Bagaimana Menjadi Pendakwah?

Diambil dari kereta-mayat. Artikel ini sangat panjang tetapi penuh dengan sindiran dan teguran positif. Bila baca rasa terkena plak kat diri sendiri.

(Tazkirah untuk pendakwah dan bakal pendakwah)

Assalamualaikum..

Semenjak aku menulis blog keretamayat, aku dapati entry-entry aku telah menjadi bahan forward oleh mat dan minah forward sekalian.., yang mana akhirnya entry aku telah di forward kepada diri aku sendiri, yang mana mat dan minah forward itu tidak tahu bahawa aku ni penulis keretamayat.., hmmm, perlukah aku riak? Atau aku kena bersedih? oh!

Baiklah,
Di sini aku ingin membuat pengumuman, bahawa aku tidak pernah mengforward entry dalam blog keretamayat ini kepada sape sapepun..! tak pernah.., dan jika korang bukak email dan terima email forward yang mengandungi entry keretamayat, maka ketahuilah, bahawa semua itu bukan kerja aku, tapi itu adalah kerja ‘pendakwah moden’ yang berdakwah melalui email kononnya..

Apa khabar pendakwah email…?

—————————————

Kemudian, aku ada jugak terima SMS dari rakan rakan akan SMS ‘dakwah’ yang bertulis seperti ini.(contoh-aku tak ingat sebab delete serta merta)

SMS:
Ucaplah SubhanAllah 10 x, anda akn bahagia, sebarkan kpd 10 teman, jika tidak anda akn ditimpa bencana..

Aku akan reply SMS itu dengan,

“bodoh! SMS anda berakhir di sini”

Dan biasanya kawan aku akan telepon terkejut dan marah lalu aku bagi tazkirah sedas dua kepada pendakwah SMS ini dan kebanyakannya pendakwah SMS ini akan insaf serta merta lalu berterima kasih kepadaku, errr sekurang kurangnya mereka tidak perlu SMS aku lagi sebegitu dan sedikit sebanyak aku telah berjaya mengjimatkan kreadit mereka he he he.. ok apa?!

Apa khabar pendakwah SMS sekalian…?

————————————————–

Ok, cerita lain pulak.., dulu…, ada kawan aku yang suka dengar lagu nashid, dan menganggap itu sebahagian daripada zikir dan ibadat.. dan bercita cita nak jadi penyanyi seterusnya nak berdakwah melalui lagu dan akan berdakwah dengan ikhlas lalu melaungkan slogan:
“belilah yang original..”

Kalau dah ikhlas, tak payahlah marah orang yang beli tak original, yang penting mesej sampai, kan kan kan?

Kejap lagi bertambahlah ‘pahala’ bila peminat peminat wanita datang mintak tandatangan kat kou kot ..he he he..

Apa khabar pendakwah nashid sekalian…?

————————————————

Ok, satu lagi, aku terima email dari kawan kawan internet yang buat blog dakwah, atau buat halaman web dakwah, tulis tentang berjuang, berjihad, taruk tazkirah dan sebagainya, copy paste gambar maksiat orang lain dan tulis, eee teruknya, janganlah anta unta sekalian buat begini, bla bla bla.., lepas tu email aku suruh komen tentang blog dakwah dia, suruh aku link-kan blog dia, suruh aku sebarkan blog dakwah dia, taruk hadith itu ini begitu begini.. malas aku nak layan..

He he he, bestkan berdakwah melalui internet? Penat berdakwah boleh main solitaire, Kasihan betul dengan kawan aku si Kuboe Aaron yang tinggal di perkampungan terkecil kat Papua New Guinea. Elektrik takde, air pon jap ada jap takde, tepon takde, apatah lagi internet.. kasihan mereka isk isk..

Korang perasan tak?, aku tak pernah dan tak akan link mana mana blog dakwah atau sebarang blog dengan blog keretamayat ini…, tak pernah!! (walaupun blog aku telah di link oleh 200 blogger.., riakkah aku?) kerana aku malas nak paksa orang lain baca blog korang, dan aku tak termasuk dalam golongan “mesti baca”, “wajib baca” dan sebagainya, lantak koranglah nak baca blog sape-sapepun dan aku tak marahpun jika korang nak link dengan aku, suruh tidak, larangpun tidak, korang punya link, lantak koranglah, he he he..

