SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH

1- Peristiwa : Kematian 2 tokoh penyokong da’wah Rasulullah yakni bapa saudara Rasulullah,Abu Talib  dan isteri baginda,Saidatina Khadijah pada tahun ke-10 kerasulan.

Kesan : Peninggalan Abu Talib menyebabkan orang kafir Quraisy berani menentang da’wah Rasulullah kerana tiada lagi penentangan dan perlindungan dari bapa saudaranya itu.Walaubagaimanapun Abu Talib tidak sempat memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia.

Peninggalan isteri pertama Rasulullah yang banyak membantu da’wah Rasulullah menyebabkan Rasulullah sedikit hilang tempat semangat dan pergantungan.Rasullullah sangat berdukacita dengan kehilangan kedua-dua orang yang disayangi dan tahun ini dikenali sebagai ‘TAHUN DUKACITA’.

Ibrah:

a)Kepentingan mempunyai kaum kerabat yang bertindak selaku pelindung dan tempat sokongan walaupun mereka tidak bersama dengan da’wah Baginda/kita.Perlindungan dan sokongan ini mampu menghalang sebarang niat jahat dari pihak yang mahu menggagalkan keberjayaan da’wah.Oleh itu,sentiment kabilah dan kekeluargaan /keturunan baik kadang-kadang boleh digunakan oleh penda’wah untuk melindungi da’wah tersebar luas.

b)Peranan isteri solehah dan beriman dalam mendukung da’wah/tanggungjawab yang digalas oleh sang suami.Isteri solehah bertindak sebagai penenang kecelaruan jiwa,berkongsi penderitaan suami dan sama-sama memikirkan jalan keluar ke atas kerungsingan tersebut.Sokongan sosial sangat penting dalam memastikan sesuatu tanggungjawab/da’wah dapat digalas dengan lebih baik dan mudah.Kasih saying Rasulullah terhadap Khadijah berkekalan walaupun selepas Khadijah meninggal duni sehingga dicemburui oleh isteri-isteri Rasulullah yang lain.

c)Walaupun Baginda kehilangan bapa saudara yang member perlindungan kepada baginda tetapi tidak beriman,Allah telah menegah Rasulullah daripada terus-menerus berdoa supaya dosa bapa saudaranya itu diampun oleh Allah.Firman Allah:

‘’Tidak dibernarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik,sekalipun kaum kerabat sendiri.sesudah nyata mereka bahawa orang-orang musyrik  itu adalah ahli neraka’’.(At-Taubah:113)

2- Peristiwa: Penghijrahan baginda ke Taif untuk menyebarkan da’wah kepada Bani Thaqif kerana tentangan kafir Quraisy semakin hebat selepas kematian dua tokoh di atas.Walaubagaimanapun,da’wah baginda ditolak secara kasar di mana kanak-kanak Bani Thaqif dihasut sehingga mereka melontar batu kearah dan menyebabkan darah mengalir keluar dari kaki Rasulullah.Lantas,baginda bersembunyi di sebuah kebun dan berdoa:

………….’Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku,aku tidak peduli(apa yang menimpa)……’

Sewaktu Rasulullah bersembunyi di kebun anggur ini,pemilik kebun berasa kasihan dengan      Rasulullah dan meminta hambanya,Abbas untuk menghidangkan anggur kepada Rasulullah.Baginda mula makan dengan menyebut Bismillah dan ini telah menarik perhatian Abbas,lantas beliau juga memeluk Islam di hadapan Rasulullah.

Kesan: Keislaman Abbas dan kepulangan baginda dari Taif selepas misi da’wah Baginda gagal.

