Kehidupan Baginda Sebelum diutuskan Sebagai Rasul

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

SEWAKTU KECIL

1- Baginda datang dari keturunan yang mulia

“ Sesunguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku dari sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku dari sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku dari sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi Rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir dari perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah) – Riwayat At Tirmidzi dengan sanad yang sahih

Pendakwah atau pengislah yang berada di kedudukan yang mulia dalam masyarakat, akan lebih mudah untuk menarik orang untuk mendengar seruannya

“ Mereka yang terpilih semasa jahiliyyah adalah mereka juga yang terpilih semasa Islam sekiranya mereka memahami”.

2- Baginda membesar sebagai anak yatim piatu, setelah kewafatan ibu dan ayah Baginda sewaktu Baginda masih kecil lagi, dan seterusnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Setiap pendakwah perlu kepada aset perikemanusiaan yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orang ygan lemah dan susah.

3- Menghabiskan 4 tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Bakat bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, di bawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

Pendakwah yang hidup dalam suasana yang lebih hampir kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan kompleks, kemurnian fikiran, kekuatan akal, tubuh badan dan jiwa juga kesejahteraan rasional dan pemikiran akan mudah dibentuk. Oleh kerana itu, Allah telah memilih orang Arab untuk menyampaikan risalah Islam ini, kerana mereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera, dan berakhlak mantap. Mereka lebih cekal menanggung kesukaran perang di jalan Allah dan menyebarkan risalahNya ke ceruk dunia jika dibandingkan dengan bangsa bertamadun yang berjiran dengan mereka.

4- Keunggulan Baginda diketahui sejak kecil lagi. Di wajahnya ada tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa saying kepada sesiapa yang melihatnya. Baginda telah mendapat keistimewaan untuk di tempat duduk datuknya di dalam satu-satu majlis yang mana tidak pernah didapati atau diberikan pada anak-anak datuknya yang lain ( bapa saudara Rasul).

AWAL REMAJA

1- Pada awal remaja, Baginda mengembala kambing dengan upah beberapa qirat. Pada umur 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid.

Dalam urusan sara hidup, seorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau hina.

2- Baginda tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersuka ria dan berfoya-foya.

Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Musuh-musuh pengislahan tidak akan menemui sebab untuk mencemuh masa lalunya sama ada yang terdekat atau lampau.

3- Baginda mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Ini terbukti apabila beliau berjaya menghindari perselisihan yang hamper timbul di kalangan kabilah Arab sewaktu isu perletakan semula hajarul Aswad.

Hanya orang yang cerdik dan cerdas layak memegang tampuk dakwah dan kepimpinannya.

4- Baginda dikenali sebagai Al-Amin di kalangan kaumnya. Seorang yang jujur, amanah, menepati janji dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan kaumnya. Sikapnya telah menarik minat Khadijah untuk menawarkan pekerjaan kepada Rasulullah saw, yang mana Khadijah telah memperoleh keuntungan yang banyak daripada perniagaan ini. Kerana akhlaknya yang cantik itu juga, Khadijah telah melamarnya untuk menjadi teman hidup.

Pengalaman pendakwah berkelana, bergaul dengan orang ramai, memahami adat, situasi dan masalah mereka, memberi kesan besar kepada kejayaan dakwahnya. Pendakwah yang berinteraksi dengan orang ramai hanya melalui buku dan esei tanpa bergaul dengan mereka yang mempunyai pelbagai aliran, adalah golongan yang gagal dalam dakwah islah.

“ Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan pengajaran yang baik (An-Nahl : 125)

DEWASA (25 KE ATAS)

1- Baginda bermusafir keluar dari Mekah sebanyak dua kali, kedua-duanya ke Kota Busra di Syam. Pertama, bersama bapa saudara baginda, Abu Talib, ketika baginda berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah

2- Beberapa bulan sebelum diutuskan sebagai Nabi, Baginda telah berkhalwah di Gua Hira’ selama sebulan kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaanNya.

Dari semasa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia bersendiri. Bersendiri seumpama ini akan mengajak pendakwah memuhasabah diri, lebih-lebih lagi dalam kehidupan penuh cabaran dan kacau-bilau di sekelilingnya.

Wallahu’alam
Wassalam wrt wbt

rujukan: Sirah Nabi Muhammad s.a.w oleh Syeikh Mustafa as-Sibaei

Leave a comment

Filed under Buku, Sirah Nabawiyyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s