Dakwah – Antara Perkara Besar dan Perkara Kecil

“Kita mesti berdakwah untuk menegakkan Islam dan mengangkat semula Khilafah”.
“ Hudud mesti ditegakkan. Ini adalah undang-undang mutlak dalam Negara Islam.”
Saya yakin semua orang yang membaca artikel ini selalu sahaja mendengar perkara di atas disebut-sebut dalam usrah, media dan ceramah politik. Kalau ia tidak disebut, kehangatan perbincangan yang berlaku di semua peringkat gerak kerja tidak kira dari unit kecil usrah sehinggalah kepada muktamar agung parti seolah-olah hilang “api” untuk mebakarnya.
Secara jujur, saya sebenarnya sudah lali dengan slogan-slogan seperti di atas dan semua yang sewaktu dengannya. Saya tidak nampak macam mana dakwah kita akan memenangi hati insan-insan muslim atau non-muslim di luar sana kalau slogan-slogan ini terus dilaungkan menerusi saluran terbuka seperti ceramah-ceramah dan tazkirah. Saya tidak menafikan keperluan kepada kita untuk menegakkan hudud dan mengangkat semula khilafah tetapi dengan melaung-laungkannya secara terbuka, adakah kita yakin kedua-dua perkara ini akan tertegak?
Kita sering berbicara tentang benda-benda besar dalam dakwah seperti hudud, Negara Islam, dan Khilafah. Persoalannya adakah benda-benda ini bisa untuk menarik orang-ramai kepada penghayatan Islam? Saya rasa kebanyakan dai’e pada zaman ini mungkin telah melakukan kesilapan dengan memfokuskan dakwah mereka kepada benda-benda besar. Ironiknya, ini adalah satu kesilapan besar secara sendirinya. Golongan cendekiawan barat sering menyebut:
“When it comes to winning hearts and minds, most of the times it’s the small things that matters “.
Apakah “small things” yang dimaksudkan ? Perkara-perkara tersebut adalah perkara yang kita lakukan setiap hari seperti belajar, hadir ke kelas dan cara kita berkomunikasi. Orang-orang biasa di luar sana (mad’u) kebanyakan tidak berminat sangat sebenarnya dalam benda-benda besar yang sering kita laung-laungkan. Kalau anda tidak percaya maka cubalah anda berdiri di atas pentas di hadapan non-muslims dan muslim sendiri membicarakan soal hudud seperti potong tangan, kisas dan sebagainya. Lihatlah reaksi mereka. Sebenarnya kebanyakan insan-insan ini hanya mahukan kehidupan yang lebih aman dan baik. Mereka melihat benda-benda besar ini sebagai satu perkara yang boleh mengkucar-kacir dan membelah keamanan hidup bermasyarakat.
Saya bertegas bahawa kita mesti kembali kepada benda-benda kecil dalam usaha kita untuk menghidupkan kembali dakwah kita yang kian buntu. Kita mesti memenangi hati-hati orang lain menerusi “small things” yang dijelaskan di atas. Cukuplah kita “membunuh” dakwah dengan terlalu asyik memperkatakan benda-benda besar. Saya menyeru kepada semua untuk kembali menerapkan nilai-nilai berguna dalam kehidupan seharian yang boleh menjadi asbab kepada orang-orang di luar sana untuk melihat Islam sebagai kehidupan yang aman dan baik. Datanglah awal ke kelas, jadilah pelajar yang cemerlang, jagalah perkataan dan nada anda dalam berkomunikasi, senyumlah kepada insan lain, tolonglah mereka yang berada dalam kesusahan dan berlapang dadalah dengan segala dugaan hidup. Jadilah insan yang baik dan boleh diteladani. Cukuplah ini sebagai permulaan untuk menghidupkan kembali dakwah kita.
Saya juga sebenarnya buntu melihat kelesuan pergerakan dakwah pada zaman ini. Saya sedar benda-benda kecil di atas adalah nilai-nilai yang boleh saya sampaikan tetapi untuk MENERAPKANNYA, ia adalah satu perkara yang hampir di luar batasan saya sebagai insan biasa, terutamanya apabila saya memikirkan saya juga tidak lari dari salah dan silap. Maka apa yang terdaya saya lakukan adalah meluahkan segalanya menerusi tulisan ini. Saya berharap anda semua sudi memikirkannya dan menilai semula berapa banyak benda-benda kecil yang telah anda cicirkan dalam usaha anda untuk menegakkan martabat Islam.
Tegakkan Islam di dalam diri kamu, nescaya anda akan melihat Islam itu tertegak di sekeliling kamu . Wallahua’lam.