Baiklah, topic kita hari ini berbentuk soalan iaitu..,:

Benarkah kita sudah berdakwah ??

Kat Malaysia ni, ramai orang yang mendakwa dirinya sudah berdakwah.., sedang berjihad dan telah berjuang..

Selain daripada mereka yang berdakwah melalui email, halaman web, SMS, lagu dan blog, Ada jugak yang berdakwah melalui radio, TV, komik, parti, teater, buku, majalah, akhbar dan sebagainya..

Dan di raut wajah mereka (kebanyakkan yang aku kenal) ada rasa selesa dengan ‘kerja’ mereka, rasa diri bagus dan yakin mereka akan masuk shurga (dan yang tidak ikut mereka masuk neraka..oh)

Benarkah korang sudah di kira berdakwah?
walaupun ramai di kalangan mereka yang kita gelar ustaz atau ulamak.., benarkah?

Hmm, ini bukan masanya aku nak beremosi dan berlagak pandai bagi nasihat, aku cuma nak konsi sedikit fikir dan ajak para ‘pendakwah’ moden sekalian muhasabah diri..,

Wah wah wah, tergamaknya encik keretamayat ajak ‘pendakwah’ moden bermuhasabah?, biasanya pendakwah moden ni yang suruh orang lain bermuhasabah, tapi engko dah naik syekh ke ni wahai encik kereta mayat..??!!!

Argghhh, lantak korang nak tuduh aku apa-apapun, kalau boleh aku nak namakan korang pendakwah bidaah, tapi kurang ajar sangat bunyinya, atau aku boleh namakan korang pendakwah bidaah hasanah.., panjang sangat dan betul ke ‘hasanah’nya?
Last-last aku panggil korang pendakwah moden…, ok sikit kot.. he he he.. tak kan tak boleh aku bagi tazkirah kepada ‘pendakwah’ kot..?

Balik kepada main topic..

Betul ke korang sedang berdakwah? Dan betul ke dakwah yang korang sedang buat tu?
Ni bukan nak letak hokum, just sama sama fikir, jika aku salah, silalah betulkan aku yang hina dan jahil ini tapi berlagak macam pandai..isk..

Para pendakwah sekalian,
Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Paham tak? Macam ni:
Apabila jemaah DAKWAH tidak ada dalam satu-satu Tempat, maka kat tempat tu… TIGA PERKARA BESAR akan berlaku.., iaitu:-

Pertama:
Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!
(dah berlaku kat Negara kita, kalau satu dua kira ok ‘kot’,, isk..))

Kedua:
Akan muncul pembaharuan dalam ugama..,
(Oh, sekarang terdapat ahli bida’ah di kalangan ustaz ulamak..oh!)

Ketiga:-
Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam
(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!!)

Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, maka apa yang korang telah buat wahai pendakwah semua?

Selesakah korang berdakwah dengan email, SMS, lagu ,blog, komik, parti, teater, CD, kaset, buku, majalah, akhbar dan sebagainya.. selesakah korang?

Selesakah korang berdakwah tidak dengan CARA nabi SAW?

Bagaimana Nabi berdakwah?

(Huh! Korang jawablah sendiri, korang kan pendakwah bebas?)

*****

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Kitab Al-quran takde, takde sahabatpun yang jual kitab Al quran, kitab kitab tasauf, kitab ehsan, kitab sifat 20, pun takde, apatah lagi email, sms, blog, dan media masa!!

Namun hari hari ada orang masuk islam, berbondong bondong pulak tu.., diorang baca sms ke dapat hidayat?, atau baca blog dapat hidayat? Ke mereka dengar nashid dan dapat hidayat? Ke apa ko apa ha?

Senang kalau korang pendakwah semua nak tahu cerita sebenar, walaupun zaman Nabi SAW tiada Al quran yang di bukukan sekalipun, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA pakat pakat amal ugama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’
Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul..

Semua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah… dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam..

kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar ugama di rumah para sahabat Nabi SAW.. kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbodong bondong manusia masuk ugama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar..

Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, lagi seratus dua puluh ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan mekah.., bagaimanakah cara sahabat berdakwah yang mana ribu ribu orang masuk islam? Korang boleh jawab sendiri.., sebagai pendakwah mestilah tahu bukan?

