Sinopsis buku: GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH

Part 1

Kata pengantar

Buku ini perlu difahami oleh semua penggerak Jemaah untuk menilai sejauh mana kedudukan sesuatu Jemaah itu. Melihat seimbas lalu, kehilangan ahli yang bermasalah menjadi satu tabi’i yang dapat mematangkan saff dan membersihkan jemaah daripada anasir-anasir yang akan membatutkan kelancaran organisasi dan dakwah. Namun gejala ini meningkatkan kesan yang lebih mendalam kepada jemaah, ia akan menjadi fitnah kepada jemaah sekaligus mengganggu kelancaran jemaah serta berlakunya perpecahan dek kerana perbezaan sikap dan pendapat. Antara-antara sebab berlakunya keciciran ahli ialah kelemahan ahli itu sendiri, kelemahan jemaah ataupun tekanan dari luar.

Muqaddimah

Penulis menyatakan gejala keciciran adalah gejala umum, besar dan berulang-ulang. Ada antara mereka yang:

a)      meninggalkan da’wah tetapi tidak meninggalkan Islam
b)      meninggalkan da’wah dan meninggalkan Islam
c)       meninggalkan da’wah & menyerang semula
d)      meninggalkan da’wah, tubuh jemaah baru
e)      keluar selepas melakukan tugas yang berharga

Penulis juga menekankan semula antara akibat buruk ekoran gejala ini

a)      tersebarnya fitnah serta meracuni gerakan lain, meruntuh dan merugikan Islam
b)      terbuka rahsia-rahsia yang tidak mungkin terbuka sekiranya tiada fitnah
c)       melemahkan gerakan & menarik musuh utk menghancurkannya
d)      hilangkan kepercayaan orang lain terhadap gerakan

FASAL PERTAMA

Gejala keciciran di zaman Rasulullah

Tabi’e semasa zaman Rasulullah saw manusia boleh memilih sama ada Islam ataupun Jahiliyyah, dan mereka menghalang seseorang itu untuk keluar daripada barisan Islam. Mereka menentang sesiapa sahaja yang cuba memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama’ah mereka.

Namun, realitinya kini, gerakan Islam tidak lagi sama dengan  jama’ah Islam, ertinya keluar daripada gerakan Islam tidak bermakna keluar dari agama (murtad). Penulis menyatakan jema’ah Islam kini hanya dianggap semata-mata jama’ah tidak lebih dari itu. Tabi’e kedudukan gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa merasakan dirinya bersalah dan berdosa.

Kisah 1: Kisah Ka’ab bin Malik

Sejarah pemulauan mereka yg tidak menyertai peperangan tabuk

  1. Ka’ab bin Malik (Ka’ab dipulaukan selama 40 hari kerana tidak mengikuti peperangan Tabuk.)
  2. Murarah ibn Ar-Rabi’
  3. Hilal ibn Umayyah

Menurut Ibn Hisham dlm kitabnya

“Orang-orang munafik tidak ikut serta dlm perang tabuk. Demikian juga tiga orang dr orang Islam. Rasulullah SAW setibanya di Madinah mengatakan kpd para sahabatnya ` Sekali-kali jgn kamu berckp dgn salah seorg dari mereka yang bertiga itu.”

Peperangan Tabuk

  • -semasa itu keadaan panas, melibatkan perjalanan yang jauh dan bilangan musuh yang ramai
  • -ketika itu hasil tanaman sedang masak di Madinah
  • -berpihak kepada kemenangan orang Islam

Pedoman:

  • Ka’ab mempunyai kekuatan fizikal & kemampuan pada ketika itu. Namun tidak turut serta dalam peperangan tersebut.
  • Sikap Ka’ab yang bertangguh dalam membuat persediaan telah menyebabkan dia tertinggal daripada menyertai peperangan tersebut. [semangat & cita-cita yang utuh amat penting dalam perjuangan ini demi menangkis serangan dalam diri yang ada ketikanya lemah]
  • Ka’ab berlaku benar & jujur ketika berhadapan dengan Rasulullah setelah baginda pulang dari Tabuk. [kebenaran itu tetap di utamakan..berkata benar walaupun pahit]
  • Ka’ab merasakan seperti seluruh penduduk bumi menolak mereka (Ka’ab, Murarah & Hilal). Rasulullah saw tidak menjawab salamnya. [hebatnya balasan yang Allah berikan]
  • Surat jemputan yang diterima from Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab datang ke negerinya setelah dipulaukan oleh penduduk Madinah. Ka’ab membakar surat tersebut, kerana dia sedar orang-orang musyrik sedang ingin mempengaruhinya.
  • Ka’ab memohon ampunan dan bertaubat. Setelah taubatnya diterima, Ka’ab berjanji senantiasa berkata benar dan ingin sedekahkan semua hartanya kepada gerakan Islam namun dinasihatkan oleh Rasulullah saw hanya seperdua daripada harta tersebut.