Ibrah:

a)Kebijaksanaan ,keazaman dan sikap tidak berputus asa perlu dimiliki oleh seorang penda’wah dalam melebarkan sayap da’wahnya setelah ditentang di sesebuah kawasan.Mnecari medan baru da’wah adalah perlu untuk memastikan keterusan da’wah.

b)Peristiwa Rasulullah dibaling batu membuktikan bahawa jalan da’wah itu tidak mudah dan pada penda’wah perlu bersedia menghadapi sebarang bentuk ancaman terhadap bahan da’wahnya.

c)Doa memberi kekuatan kepada penda’wah untuk meneruskan perjuangan kerana ia adalah cara manusia itu kembali dan memohon pertolongan dari yang Esa.Doa Rasulullah di kebun membuktikan bahawanya yang paling penting dalam hidup seorang penda’wah ialah jauh dr kemurkaan Allah bukan kemurkaan makhluk lain.

3- Peristiwa :Berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj di mana Rasulullah diisra’kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa’.Kemudian Baginda diMi’rajkan ke langit yang tinggi dan terus pulang ke rumah di Makkah pada malam itu juga.Apabila Rasulullah menceritakan mukjizat itu,kaum kafir Quraisy memperlekehkan kelebihan tersebut tetapi diyakini oleh Abu Bakar dan mereka yang beriman.

Kesan: Sembahyang lima waktu difardukan kepada setiap umat Islam yang baligh dan berakal.

Ibarah:

(i)Hubungkait isu Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya dengan isu Dunia Islam.Membuktikan usaha mempertahakan Palestin sebagai bumi Islam adalah tanggungjawab setiap umat Islam.Kecuaian mempertakankan Palestin adalah kecuaian umat islam.

(ii)Simbol ketinggian kedudukan orang Islam  yang tiada tolok tandingannya dan lambang kewajipan mengatasi hawa nafsu.

(iii)Membuktikan bahawa penerokaan menerusi ruang angkasa mengatasi tarikan gravity adalah tidak mustahil dan boleh berlaku.Rasulullah sendiri adalah angkasawan Islam yang Berjaya menerokan ruang angkasa membuktikan mukjizat baginda yang hebat.Petanda untuk umat islam untuk mengkaji ilmu graviti dan angkasa.

(iv)Kefardhuan solat 5 waktu kepada umat Islam.Kewajipan ini diibaratkan sebagai mi’raj(anak tangga) untuk naik bertemuNya kelak.Jalan solat adalah jalan terbaik untuk memperelok rohani dan jasmani manusia.

4- Peristiwa:Pertemuan Rasulullah dengan rombongan kaum Aus dan Khazraj semasa di Aqabah(melontar jamrah) lantas 7 orang dari mereka memeluk Islam.Mereka ini lalu menyebarkan agama baru ini tatkala pulang ke kampong halaman di Madinah.Pada tahun berikutnya(tahun 2 kerasulan),pada musim haji,12 orang muslimin Ansar datang ke Makkah dan berbaiah dengan Rasulullah.Musab bin Umair dihantar ke Madinah bersama mereka untuk mengajarkan Islam di Madinah membawa kepada kepesatan da’wah Islam di Madinah.Pada tahun ke 13 kerasulan,70 orang muslimin dan 2 muslimat Ansar bertemu dengan Rasulullah dan berbaiah:membantu dan meyokong,mempertahakan baginda sepertimana mereka mempertahankan wanita dan anak-anak mereka.12 orang ketua kelangan mereka dilantik oleh baginda.

Ibrah:

(i)Usaha da’wah Baginda di Aqabah membuktikan bahawa kebaikan Islam itu tidak terhad disampaikan di majlis ilmu sahaja tetapi juga diluar lingkungan majlis ilmu.Kebijaksanaan Rasulullah berda’wah di tempat tumpuan orang ramai menambahkan keberangkalian da’wah beliau diterima.Sifat baginda yang tidak sedih walaupun hanya 7 orang menerima da’wah beliau membuktikan kecekalan baginda.

(ii)Rentetan Keislaman kaum Aus dan Khazraj telah meneguhkan ajaran Islam di Madinah dan membukan jalan untuk da’wah Rasulullah untuk memerangi kaum syirik dan musyrik di Madinah.Persaudaraan antara dua kaum ini membuktikan bahawa Islam itu agama yang aman dan mementingkan persaudaraan untuk memastikan kemenangan Islam.

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s