LASKAR PELANGI

LASKAR PELANGIPicture 1

Picture 3

Mengisahkan tentang  10 anak muda dari keluarga yang miskin di Pulau Belitung yang berjuang menuntut ilmu di sekolah dasar muhammadiyah, satu-satunya sekolah yang punya latar belakang agama namun serba daif.

pcture 4

10 anak muda ini,Ika,Lintang,Sahara,Mahar, A Kiong,Syahdan, Kucai,Borek,Trapani, Harun, menggelarkan diri mereka ‘laskar pelangi’ atau membawa maksud askar pelangi.

pctue 5

Sekolah Dasar Muhammadiyah

Selain itu, mengisahkan juga cikgu muslihah, atau dikenali sebagai Bu musliha, seorang cikgu muda yang mempunyai semangat yang membara mengajar anak-anak di sekolah itu walaupun dia berkelayakan untuk mengajar di sekolah lain. Kekuatan semangatnya mempertahankan sekolah itu daripada terus tutup amat mengagumkan.

pcture 6

Keseluruhan cerita, memuatkan suka dan duka anak-anak ini mengharungi waktu persekolahan bersama. Walau hanya dengan sebuah bangunan usang yang penuh lubang pada atapnya, namun mereka tidak pernah merungut. Pernah suatu ketika, selepas kematian pengetua, Bu muslihah hilang semangat untuk ke sekolah. Namun, anak-anak ini berjaya menghidupkan kembali semangat itu, apabila terus ke sekolah, dan Lintang selaku pelajar yang pintar, mengambil tempat bu muslihah mengajar rakan-rakannya demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

pcture 7

Gelak tawa anak-anak bersama Bu muslihah dan pengetua

Mereka berjaya mengharumkan nama sekolah dalam beberapa acara dengan keunikan dan bakat-bakat yang dipunyai anak-anak ini. Mahar berjaya membawa kawan-kawan memenangi karnival ogos dengan persembahan supranatural. Lintang, einstein cilik sekolah berjaya memenangi pertandingan kuiz lumba cerdas.

pcture 8

Tarian supranatural yang dipersembahkan oleh SD muhammadiyah diketuai oleh Mahar

pcture 9

Pengakhiran cerita begitu mengharukan dengan kematian ayah Lintang, seorang nelayan, sebelum sempat dia melihat kemenangan anaknya itu. Lintang terpaksa berhenti sekolah bagi menguruskan adik-adiknya.namun semangatnya dan cintanya terhadap ilmu, diturunkan kepada anak perempuannya dan dia akan memastikan anaknya mendapat pendidikan sehingga berjaya. Apabila dewasa mereka masing-masing berjaya mengharungi perjuangan dan berjaya meloloskan diri dari belenggu kemiskinan. Walaupun masih ada di kalangan mereka yang tidak berjaya dengan cemerlang namun pengisian hati dengan ilmu agama membekas dalam diri mereka. Di sini jelas penerapan nilai agama sewaktu kecil memberi impak besar untuk seseorang individu menjalani hari depan.

pcture 10

Pemergian Lintang yang menyedihkan anak-anak SD yang lain

Moral:
1. Tentang perjuangan menuntut ilmu

2. Perjuangan guru mendidik anak-anak miskin agar mempunyai pendidikan

3. Perjuangan untuk mendidik anak-anak dengan ilmu islam selain ilmu-ilmu lain

4. Ketidakseimbangan di dalam penerimaan pendidikan, yang miskin tidak dapat menerima pendidikan formal.

5. Tanggungjawab sosial, anak lelaki harus mengetuai keluarga selepas ketiadaan ayah.pendidikan terpaksa diketepikan

Keunikan:

1. kenunikan bahasa belitung yang berbeza dengan bahasa indonesia yang biasa kita dengar dan sebutannya lebih mirip bahasa melayu di negara kita.

2. Sebahagian pengajaran dalam bentuk  tidak formal menarik minat anak-anak untuk menimba ilmu dan menunjukkan pendidikan bukan sekadar di dalam kelas.

pcture 11

Kusyuk menghayati kisah-kisah nabi diceritakan di luar kelas.

3.Pendidikan juga berlaku dikalangan anak-anak menerusi dialog yang diketengahkan

Dialog harian anak-anak ini seperti “kau sebagai ketua kelas, kau akan dipersoalkan nanti di akhirat”

Pesanan pengarang sinopsis:

Selain keunikan-keunikan dan juga moral cerita, buku dan filemnya sangat bagus untuk dibaca dan ditonton oleh sahabat-sahabat bagi membangkitkan semangat dan cinta kita dalam menuntut ilmu dan menjadikan diri kita orang yang berilmu. Pesanan kawan penulis yang turut membaca novel ini:

Lasykar pelangi sangat unik dan sarat dengan kisah kehidupan namun ada unsur-unsur yang dirasakan agak mitos dan menyumbang kepada rasa bosan sewaktu membaca novel ini. Sekiranya membaca tanpa memahami mesej sebenar , pembaca mungkin akan berhenti separuh jalan kerana secara peribadi saya merasakan kurangnya klimaks dalam penyampaian cerita ini. Mitos dan nilai mistik agak diketengahkan mungkin untuk menyampaikan bagaimana teguhnya nilai mereka dalam mempercayai perkara-perkara yang dirasakan kuno oleh pembaca.

2 Comments

Filed under Buku

2 responses to “LASKAR PELANGI

  1. nice, i find this story very meaningful n inspiring

  2. Fad

    lasykar pelangi punya lagu lebih dijiwai dari novelnya…kenapa ya???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s