Tapi korang hari ni mengaku berdakwah.., sedangkan ribu ribu orang sedang murtad dan muncul ahli bidaah (termasuk korang sendiri) dan orang kapir sikit pun tak takut baca email, SMS, lirik lagu ,blog, komik, majalah, kain rentang, sepanduk, akhbar dan sebagainya…

Betul ke korang sedang berdakwah, atau sedang shok sendiri???

Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu darah dan air mata, tapi korang hari ni berdakwah melalui blog dan kejadahnya, ada air mata mengalir? berpeluh pun kira ok kot isk isk isk..

Baca komik, blog, main SMS, dengar lagu, tengok CD, semuanya NAFSU suka…, lalu korang selit Al quran dan hadith dan claim diri sebagai pendakwah agung serta rasa selesa dan gerenti masuk shurga? Wah wah wah, meriahnya hidup..

Ok, relaks, jangan marah, pendakwah tak mudah marah bukan?
Baiklah, korang tentu akan tanya aku mana dalil dan Nas bukan?
Sempena hari aku rajin bukak kitab.., mari kita kembali kepada sejarah pada hari isnin, 1400 tahun yang lampau…

******
(imbas kembali)

Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., maka Jemmaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan..

Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..

Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat..

Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mengcekak janggut saidina Umar RA..

“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mayat? Hanya Allah yang tidak akan mati!!”
(panjang cerita lebih kurang begitulah nasihat Abu bakar ra kepada Umar ra)

Pada waktu itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!!

Lalu… Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, datanglah Abu Bakar dan saidina Umar meredakan suasana…

Namun bukan isu itu yang aku nak ceritakan, yang aku nak bagitahu adalah pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., orang islam sibuk lantik pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-

  1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..
  2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Nabi palsu..
  3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..

Oh! 3 perkara ini berlaku sebelum jasad nabi di kebumikan lagi!! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sekelip mata!!!

SEKELIP MATA DAA….!!!

Aku pendekkan cerita akan bagaimanakah akhirnya semua ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., (panjang pulak nak cerita bab ni nanti..)

Ok, sekarang, mari kita lihat bagaimanakah Saidina Abu Bakar RA mengatasi masalah ini..

Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..!!! MESTI!!!

Maknanya, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan lain lain..

Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?

“Adakah patut aku menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri?
Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak aku membatal pemergian jemaah usamah RA..”

Abu bakar adalah orang yang paling paham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?

“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat tanpa tali, akan ku perang orang itu!! (lebih kurang maksud)

Nota: tali itu adalah tali yang mengikat binatang, jika di zaman Nabi mereka bayar zakat binatang bersama tali, maka andaikata mereka ingin bayar zakat binatang tanpa tali di zaman Abu bakar, pun abu bakar akan perangi mereka, atapah lagi jika tak bayar zakat terus!!, abu bakar tidak mahu sedikitpun sunnah Nabi berkurang, dan tak mahu sebarang pembaharuan atau bidaah muncul!! lagi lagi di zaman pemerintahanya, korang paham tak?

Baiklah, pendek cerita tentara Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan tentera Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu memerangi dan memusnahkan mereka..

Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, pendek cerita Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan, Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..!!

*****

Wah bersemangat nampak dengar cerita duhai Pendakwah semua..!!!

Maka hari ni korang semua duhai para pendakwah sekalian, betul ke sedang berdakwah?

Korang sibuk nak lantik pemimpin sehingga dah nak masuk 50 tahun dan sibuk berdakwah dengan cara yang merepek dan bukan sunnah Nabi, sehingga bilangan orang murtad semakin bertambah, ahli bidaah semakin bertambah (termasuk korang), dan orang kapir sikit pun tak takut kat korang orang islam isk..isk.. (aku pun sama!!)

Tapi mungkin korang akan bagi alasan bidaah yang korang buat tu bidaah hasanah..

Baiklah, Menerima satu pendapat aku yang bukan ustaz ni…, memang tak salah bida’ah hasanah, tapi jangan tinggal sunnah yg asal…dan jangan yakin bida’ah hasanah boleh memberi kemajuan pada ugama, bida’ah hasanah just satu teknik ‘perubatan’ untuk orang yg sakit imannya.. macam korang yang minat menyanyi, minat menulis, minat berpiket, dan lain lain, alahai.. macam dadah dalam ubat…, boleh di gunakan tapi just untuk berubat.., maka sebab iman korang dah sakit, tak apalah korang nak buat bidaah hasanah ‘kot’…, tapi bila dah sembuh..kena tinggallah, atau korang masih sakit iman..?

