Dia bernama Facebook

Dia bernama Facebook

Facebook helps you connect and share with the people in your life.” -Facebook

facebook

Facebook telah menjadi satu lagi trend golongan muda kini sebagai satu jaringan sosial yang efektif. Maka tidak hairanlah, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.

Sehinggalah ada desas-desus yang menyatakan ianya bakal difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Kisah yang hampir serupa dengan isu Friendster tidak lama dahulu. Walau bagaimanapun, setelah diselidiki, ianya tidak lebih daripada satu khabar angin:

Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.[1]

Alhamdulillah, ini merupakan pendapat yang adil. Haram, halal atau harusnya teknologi zaman sekarang amat bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya. Jika kita menggunakannya ke arah maksiat, maka itulah yang kita dapat. Namun sekiranya kita menggunakan kelebihan teknologi yang ada masa kini untuk tujuan yang lebih mulia dan bijak, semakin bertambahlah bentuk dakwah yang terbuka.

Misalan yang sama sekiranya kita punya wang yang banyak. Adakah haram punya wang yang banyak? Ianya menjadi harus sekiranya kita gunakan wang untuk menyara kehidupan keluarga, sedekah dan pembangunan Islam. Tapi, sekiranya kita gunakan untuk berjudi, tidak bayar zakat, membeli arak dan berjoli, sudah nyata ianya adalah haram.

Penulis sendiri agak teruja dengan aplikasi facebook yang ’user-friendly’. Pengenalan Birthday reminder, notes, games, ucapan kepada kawan, pelbagai hadiah untuk kawan, kuiz, messages, facebook groups, RVSP for events dan banyak lagi dilihat sebagai satu daya penarik untuk penggunanya. Sedikit sebanyak penggunaannya dapat melekakan dan boleh menjurus kepada perkara yang sia-sia yang membuang masa. Jika dilihat daripada sudut ini, pengguna seharusnya bijak menilai dan memiliki kemudahan yang disediakan. Jangan salahkan facebook semata-mata andai kita terlalai, bagaimana pula dengan yahoo messenger, youtube, myspace, blogging, panggung wayang dan komik dengan tarikannya tersendiri. Walau bagaimanapun, penulis tidak menafikan kemudahan tagging gambar di facebook sedikit sebanyak menjadi punca fitnah kerana kesukaran untuk dikawal. Malah kebanyakan kuiz yang berbentuk hiburan mampu melekakan. Kata orang, tepuk dada, tanya Iman.

Maka apa yang kita boleh lakukan untuk memanfaatkan facebook? Jawapannya pastilah pelbagai, kita sebagai pengguna perlulah sedar dan bijak menggunakan peluang ini untuk berada dalam golongan yang beruntung. Maka, penulis mengesyorkan beberapa cadangan yang diambil daripada blog seorang sahabat:

  • Dakwah dan nasihat.  Kita boleh menggunakan buletin, status atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej agama kepada rakan-rakan dalam lingkungan jaringan sosial yang kita sertai.  Secara tidak langsung, kita menjadi antara penyumbang kepada suasana yang sihat di dalamnya.

“Demi masa.  Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr: 1-3)

Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari radhiALLAHU’anhu, sesungguhnya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)

· Berkongsi ilmu dan tips.  Tidak kisahlah ilmu atau tips berkaitan apa pun asalkan bersesuaian .  Contohnya tips belajar, mempertahankan diri, masakan, keselamatan jalanraya, kewangan dan lain-lain.  Kita akan menjadikan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera apabila ramai mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.

· Berkongsi berita tentang apa yang berlaku sekeliling kita.  Berita-berita yang kita sebarkan kepada rakan-rakan bakal menjadikan kita masyarakat yang prihatin.  Sebagai ahli dalam komuniti muslim, kita sewajarnya mengambil tahu akan nasib yang berlaku terhadap saudara seagama kita di dalam dan luar negara. Selepas tahu, beritahu pada yang belum tahu.

· Buat pengumuman majlis ilmu.  Kadang-kadang kita memandang remeh akan pengumuman seperti itu.  Tetapi percayalah, pasti ada di kalangan ahli Facebook yang sangat gembira dengan pengumuman itu.  Mereka pergi asbab dari pengumuman yang telah kita buat.  Walaupun kita tak pergi disebabkan bermacam-macam sebab, tetapi ganjaran ALLAH kerana kita menyebarkan pengumuman itu, sudah tertulis.  Apatah lagi jika rakan-rakan kita pergi, lagilah bertambah ganjaran pahala (mudah-mudahan), alhamdulillah.

· Bertegur sapa di kalangan ahli jaringan.  Bertegur sapa dan bertanya khabar akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan.  Ia akan mewujudkan mahabbah dan ukhuwwah yang kuat walaupun sekadar di alam siber.  Tetapi awas, janganlah kita melampaui batas dalam bertegur sapa.  Jagalah adab dan akhlaq.  Lelaki dan perempuan harus ada rasa malu.  Dan jaga-jagalah akan gambar yang kita muatnaikkan (upload), terutama gambar-gambar perempuan. Elakkan dari memuatnaik gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah.

· Dan banyak lagi…

Menarik bukan? Mudah-mudahan, fikiran kita lebih terbuka, hati lebih teruja dan bersedia berkhidmat menggunakan teknologi masa kini dalam penyebaran ilmu.

“Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Baqarah: 148)

Kata-kata pujangga Muslim:

اَلْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُوْءمِنُ فَأِيْنَمَا وَجَدْتَهَا فَخَذْهَا

Maksudnya : Kebijaksanaan ( hikmah ) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru di mana sahaja kamu jumpa berusahalah mengambilnya kembali.

Berlumbalah menjadi Muslim yang bijaksana!!!

Wallahu’alam.

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s