6 Comments

Filed under Dakwah

6 responses to “Dakwah – Antara Perkara Besar dan Perkara Kecil

  1. ruhuljadid

    Assalamualaikum..satu article yang sangat menarik dan mengajak saya sendiri selaku pendukung da’wah dan islam sendiri berfikir dan sama-sama merenung intipati yang ingin disampaikan.Saya tertarik dengan pengolahan berkenaan tentang usrah dan tarbiyyah yang ingin disampaikan penulis di mana definisi sebenar usrah dan tarbiyyah semakin jauh dari pembentukan seseorang da’ie itu sendiri.Bilamana isu besar kita titikberatkan tetapi isu kecil diperkotak-katikkan,saya yakin kedua-duanya akan gagal.Sebagai contoh,dalam persiapan untuk menghasilkan makanan yang sedap,berkhasiat dan halal yang dapat menarik selera si pemakannya,tetapi jika unsur-unsur asas seperti pemilihan jenis perencah dan bahan masakan diabaikan,insyaAllah,tidak akan dapat dicapai masakan yang umphh itu walau menu itu diperoleh dr chef masakan terunggul dunia.Acuannya benar dan hebat tetapi jika prosesnya salah,takkan beroleh hasil acuan yang juga hebat.Begitu juga usrah,saya sendiri seperti ta’jub dengan sesetengah pendukung da’wah yang bicaranya tidak lain hanya ‘politik,politik’ tetapi bilamana peribadinya diperhatikan,sungguh mengecewakan.Tidak salah jika isu politik dikongsi kerana ia juga merupakan satu tarbiyyah yang perlu dipupuk,tetapi sungguh sayang sekali jika perkara asas lain ditinggalkan,Pendapat saya ‘islam tidak perlu dipolitikkan’ tetapi ‘politik itu perlu diislamkan’.Jika kita mahu melahirkan pejuang politik islam yang berwibawa,kita mesti meng’ISLAM’kan pejuang itu sendiri!!

  2. indahnya alam

    salam

    setuju dan tidak setuju. pada saya, kedua2nya perlu seiring. ya, ini mungkin lagi laungan2 retorik, dua2nya seiring. setuju pada perlunya kita menekankan small things untuk mencapai big things, tapi tidak setuju bila tidak ambil endah pada big things itu. pada saya, big things itu adalah matlamat akhir, yang kita perlu jelas nampak, cuma penekanan dan pembawaan yang salah mungkin membuatkan orang tidak suka. pada saya, di sinilah datangnya kebijaksanaan kita sebagai seorang daie. jika dengan mad’u baru, jangan bicara terus tentang perkara besar itu, perlu step by step. tapi jika sesama daie yang lain, yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini, pembicaraan mengenai perkara besar ini penting. dakwah itu perlu bergerak di setiap sudut, di segenap peringkat, dari individu hingga ke pemerintah.

    berkenaan negara islam, hudud dan sebagainya, ia amat penting sekali bagi saya dalam pembentukan sesebuah negara. mungkin penulis terlalu terdedah dengan pendekatan sebegini sehingga muak dan mual, tapi pada saya apa yang cuba disampaikan adalah kesedaran kepada pemerintah negara yang kononnya mengaku negara ini sebagai negara Islam untuk mengamalkan Islam sepenuhnya. ia mungkin fardhu kifayah untuk individu tapi fardhu ain untuk pemerintah Islam.