Orang sakit makan nasi ayam KFC pun rasa tawar, begitulah korang yang sakit iman, nak berdakwah cara Nabi SAW akan rasa tawar.., ni termasuk kawan kawan aku yang mengajar di masjid surau dan claim diri sudah berdakwah lalu tinggal dakwah rumah ke rumah macam Nabi SAW..

Aku tahu ustaz ni keliru..

Halqah iman dan halqah ilmu adalah dua perkara yang berbeza wahai ustaz.

Apa yang ustaz telah buat kat masjid surau itu bagus dan baik, tapi itu bukan majlis dakwah tapi majlis ilmu..

Kalau ustaz nak tahu..Dalam Halqah ilmu, ustaz yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati.. betul tak?

Dan anak murid kena datang cari ustaz untuk belajar… bukan?

Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: ustaz yang berdakwah kena bercakap dengan rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada firaun!!!

Dan semua Nabi berdakwah dengan mencari ummat.., majlis dakwah tak sama dengan majlis ilmu, paham tak?

Sebab tu bila zaman islam berubah, bila banyak muncul kitab kitab, dan bila ummat ini bagi tumpuan pada ilmu dan mengabaikan dakwah, maka tidak pelik bila kita lihat kerajaan monggolia menakluk baghdaq, islam di serang dan di jajah, amalan bidaah berleluasa dan beribu ribu orang telah murtad… oh!

Maka nasihatku kepada pendakwah sekalian, jika korang nak menulis mengenai ugama, atau nak menyanyi lagu ugama, forward rencama ugama, berlakon watak islamic dalam filem islam ke apa dan sebagainya.., tak payahlah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., buat kerana ummat kononnya, sedangkan perkara yang HAK telah di tinggalkan..

(Aku pesan jugak untuk diri sendiri.. isk isk.. isk..)

Dan bagi mereka yang ghairah belajar ugama, bukak kitab, belek kitab, bukak kelas, berdebat, berforum dan lain lain.., pun tak payah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., kerana perkara yang sebenar dan HAK telah di ‘yatim’kan..oh!..

Nak buat camne? Dah korang taksub sangat dengan kerja bidaah korang yang baru.., apa lagi nak di kata? tapi jangan korang lupa dengan SUNNAH Nabi SAW… tak salah kahwin dua tapi jangan abai bini pertama..

Akhir sekali..

Dah lepas berdakwah dengan cara yang bidaah tu, maka korang kenalah bertaubat.., Nabi ajar lepas buat benda baik macam solat dan dakwah masih kena beristigfar dan bertaubat kerana takut kepada Allah lantaran banyak HAK dakwah dan HAK ibadat di abaikan..

Maka korang yang berdakwah melalui blog, email, sms, parti, VCD dan sebagainya lagi lagilah kena BERTAUBAT!!!

Patut lepas korang bernashid, tulis blog, hantar email, buat drama islamic dan sebagainya maka korang kena bertaubat kepada Allah..

“Ya Allah, aku mintak ampun kerana berdakwah bukan dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi SAW, berilah kekuatan untuk aku berdakwah sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh kekasihMU…, Janganlah aku di halau oleh Nabi di telaga kausar kelak kerana menolak sunnah NabiMU, berilah aku iman dan berilah aku kemanisan iman..Amin..”

Akhir kata:
Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini.. Berbondong bondong orang islam sedang murtad..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
Pembaharuan dalam ugama, ajaran sesat, gerakan so call islamic dan sebagainya sedang berleluasa..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
Orang kapir sedang menghina orang islam, sedang membogelkan orang islam, merogol perempuan islam, meyembelih orang islam, membunuh dan membakar!!!

Bertaubatlah wahai pendakwah sekalian!!! BERTAUBATLAH!! (akupun!!)

******

PENUTUP

Pesan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua)

“Wahai Umar,

Apa yang aku perkatakan kepadamu dan amalkanlah ia,..
Sesungguhnya aku berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)

Maka sekiranya aku mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan aku untuk meguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk meguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.
Laksanalanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah aku lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya aku melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”

(End)

Ps: Aku tidak berdakwah melalui blog ini, jika korang mendapar kebaikkan dengan membaca blog keretamayat, itu baik untukmu dan jangan lupa berdoa untukku, semoga aku menjadi mayat yang di redai Allah.. (Amin)

(tutup entry dengan tasbih kifarah)

Leave a comment

Filed under Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s