Kisah 2: Kisah Hatib Abi Balta’ah

Sejarah kebocoran rahsia dan pengkhianatan

Hatib menulis sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy tentang persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah saw dan diserahkan kepada seorang perempuan. Perempuan tersebut menyimpan surat tersebut dalam sanggulnya. ‘Ali berjaya mendapatkan surat tersebut daripada perempuan itu.

Apabila disoal oleh Rasulullah saw, Hatib menyatakan dia masih mempunyai seorang anak & isteri berada bersama dengan kaum Quraisy dan semua ini dilakukan untuk kebaikan anak & isterinya. Rasulullah saw memaafkan Hatib

Firman Allah swt: Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 (Jangan mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman setia)

Kisah 3: Masjid Dirar

Orang-orang Munafiqin dari kalangan orang-orang Islam cuba pecahbelahkan barisan Islam dengan pembinaan masjid yang zahirnya menunjukkan rahmat namun hakikatnya memecahkan orang-orang Islam. Rasulullah saw memerihtahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Antara lain masjid ini didirikan untuk menyaingi masjid Quba’.

– Berlaku semasa Baginda sedang berangkat menuju ke Tabuk di kawasan bernama Zi Awam. Surah Al-Taubah ayat 107

Kisah 4: Hadithul Ifik
[ahlul ifki = pendusta-pendusta]

Tuduhan & tomahan orang-orang Munafiq dan penduduk Madinah untuk menjatuhkan Rasulullah saw. Kisah tuduhan ke atas `Aisyah selepas peperangan menentang Bani al-Mustaliq. `Aisyah tertinggal daripada rombongan semasa keberangkatan pulang ke Madinah kerana mencari kalongnya yang terjatuh semasa membuang air. Aisyah dibawa pulang ke Madinah dengan menunggang unta yang ditarik oleh Ibn Ma’tal. Umm al-Mukminin `Aisyah difitnahkan `berbuat jahat’ dengan sahabat Nabi.  Surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Kisah 5: Peristiwa Abu Lubabah

Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah saw mengepong Bani Quraizah selama 21 hari, ini menyulitkan merekan dan menyebabkan merekan berasa takut. Setelah yakin Rasulullah saw tidak akan kembali tetapi akan bertempur dengan mereka, Ka’ab Ibn Asad mencadangkan 3 cadangan kepada kaum Yahudi:

  1. kita ikut Rasulullah saw [tidak setuju sebab masih berpegang teguh dengan Taurat]
  2. kita bunuh anak-anak & isteri kita, kemudian kita perangi Rasulullah saw, supaya tiada bebanan yang kita tinggalkan kemudian nanti [mereka tidak bersetuju dan mencadangkan untuk bunuh golongan miskin yang tidak mendatangkan kebaikan]
  3. menyerang Rasulullah secara mengejut pada malam Sabtu [mereka juga tidak bersetuju kerana menjaga kehormatan hari Sabtu, tidak mahu ditukar rupa menjadi binatang seperti yang yang berlaku kepada golongan terdahulu]

Setelah berbincang namun tiada keputusan dapat dicapai, mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw supaya Baginda menghantar Abu Lubabah Ibn `Abdul Munzir supaya masalah mereka boleh diselesaikan.

Setibanya Abu Lubabah disana, semua lelaki bangun berdiri, kanak-kanak dan perempuan menghampirinya dengan tangisan, menyebabkan Abu Lubabah berlembut hati. Pabila ditanyakan adakah lebih baik kami mengikut hukum Muhammad, Abu Lubabah menyatakan ya, kemudian mengisyaratkan tangannya ke tengkoknya (yakni mereka akan disembelih).  Abu Lubabah menyedari yang bahawa beliau telah mengkhianati Allah dan RasulNya, maka beliau dengan segera meninggalkan tempat itu dan mengikat dirinya di salah satu tiang masjid. Beliau tidak akan meninggalkan tempat itu sehinggalah Allah mengampuninya.  Abu Lababah berada dalam keadaan terikat selama 6 hari, setiap kali waktu solat, isteri beliau akan melepaskan ikatan tersebut, selepas solat beliau mengikat dirinya semula. Setelah taubat beliau diterima oleh Allah swt, turunnya wahyu diwaktu Zuhur, beliau mahu Rasulullah saw yang melepaskan ikatan tersebut.

Wahyu yang turun mengenai pengkhinatan Abu Lababah surah Al-Anfal ayat 27.

Kesimpulan fasal pertama

  1. peristiwa keciciran diperingkat permulaan Islam adalah terbatas. Kebanyakannya menyedari kesilapan dan segera bertaubat ( benteng daripada pemahaman akidah yang mantap)
  2. kesucian niat, tujuan yang betul, keaslian sumber dan kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan adalah amat penting
  3. hukuman yang dapat menghalang berleluasanya gejala keciciran adalah pabila seluruh anggota ja’maah menolak sama sekali sesiapa yang keluar dan menentang jama’ah

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s