    wallahu’alam, betulkan saya jika saya salah

  3. zulhimi

    Thanks for your comment. Ini adalah perkara yang saya perasan dah lama dah. Cuma dalam seminggu dua ni banyak sangat perkara-perkara besar dan drastik terjadi sehingga saya sendiri risau memikirkan masa depan JPMC……. maka saya berfikir panjang dan menulis artikel ni. Saya dah agak akan ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. InsyaAllah bila sampai masa kita berkumpul semua sekali saya akan share benda ni ngan semua orang secara lisan. Nak terima atau tidak terpulanglah…….. Saya akan tulis lagi berkenaan small things nie kemudian….. dan saya akan kupas satu-persatu.

  4. the lite

    artikel yang bagus dan membina. Saya sangat bersetuju dengan indahnya alam kerana yang penting dua-dua aspek dititikberatkan. Penulis membangkitkan isu besar yang seringkali “diteriak” oleh mereka yang bergelar politikus. Dan penulis juga mengenengahkan isu kecil yang para daie kecil dan sesiapa sahaja boleh lakukan. Jelas kita ketandusan mereka yang memiliki kedua-duanya.

    “””Bila terlalu baik berkomunikasi, datanglah awal ke kelas, jadilah pelajar yang cemerlang, jagalah perkataan dan nada anda dalam berkomunikasi, senyumlah kepada insan lain, tolonglah mereka yang berada dalam kesusahan dan berlapang dadalah dengan segala dugaan hidup. Jadilah insan yang baik dan boleh diteladani.”””

    Tapi tak ramai golongan sebegini yang lantang dan berani untuk bercakap pasal seruan kepada Islam bukan????dakwah bil hal memang wajar tapi itu adalah salah satu komponen dakwah yang kalau hanya satu ada tapi , yang lainnya tidak ada , maka tiada ke mana jua perjuangan kita juga.

    Harapan saya biarlah apa jua fahaman yang penulis perjuangkan , biarla para ahli dididik untuk memperkasa kedua-dua?? bagaimana ya? mungkin pengisian tarbiyyah perlu di ulangkaji semula, di tampung dan di jahit dan ditambah mana yang lompang. Kita bangga dengan golongan veteran, produk sekolah tarbiyyah yang hebat akhlak , hebat berbicara dan hebat dalam dakwah. Tarbiyyah mereka tarbiyyah yang sama dengan golongan muda , tapi di mana silapnya ?????

    Manusia gemar bertingkas, tapi di mana solusi nya??

    Tarbiyyah ..tarbiyyah dan selama-lamanya tarbiyyah….”Revise ” tarbiyyah dan “revise” sikap golongan muda kita.

    Wallahu’allam….

  5. budubelacancencaluk

    salaam. maaflah baru dapat bukak blog ni, tak tau apsal login bermasalah kot sbb ada dua account wordpress

    anyway,

    tahniah pada penulis, artikel sgt menarik dan sangat apply pada kehidupan kita sehari harian. mungkin kita boleh rujuk balik buku ‘istiab’ tulisan allahyarham fathi yakan yang mengupas tentang istiab external (saya boleh define as dakwah umum) dan internal (tarbiyah para dai itu sendiri). dah baca dah?

    small things do matter. but keep in mind the big things as our end in mind. tapi different things (big or small) can mean differently among individuals. kita perlu tgk background mad’u atau rakan-rakan kita, masyarakat sekeliling mereka, keluarga mereka dan interests mereka seperti dikatakan indahnya alam kat atas. dari situlah para dai mula kreatif dalam usaha menyampaikan agenda ‘big things’ dan mungkin the ‘little things’ itu lah stepping stones untuk mencapai agendanya.

    wallahualam bissawab. jzk truskan blogging!

  6. ‘little things as stepping stones to achieve big things’-couldnt agree more with miss budubelacancencaluk

    yup, buku istiab tu harus dibaca oleh semua, ia bincangkan ‘small things’ infact perkara2 biasa didengar, tetapi sebenarnya these small things actually reallly bawa huge impact to others

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s