’wah mereka)

kesedaran tentang hakikat manusia (surah ’Abasa ayat 17-23) insyaAllah mampu menjauhkan diri daripada termasuk dalam golongan ini.

KESIMPULAN

Kita bersyukur ke hadrat Allah, mohon ketetapan, kecekalan dan kesudahan yang baik. Mohon perlindungan dari kehilangan nikmat dan ketibaan bala’ secara mengejut serta mohon perlindungan supaya keadaan kesejahteraan tidak berubah ke arah keburukan. Sesungguhnya Allah maha mendengar permohonan hambanya.

credits to kak AAA🙂

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s