PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

video 1

Pengajaran dari video 1

1. Apabila Allah ingin menolong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pegislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya

2. Nabi Muhammad SAW tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan tidak pernah mengimpikannya. Apa yang Allah telah ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda SAW bercita-cita memperoleh kenabian, nescaya Baginda tidak takut ketika wahyu diturunkan kepadanya. Baginda juga tidak akan menemui Khadijah meminta penerangan kejadian yang dilihatnya dalam Gua Hira itu. Rasulullah SAW mendapat kepastian bahawa Baginda menjadi Rasul, hanya setelah melihat Jibril. Begitu juga setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda. Waraqah memberitahu Baginda, apa yang dialami oleh Baginda dalam gua tersebut adalah wahyu yang pernah diturunkan kepada nabi Musa a.s

video 2

Pengajaran dari video 2

1. Jika dakwah islah merupakan satu perkara yang janggal kepada kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. Dia perlu menangguh langkah dakwah secara terang-terangan sehinggalah sebilangan manusia telah mengimani dakwah tersebut dan sanggup berkoraban apa sahaja. Langkah ini dilakukan supaya jika pelopor dakwah disakiti para pengikut yang beriman dengan dakwahnya akan bangkit melakukan kewajipan dakwah (menggantikan beliau). Dengan itu, kesinambungan dakwah akan terjamin

2. Walaupun setelah golongan jahat dan sesat mengenakan seksaan dan penindasan ke atas orang-orang mukmin, mereka tetap berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti kejujuran iman dan keikhlasan pegangan akidah mereka. Ia juga menunjukkan ketinggian jiwa dan rohani mereka. Mereka menganggap kesakitan yang menimpa hanyalah sebagai satu kerehatan perasaan, juga ketenangan jiwa dan akal. Mereka lebih mendambakan keredhaan Allah berbanding penyeksaan, halangan dan penindasan yang dialami jasad mereka

Penguasaan hakiki bagi orang-orang mukmin yang jujur dan pendakwah yang ikhlas adalah kepada roh-roh mereka, bukan kepada tubuh badan mereka. Mereka segera menyahut tuntutan rohani tanpa menghiraukan kerehatan, kekenyangan dan kelazatan yang dituntut jasad mereka. Dengan sikap inilah, dakwah telah menang dan kebanyakan orang ramai berjaya dibebaskan daripada kegelapan kesesatan dan kejahilan

video 3

Pengajaran dari video 3

1. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Talib dan keengganan menerima tawaran harta da takhta yang ditawarkan oleh Quraisy menjadi bukti kebenaran dakwaan kerasulan Baginda

” Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali kali aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya”

Bagi orang-orang mukmin, susah payah di jalan kebenaran merupakan kerehatan jiwa dan hati mereka. Pada mereka, redha Allah dan syurgaNya lebih mulia dan lebih berharga daripada segala pangkat, kemegahan dan harta dunia

2. Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya, samada kepada nyawa atau berbentuk ancaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat yang selamat untuk penyokongnya. Ini menjamin kesinambungan dakwah dan penyebarannya

3. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama (walaupun berbeza agama mereka) adalah lebih kuat dan kukuh. Ini berbanding ikatan mereka dengan penyembah berhala dan golongan atheis. Agama-agama Samawi dari segi sumber dan asas-asasnya yang sahih, sepakat dalam objektif sosial dan persoalan keimanan kepada Allah, rasul-rasulNya dan hari Akhirat. Kebersamaan ini menjadikan jalinan kekerabatan antara agama-agama ini lebih kukuh berbanding mana-mana jalinan lain.

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s