Anda menciptakan berhala bernama materialisme

Assalamualaikum wrt wbt

2. Anda menciptakan berhala bernama materialisme

Jika ditanya pemuda zaman ini mengapa tidak bernikah sedangkan anda mampu dan sudah dewasa, jawapannya sudah semestinya

  • tidak cukup wang
  • perlu kumpul duit
  • tidak mampu beri kesenangan kepada keluarga
  • tak ada kerja tetap lagi
  • diri sendiri pun tak tertanggung
  • tak mampu nak beri nafkah keluarga

Masyarakat kita meletakkan ukuran serba material dalam menjalani kehidupan. Soalan-soalan tentang kerjaya dan gaji diberikan apabila pemuda datang melamar anak perempuannya.

Kehendak keluarga para ibu bapa yang meletakkan syarat-syarat kepada menantu lelaki sekiranya mahukan anak perempuan mereka adalah dengan mempunyai gaji yang besar, kereta dan beberapa asset membuatkan pemuda zaman ini merasa takut untuk berkahwin selagi pendapatan mereka tidak stabil dan tidak dapat memberi kesenangan sepenuhnya kepada keluarga yang bakal dibina.

Pertanyaan ini tidaklah salah, ianya sah dan benar kerana material diperlukan tetapi menjadi salah apabila menjadi asbab kepada terhalangnya proses pernikahan. Akhirnya pemuda-pemudi memilih untuk melambatkan perkahwinan dan memanjangkan tempoh percintaan. Maka, jadilah material sebagai berhala.

Tidakkah anada melihat bahawa tiga peradaban materialisme (kaum ‘Ad, Thamud dan Fir’aun) telah dihancurkan oleh Allah sebagai akibat berpaling dari nilai Ilahiyyah dan kesombongan mereka?

Tidak cukupkah berita gembira dari Allah, dari Surah An Nur, ayat 32

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Bahkan kepada yang takut tak cukup makan, Rasulullah memberikan gambaran praktikal dari hadis riwayat Muslim
Makanan seorang cukup untuk 2 orang, dan makanan 2 orang dapat mencukupi 4 orang, dan makanan 4 orang cukup untuk 8 orang.

Ungkapan Saidina Umar al Khattab, dikutip oleh al- Qurthubi; Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan. padahal Allah telah menjaminnya.

Ya, tidakkah ini jelas?? Nyahkan segera berhala materialisme itu dari fikiran anda. Selagi anda berusaha mencari rezeki, Allah tidak akan menghampakan anda.

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

Leave a comment

Filed under Buku, Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s