5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

Seharusnya persiapan perlu dibuat awal. Ini kerana perkahwinan adalah satu masa di mana, seorang lelaki bertambah tanggungjawab dan amanah nya manakala seorang perempuan pula merelakan dirinya untuk dipimpin oleh seorang lelaki.

Oleh itu setiap orang yang akan berkahwin perlu mempunyai persiapan dari segi moral dan spiritual, konsepsional, fizikal dan sosial

a) Persiapan moral dan spiritual

Lelaki- bersedia untuk berperanan sebagai ketua keluarga dan menjadi bapa

Perempuan- bersedia membuka ruang baru bagi seorang suami ‘intervene’ hidupnya, bersedia untuk mengurangkan ‘authority’ atas diri diri sendiri lantara kepatuhan kepada suami, bersedia untuk hamil dan melahirkan, serta menjadi ibu.

Juga menjadikan diri sendiri baik terlebih dahulu jika inginkan pasangan yang baik. mana mungkin mengharap isteri setinggi kualiti Fatimah sedangkan diri tidak berkapasiti Ali? ibda’ binafsika. mulakan dengan dirimu.

Ibadah wajib dan khusus, doa, istighfar dan taubat

b) Persiapan fikiran

hendaklah sesuatu pasangan itu faham akan konsep pernikahan dan memahami hokum-hukum dalam pernikahan, contohnya bagaimana mandi hadas besar, doa hubungan suami isteri. Ada juga kita jumpa suami isteri yang terlalu mengejar kerjaya sehinggakan lupa akan tanggungjawab mereka kepada anak-anak dan membiarkan anak-anak di jaga dan di ajar oleh pembantu rumah. Oleh itu setiap lelaki dan perempuan itu harus mengetahui peranan mereka dalam keluarga. Mesti tahu akan tuntutan sebelum, semasa dan selepas menikah.
Menguasai ilmu, hukum hakam, etika dan peraturan berkaitan pernikahan dan rumah tangga, memahami peranan dan posisi masing-masing

Ilmu yang dilanjutkan dengan amal, amal yang dibangunkan atas landasan ilmu

Pesan Umar bin Khattab kepada kaum muslimin, ‘ Ajarilah isterimu kandungan surah An- Nur ‘.
menunjukkan lelaki perlu membekalikan diri dengan ilmu terlebih dahulu agar mampu bukan saja mengajar, tetapi menjadi teladan aplikasi dari surah An- Nur

Lelaki- persiapan mesti sampai anda boleh dihormati, dan diletakkan sebagai pemimpin. bangunkanlah wibawa dengan ilmu, kelembutan dan kebijaksanaan, bukan kekasaran.

Wanita- harus banyak belajar, kerana akan layak mengajarkan anak, menjawab soalan-soalan dari anak dan dapat  membetulkan suami andai tersilap

c) Persiapan fizikal

Kesihatan tubuh badan dan sistem reproduktif.

Digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum menikah menjaga kesihatan dan banyakkan beriadah.

d) Persiapan material

Islam bukan menghendaki kita berfikiran materialisme, tetapi harta benda adalah salah satu keperluan dalam beribadah. Contohnya, solat tidak sah tanpa menutup aurat, dan bagaimanakah caranya mendapatkan pakaian sempurna jika tidak mampu. Lebih dari itu, jika tidak makan, dapatkah kita beribadah kepadaNya? Untuk cukup makan saja, sudah perlukan sejumlah harta.

Persiapan sebelum berkahwin lebih kepada kesediaan lelaki menafkahi keluarganya, malah sebelum berkahwin sepatutnya mestilah sudah tahu pintu-pintu rezeki dan peluang yang harus diteroka. mesti ada perancangan. Islam mewajibkan tanggungjawab ekonomi di letakkan di bawah suami tetapi tidak bermakna isteri tidak boleh bekerja. Tetapi isteri hanyalah sebagai pengelola kewangan tetapi bukan pencari nafkah untuk keluaga.

Bukan jumlah wang simpanan yang penting kerana jika kita perhitung menggunakan matematik, kita tak akan dapat cari jumlah minimum yang perlu ada untuk berkeluarga.

Muslim mesti optismis untuk mendapat rezeki Allah, selagi mereka berusaha, bukannya bermalas-malasaan dan hanya berdoa sahaja.

Wanita juga perlu bersedia untuk mencari pendapatan sekiranya diperlukan, suami meninggal terlebih dahulu atau berlaku penceraian.

e) Persiapan sosial

Islam adalah agama yang menyuruh kita memiliki kepedulian dan keterlibatan sosial
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36,

Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah terhadap kedua orang tua, kerabat-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
Jika sebelum menikah tidak terbiasa melakukan aktiviti sosia, biasanya akan muncul kejanggalan untuk menzirahi orang meninggal, menghadiri majlis aqiqah, qurban dan sebagainya apabila berumahtangga.

Maka, digalakkan seseorang itu untuk membiasakan diri berinteraksi dan bersosial mengikut batas agama. Ini memudahkan pergaulan selepas pernikahan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Selain keluarga, kita juga perlu menjaga hati jiran-jiran dan masyarakat di sekeliling kita. Rajinlah senyum, menyapa dahulu dan ringan-ringankan mulut.

Wallahu’alam

Wassalam wrt wbt

Kupasan buku ‘Di jalan dakwah aku menikah’ karya Ustaz Cahyadi Takriawan

1 Comment

Filed under Buku, Dakwah

One response to “5. Persiapan Diri Menjelang Pernikahan

  1. ruhuljadid

    Alhamdulillah…menarik! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s